Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Ini bukan mengumpat!!!

3 comments
Ah!!... Dah cukup lama aku tidak menconceng di karpet merah blog milik aku ini. Bukan kerana tidak mempunyai idea untuk menghasilkan entri, cuma disebabkan oleh kerja yang agak banyak sahaja. Tambah-tambah pula baru-baru ini "tunangan aku" datang melawat. Jadi, masa aku semakin terhad. Ditambah dengan ketiadaan laptop, telah membataskan aku untuk online. Nak tak nak, aku pasrah dengan keadaan diri sendiri. Hehehe

Sama seperti tajuk di atas, sekali lagi aku menegaskan bahawa entri ini bukanlah entri mengumpat atau mengata sesiapa. Cuma sekadar luahan  ketidakpuasan hati yang aku anggapkan tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak sedikit pun tersimpan di hati kecil ini bahkan teringat pun tidak. Bagi aku, selesai sahaja "amukan" beliau, maka selesailah tika itu juga.


Kesnya, alamak!!! cukup melawakkan dan menggelikan hati bagi mereka yang mendengarnya, apatah lagi jika anda melihatnya. Sehingga ke hari ini, jika aku teringat kisah tersebut, aku sendiri akan ketawa terbahak-bahak secara tiba-tiba.


Aku berikan tajuk cerita kali ini " pucuk limau ".


Tika aku selesai makan tengah hari bersama-sama dengan mereka di dewan makan. Aku berjalan pulang ke pejabat. Semasa sampai di depan pejabat aku, terlihat oleh aku kelibat salah seorang remaja perempuan yang baru berumur 16 tahun. Aku lihat dia tengah memetik pucuk limau. Lalu terus aku bersuara...


Aku : Buat apa ambik pucuk limau tu, kalau macam tu, macam mana pokok tu nak besar dan nak berbuah kalau dok kutip pucuk tu. Kalau nak akutip juga, pergi kutip pokok di belakang dan bukannya depan pejabat.


Lalu di gadis tersebut berlalu pergi bersama-sama dengan pucuk limau yang telah dikutip. Untuk pengetahuan semua, gadis tersebut merupakan anak saudara kepada salah seorang staff di tempat aku bekerja.


Selang beberapa minit, ketka aku sedang bersembang dengan penjaga pintu gate, datanglah staff  ( mak saudara gadis tadi ) bersama-sama dengan sepinggan pucuk limau dan terus menuju ke arah aku. Dari riak wajah dan cara berjalan, aku telah dapat mengagak apa tujuannya. Namun ku seperti biasa, buat dunno sahaja.


Tika sampai sahaja staff tersebut di hadapan aku, pinggan dan pucuk limau tersebut melayang di hadapan aku. Pecah pinggan tersebut dan berselerak pucuk limau di atas meja di hadapan aku. Ya!! aku masihlagi cool dan buat tidak tahu.


Maka, bersemburlah pelbagai jenis perkataan dan ayat dari mulut tersebut. Ada yang agak manis dan sinis. Ada juga yang pedas lagi menyakitkan. Namun, akumasih lagi cool. Ini kerana, bagi aku, staff tersebut telah hilang cool di hadapan beberapa orang termasuk aku. 


Dari maruah, sifat hasad dengki, ketidakpuasan hati, dan pelbagai jenis lagi pertanyaan di tujukan kepada aku. Aku seolah-olah dituduh berlaku khianat kepadanya. Sedangkan aku selaku pentadbir melakukan apa yang aku harus lakukan dan apa yang disuruh oleh bos aku. Tidak ada satu niat mahupun perbuatan yang aku lakukan semata-semata kerana hasad dengki atautidak puas hati. Melainkan kepada adik lelakinya yang didapati melakukan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan pil kuda. Itu yang kami cuba lakukan untuk membanteras. Cuma nasib masih belum baik untuk menangkap bersama-sama bukti. InsyaALLAH, moga kegiatannya dapat dibanteras nanti.


Ok, lupakan tentang adiknya. Apa yang berlaku diantara aku dan staff tersebut hanyalah kerana teguran aku terhadap anak saudaranya yang mengambil pucuk limau tetapi melarat sehingga kekisah-kisah yang aku terasa ingin tergelak di hadapan staff tersebut. Kejadian tersebut tidak aku ceritakan walaupun kepada bos aku. Bagi aku, itu adalah perkara kecil yang tidak perlu di ambil perhatian.


Keesokan harinya ketika aku bersama-sama dengan bos, staff tersebut datang. Dan kebetulan aku sedikit sebuk. Jadi aku meninggalkan staff tersebut bersama dengan bos aku. Selang beberapa ketika, ketika aku melalui di hadapan bilik bos aku yang kebetulannya terbuka, kedengaran bos aku ketawa dan bertanyakan kepada aku  " aik zul, dengaq ceta semalam pinggan terbang dengan pucuk limau "


Aku sekadar gelak dan menjawab, " entahla tuan. Saya pun tak tahu. " Dan aku berlalu pergi.


Ketika aku keluar bersama dengan bos aku pada petangnya, kami berbincang tentang berbagai perkara dan tidak lupa juga nasihat dari beliau, " Zul banyakkan bersabar, kita sebagai pentadbir memang banyak dugaan. Banyak perkara yang kita mesti fikirkan untuk mencapai objektif organisasi, sedangkan pekerja-pekerja lain yang tidak terlibat dengan pentadbiran hanya melakukan kerja yang diberikan sahaja tanpa perlu memikirkan bagaimana dan apa objektif organisasi."


