Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

facebook penulis tiba-tiba di "disable"?

0 comments
Assalamualaikum..w.b.t

Penulis memohon jasa baik pembaca sekalian untuk membantu penulis mendapatkan kembali facebook penulis yang tiba-tiba sahaja di "disable" oleh facebook sendiri. FB penulis tiba-tiba sahaja logout semasa penulis sedang menggunakan lama sosial tersebut.




Penulis kemudian klik "here" seperti yang dimaklumkan oleh facebook untuk mendapatkan kepastian mengapa akuan penulis "disabled"




Penulis dimaklumkan bahawa akaun penulis di "disabled" kerana menggunakan nama palsu. Sejak bertahun penulis guna nama Abe Long TheKacak"  tak ada pula di beri amaran dan arahan supaya menggunakan nama betul. Penulis seterusnya klik seperti yang diminta, maka apa yang perlu diisi oleh penulis ada seperti berikut pula.




Bukan sekadar nama sebenar yang perlu diisi sebaliknya penulis perlu melampirkan salinan kad pengenalan untuk membuktikan nama yang penulis berikan adalah betul nama penulis. Apa yang mereka mahukan dengan kad pengenalan kita? Ada udang disebalik batukah?

Mohon bantuan pembaca sekalian jika terdapat "solution" lain yang boleh digunakan.


Lagi bukti Mahathir patut dijatuhkan bala kerana menentang Nik Aziz

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Rentetan dari artikel semalam bertajuk : Tun Mahathir sepatutnya dah lama terima bala gara-gara menentang NIk Aziz , hari ini penulis sekali lagi ingin mengemukakan bukti mengapa Tun Mahathir sepatutnya dikenakan bala dari ALLAh s.w.t. Lihat keratan dari SinarHarian di bawah. Klik gambar untuk bacaan penuh di sinarharian online.


Namun, sehingga kini, kita lihat Tun Mahathir sentiasa sihat walaupun umur beliau telah menjangkau 88 tahun pada tahun 2013 dan beliau konsisten menentang Tok Guru Nik Aziz. Jika kita perhalusi, nombor 8 amat sinonim dengan kaum Cina. Adakah ini petanda yang baik? 


Persoalannya, Tok Guru Nik Aziz itu adalah ulama yang bagaimana? Fikir-fikirkan

 

Tun Mahathir sepatutnya dah lama terima bala gara-gara menentang Nik Aziz

0 comments

Assalamualaikum..w.b.t

Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat penulis apabila penulis terbaca keratan ini di facebook. Penulis bukan berniat untuk menghina Ulama, cuma sekadar berkongsi pendapat apa yang penulis fikirkan.




Menghina Ulama sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Apatah lagi Ulama itu dikatakan sebagai pewaris Nabi@Rasulullah. Pewaris yang mewarisi Ilmu Rasulullah, Akhlak Rasulullah, Kebijaksanaan Rasulullah. Mengapa penulis menggunakan Nama Rasulullah dan bukannya Nabi? Semestinya kerana kita, Umat Rasulullah, Umat Nabi Muhammad S.a.w. selaku umat akhir zaman. Kita bukan sekadar tidak digalakkan menghina Ulama, bahkan DILARANG sama sekali. Itu adalah hakikatnya. 

Persoalannya, ULAMA yang bagaimana itu?

Penulis akui, ilmu yang ada pada penulis semenangnya tidak dapat menandingi ilmu yang ada pada Ulama tersebut. Jauh sekali untuk menandingi dengan beliau. Namun, adakah begini kata-kata yang harus keluar dari mulut seorang Ulama terhadap Rasulullah?







Lihat pula video di bawah ini. Malah Ust. Kazim juga dicela dan diserang gara-gara membetulkan apa yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz. 




Jika kita fikirkan betul-betul, sepatutnya manusia di bawah ini telah lama dijatuhkan bala dari ALLAH  kerana konsisten menentang apa sahaja ( yang tidak benar, tidak adil ) yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz sejak dahulu lagi termasuklah mengarahkan Tok Guru supaya tidak melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Sepatutnya beliau telah lama dijatuhkan bala dari ALLAH s.w.t. Jadi, lihatlah, fikirkanlah, adakah selama ini apa yang ditentang oleh manusia di bawah ini betul atau tidak.



Maka, fikir-fikirkan lah. Kita semua cuma hamba ALLAH yang hina, tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan kekhilafan. Begitu juga dengan Nik Aziz, beliau cuma sekadar seorang hamba ALLAH yang hina. 

Aspan alias "rasuah" Tun Mahathir supaya tidak berkempen untuk UMNO

0 comments


Hahahaha...penulis tergelak apabila membaca hasil tulisan dari aspan alias. Tak tahulah penulis nak cakap apa. Takkan dia tak faham istilah membantu jentera UMNO berkempen. Walaupun Tun telah letak semua jawatan dalam kerajaan dan dalam parti, tetapi lupakah si aspan alias bahawa Tun masih lagi ahli UMNO dan sebagai seorang ahli UMNO, tidaksalah rasanya beliau ke hulu ke hilir dalam membantu parti berkempen agar memenangi pilihanraya. 

KALAU ASPAN ALIAS RASA HEBAT SANGAT, AJAKLA TUN bertanding di mana-mana kerusi DUN mahupun PARLIMEN. ASPAN ALIAS lawan Tun Mahathir. Kita tengok sapa yang teruk kena goreng nanti.

Aspan alias, kelakarlah anda. Kalah bob lukhman kalo bertanding dalam maharaja lawak mega 2013 ni. Hahahaha

 

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET