Penulis
amat menyokong kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Bahkan penulis
ingin menambah sedikit lagi, bukan setakat berpolitik sahaja bahkah
hidup kita sendiri perlu ada prinsip.
Kita
lihat semasa Ketua Umum masih lagi berada di dalam UMNO sebagai
Timbalan presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, apa kata beliau
kepada PAS dan DAP. Bagi penulis, ia cukup pedas untuk didengari oleh
PAS dan DAP.
Sebaliknya
kini, kita dapati Anwar telah bersama dengan PAS dan DAP dalam
memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, satu jawatan
tertinggi yang cukup diimpikan siang dan malam.
Di
manakah prinsip Ketua Umum? Jika dahulu bukan main lagi kutuk dan
mengata sebaliknya kini mampu untuk tidur sekatil, bahkan sebantal
mungkin.
Orang seperti inikah yang kita mahu menjadi wakil untuk mentadbir negara?
ok blog tuan dah dilinkkan.. selamat berjuang :)
headbomb
Thursday, January 31, 2013 at 1:23:00 PM GMT+8