Aku sekadar tersenyum dan mengangguk. Aku memahaminya. Danaku sedikit pun tidak ambil kisah. Cuma, aku terasa keseronokan bekerja semakin kurang apabila memikirkanmereka bermasam muka dengan aku.




p/s : ikutkan gaji, memang murah. Ada tawaran kerja yang lebih menarik gajinya namun aku tolak. Aku lebih suka di sini bersama-sama dengan " mereka-mereka ".

kaki aku patah!!

5 comments
Salam dan sejahtera...


Aku, mulai hari ini, akan menjadi seorang jejaka kacak yang suka berada di rumah. Walaupun sebelum ini aku sememangnya sentiasa berada di rumah. Namun, aku masih mempunyai masa untuk berfoya-foya bersama seorang teman sekuliah aku sejak 2 tahun setengah yang lalu.


Namun, mulai hari ini juga, kaki aku telah patah. Tidak dapat bergerak ke mana-mana. Hanya berada di rumah. Dan jika aku ingin ke mana-mana sekali pun, jika aku ingin berfoya-foya sekali pun, aku terpaksa meminta belas kasihan dari rakan sekuliah aku atau pun aku terpaksa mengemis di tepian jalan menanti kehadiran bas sihat yang pada pengamatan aku akan runtuh dalam masa yang terdekat.


Aku diberitahu oleh " doktor " bahawa kaki aku yang patah ini mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh. Bagi aku, ia satu tempoh masa yang cukup lama untuk kembali sembuh. jadi dalam tempoh ini aku terpaksa menggunakan khidmat pemandu upahan. Atau aku terpaksa terkurung sahaja di rumah yang sentiasa panas sekarang. Hangat sungguh dok lam umah skang nih.


Apa-apa pun, aku terpaksa untuk menanti dan menanti sehingga tibanya Julai dan aku akan kembali mendapatkan LC 135 aku. DBR 3307 akan kembali kepangkuan aku dan kita akan kembali aktif untuk berfoya-foya kelak.!!! Kau lah umpama kaki kiri dan kanan aku.




p/s : kaki original aku ok je tau!!!

Mana satu yang betul?

1 comments
Salam dan sejahtera semua

Sejak kebelakangan ini, aku lebih suka membaca surat khabar berbanding blog, namun itu tidak bererti aku langsung tidak berblogging. Cuma aku tidak menghasilkan entri sahaja. Sekadar ronda-ronda ke bloglist aku dan sedikit ke blog politician termasuklah blogger politik.

Jadi, benarlah kata orang. Utusan itu surat khabar Kerajaan dan tidak hairanlah jika berita-berita yang di tulis dan di paparkan lebih memihak kepada pihak kerajaan. Biasalah kan, jika tidak susah untuk syarikat mencari makan. Nanti banyak karenah dan masalah yang timbul. Oleh itu, aku tidak menyalahkan pihak akhbar dan aku juga tidak salahkan pihak kerajaan. Cuma kita sebagai rakyat yang harus pandai menilai.

Menilai berita yang mana benar dan yang mana salah. Jika kita terus menbaca Utusan sahaja, maklumat yang kita perolehi adalah apa yang tertulis dalam Utusan. Sama ada berita tersebut betul atau salah.

Jadi, bagaimana untuk kita menyeimbangkan maklumat-maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang benar dan tepat? Agar maklumat yang kita perolehi dapat membantu kita untuk berpihak di pihak yang benar. Bukan senang dan tidak pula terlalu payah sebenarnya.

Bagi mereka yang mampu, dengan kata lain mempunyai wang saku yang lebih, anda boleh membeli bukan sahaja akhbar Utusan atau Harakah sebaliknya boleh membeli beberapa akhbar yang boleh kita katakan akhbar tersebut Pro di pihak yang mana. Contohnya Harakah adalah keluaran PAS, Utusan katanya akhbar kerajaan, dan mungkin beberapa akhbar yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mungkin akhbar harian Metro, Sinar harian, majalah seperti Suara Perkasa bagi NGO.

Atau bagi yang mempunyai internet di rumah, mungkin juga kesempatan digunakan di pejabat. Kita boleh melayari akhbar di internet, atau mana-mana blog yang Pro di pihak mana. 

Dan itulah yang aku lakukan sebenarnya. Dan ini menyebabkan aku kadang-kadang keliru. keliru untuk mempercayai maklumat yang mana yang diberikan adalah tepat. Walau bagaimana pun, apa yang kita perolehi dan kesimpulan yang kita buat tidak terlalu banyak kesilapan. 


Oleh itu, gunakanlah akal yang diberikan Ilahi. Fikirkan sebaik-baik dengan meletakkan diri kita tidak menyebelahi mana-mana pihak dan kita pasti akan mendapat maklumat yang tepat. Bukan dengan hanya mempercayai di satu belah pihak sahaja.




p/s : niat untuk menceburi bidang politik semakin membuak-buak la plak

Mesti Beli...!!!!

1 comments
Semalam..walaupun aku tidak menonton berita-berita yang terdapat di kaca tv, aku tetap membaca surat khabar baru. Ya!! mesti beli. Itu jawapan yang sepatutnya dan setepatnya.



Walaupun tulisannya dalam bahasa inggeris, aku tetap akan beli. Dengar-dengar khabar baru dalam RM 100.00 kot. Murah la kan?

Banyak kisah-kisah yang menarik yang dipaparkan oleh Tun..Tak sabar nak membacanya. Moga-moga mendapat ilham untuk masa depan.


Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET