Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Berpolitik perlu ada prinsip, kata Anwar

1 comments
Assalamualaikum...w.b.t.



Penulis amat menyokong kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Bahkan penulis ingin menambah sedikit lagi, bukan setakat berpolitik sahaja bahkah hidup kita sendiri perlu ada prinsip.

Kita lihat semasa Ketua Umum masih lagi berada di dalam UMNO sebagai Timbalan presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, apa kata beliau kepada PAS dan DAP. Bagi penulis, ia cukup pedas untuk didengari oleh PAS dan DAP.


Sebaliknya kini, kita dapati Anwar telah bersama dengan PAS dan DAP dalam memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, satu jawatan tertinggi yang cukup diimpikan siang dan malam.

Di manakah prinsip Ketua Umum? Jika dahulu bukan main lagi kutuk dan mengata sebaliknya kini mampu untuk tidur sekatil, bahkan sebantal mungkin. 


Orang seperti inikah yang kita mahu menjadi wakil untuk mentadbir negara?   

Inikah orangnya yang Nik Aziz kata sama sahaja dengan mamat2 di kampung?

0 comments


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.  
 
'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 
 
'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 
 
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?'
 
 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 
 
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
 
 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 
 
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
 
 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. 
 
 Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 
 
'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
 
 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.
 
 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
 
 Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
 
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita tapi adakah kita mencintai diri kita sendiri?
 
Dipetik dari laman ini

pendapat seorang rakyat,ayah dan bekas pelajar tentang ptptn

1 comments
Assalamualaikum....

Walaupun isu ini boleh dikatakan lapok, tapi penulis tetap mahu memaparkan di blog. Penulis rasakan penulis bertanggungjawab untuk menyebarkan pendapat dari sahabat penulis sendiri berkenaan dengan PTPTN atau nama popularnya PTPTipu. Penulis tidak pasti adakah beliau supporters kerajaan ataupun supporters pembangkang tapi pendapat beliau berkaitan isu PTPTN cukup bernas. Pendapat yang penulis rasakan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"  Ucapan aku ni Khas ntuk budak2 yg komplain pasal pendidikan percuma kat Malaysia.

Soalan pertama aku... negara ape yg satu2nya bg pendidikan percuma sepenuhnya termasuk keperluan harian dan makanan kepada rakyatnya sehingga peringkat degree? jawapannya adalah Libya. Tp Libya x berbilang kaum dan telah dihapuskan Amerika dan sekutunya dan sekrg tidak lg percuma. Berbeza dgn yg Malaysia berbilang kaum dan kamu patut bersyukur zaman sekarang kerajaan bagi pendidikan percuma peringkat PRA sekolah sehingga Ke Tingkatan 6. Zaman British dlu ibu bapa jual tanah ntuk hantar anak sekolah.

Untuk pengetahuan kamu budak2 U, jika kamu cemerlang dengan merit 4 semua mata pelajaran kamu dapat tajaan dan biasiswa penuh dari kerajaan Malaysia, siap dibiayai belajar ke luar negara lagi. Dan untuk pengetahuan kamu budak2 U, di dunia ini tiada yg percuma tanpa usaha dan Ilmu pengetahuan. Ibu bapa kamu hantar anak mengaji Al-Quran walaupun guru tersebut x minta bayaran tp mereka tetap patut membayarnya dengan sedekah. Kamu terlalu dimanja, sehingga habis sekolah pun kamu masih meminta wang perbelanjaan dari ibu bapa, nak mengaji pun nak percuma, kerajaan x paksa pun kamu masuk U dan lanjutkan pelajaran tp kamu yg memaksa diri kamu. Jika x mampu jgn lanjutkan pelajaran dan menyusahkan org lain nak tanggung kos pelajaran kamu jgn sambung belajar dan kerja dengan segala ilmu yg kamu ada. Kalau nak suh org lain tanggung dan belajar Free kenapa kamu x buktikan semasa di bangku sekolah lg. buat yg terbaik, nescaya ada org yg sanggup sponser kamu belajar.

Mak bapak korang kerja susah2 siang dan malam ntuk tanggung kamu kat university tp kamu berfoya2 dgn Laptop, Ipad, Hanset, Keta, Motor dan kekasih kat menara gading. Demi nak dapat semua tu korang paksa mak bapak belikan walaupun gaji diorang x seberapa. Habis jer mengaji dgn result ntah pebenda dan nak kawin. Nak tanya "Bila korang nak balas jasa dan pengorbanan ibu bapa korang?"

