Assalamualaikum w.b.t
Pembaca-pembaca sekalian, KALAU TIDAK FITNAH, BUKAN HARAKAH la namanya. Penulis akui, penulis seorang pembaca tegar Harakah dan pembaca tegar Utusan dan Sinar Harian. Mengapa? Sebabnya hanya satu sahaja. Harakah ialah akhbar rasmi PAS, Utusan pula akhbar rasmi UMNO manakala Sinar Harian pula boleh kelaskan sebagai akhbar bukan mana-mana milik parti.
Semalam terbaca harakahdaily, terpampang tajuk "Team Mahathir tewas di tangan Kak Ros". Jelas lagi terang berita tersebut. Anda boleh baca di sini.
Malah gambar yang digunakan oleh Harakah juga seolah-olah cuba mentafsirkan sebagai perbuatan perbomohan yang dilakukan oleh Rosmah dalam menentukan supaya calon pilihannya tersenarai dalam pilihan DS Najib.
Rosmah kemudiannya membuat penafian melalui Sinar Harian bahawa beliau tidak campur tangan dalam pemilihan calon oleh DS Najib.
Alih-alih tengok di harakah hari ini, mereka mendakwa penafian Rosmah di Sinar Harian semalam seolah-olah penafian dilakukan tanpa sebarang sebab. Tidak mereka lupa bahawa mereka terlebih dahulu menuduh. Kemudian diikuti penafian oleh Rosmah. Bukannya penafian dilakukan sebelum pertuduhan.
Maka tidak salah kiranya penulis mengatakan bahawa Harakah dan Fitnah berpisah Tiada. Ingat Harakah, maka ingatlah fitnah.
hehe kelakar pun ada. ada yang cakap yang betul di harakah tu hanya perkataan bismillah.
Anonymous
Tuesday, May 14, 2013 at 4:54:00 PM GMT+8