Jgn komplain org lain jika korang x pandai berdikari. Jgn marahkan org lain sebab korang semua memang manja. Graduate dulu x pernah pun komplain pasal PTPTN malah bersyukur sebab dpt PTPTN. Kalau xnak PTPTN jgn pinjam, jual keta, rumah dan tanah mak bapak korang semata2 ntuk kepentingan korang jer. Biar adik2 mampus kelaparan demi masa depan korang.

Ok korang nak belajar Free kta U, tp fikir sendiri sape nak beli buku rujukan korang, laptop korang, tambang pengangkutan korang, makan minum korang, tempat tinggal dan lain2? Fikir sendiri la wahai budak2 U... korang sebenarnya papa kedana tanpa PTPTN... jadi bersyukurlah jika dapat pinjaman tu, sebab sememangnya mak bapak korang x mampu nak tanggung keperluan kamu kat Universiti.  "
 
 
 Tulisan asal boleh dilihat di sini
 

Sukan pun dipolitikkan mereka

2 comments
Assalamualaikum.....dan salam jumaat

Seperti yang dah kita sedia maklum, akhirnya persoalan terjawab jua apabila pasukan negara bimbingan K. Rajagopal akhirnya kandas di separuh akhir apabila kalah 0 - 2 kepada Thailand di laman lawan dengan agregat keseluruhan, skuad Harimau Malaya tewas 1 - 3 kepada Thailand. Walaupun kita tewas kali ini, peluang masih ada untuk kita buktikan pada musim yang akan datang. Usahlah terlalu kecewa dan sedih.

Namun, terdapat peristiwa lawak yang penulis lalui semasa menonton perlawanan timbal balas di restoren berhampiran tempat tinggal penulis. Tempat tinggal penulis sememangnya terkenal dengan penyokong parti pembangkang. Yang lawaknya, ada seorang pakcik yang mempertikaikan warna jersi skuad Harimau Malaya yang berwarna biru. Katanya itu warna BN. Nasib tidak pecah perut penulis ketawa. Hahahahah... Dangkalnya pemikiran penyokong parti pembangkang. Itupun hendak dipolitikkan.

Gelagat pakcik tersebut semenangnya lawak. Dari awal perlawanan, beliau sentiasa pot pet pot pet menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pengadil dari Korea yang asyik meniup wisel jika pemain Malaysia yang melakukan walaupun sedikit kesalahan sebaliknya jarang-jarang meniup wisel keramatnya jika terdapat pemain Thailand yang bertindak kasar. Sekali lagi kami ketawa.

Setelah pasukan Thailand menjaringkan gol ke 2, penulis dapati pakcik tersebut telah tiada. Mungkin terlalu kecewa dengan persembahan pasukan negara dan mungkin juga pakcik tersebut tidak dapat menrima kenyataan kekalahan tersebut..

Penulis tertanya-tanya juga, apa yang penulis nampak, setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung, penyokong yang memenuhi stadium hampir keseluruhannya adalah orang Melayu. Di manakah penyokong-penyokong cina? Berbeza jika kita bandingkan perlawanan dan kejohanan badminton, stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong Melayu dan cina. Adakah kerana badminton didominasi hampir 100% pemain cina yang menyebabkan mereka ke stadium untuk memberikan sokongan, berbanding hanya pemain Melayu dan India sahaja yang membarisi pasukan bola sepak?

Kita orang Melayu tidak kira apa jua bidang sukan, sama ada ada atau tidak orang melayu membarisi mana-mana skuad sukan, kita tetap bertandan ke stadium untuk memberikan sokongan yang padu. Sebaliknya tidak bagi orang cina. Boleh dikatakan mereka hanya akan berpusu-pusu ke stadium jika satu-satu jenis sukan itu didominasi oleh kaum cina. Itulah hakikat yang berlaku di Malaysia sekarang. JADI, siapakah yang sebenarnya rasis?

Terdapat seorang facebooker yang penulis kenali, membuat sedikit lawak di wall facebook penulis. Bagaimana status yang di post oleh penulis berhubung dengan perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 dikaitkan dengan Najib dan Rosmah yang tidak bertudung. Penulis tertanya-tanya, apa kaitan sehingga beliau berkata sebegitu. Beginikah mentaliti penyokong yang terlalu fanatik dengan pebangkang sehingga semua perkara pun mahu dikaitkan dengan UMNO, mahu dikaitkan dengan BN, mahu dikaitkan dengan DS Najib dan bininya Rosmah. APA KAITANNYA?

Adakah kerana anda kecewa kerana kekalahan Harimau Malaya? 

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET