Dari hari pertama DDR mengiklankan tentang penggambaran filem 2 Alam, aku teruja untuk pergi menonton di pawagam. Aku sememangnya kurang berminat untuk menonton filem Melayu yang nta apa-apa ntah namun tidak untuk filem 2 Alam terbitan DDR. Aku teruja namun aku tidak kesampaian untuk pergi menonton di pawagam. Bukan kerana kedekut duit tapi aku dalam sebulan dua ni memang sebok. Bukan buat-buat sebok okay..Mana sebok ngan kerja, mana sebok ngan blaja lagi. adeh..penat seyyy.... kerja dan belajar. tambah-tambah pula kerja sepenuh masa dan belajar sepenuh masa juga. tapi bagaimana aku mengurusnya? Terserah kepada aku bagaimana. Nama pun bakal bos nanti. Hahahaha sedikit poyo ala-ala DDR. Heheh ade ke?
Tengok je pictures depan, perghhh memang akan meletop lah kat pawagam. Tapi indah khabar dari rupa, mungkin. Apabila kutipan hanya 200K++ sahaja. Dan langsung tidak mencecah tujuh angka. Bagaimana mungkin ini terjadi? Jawapannya senang sahaja. terpengaruh dari review-review dan cerita mulut serta penulisan sama ada dari blogger, penonton dan wartawan itu sendiri. Seperti sekarang contohnya, aku yang bersemangat untuk pergi ke pawagam sudah tiada mood. Mengapa? Ok.. jawapannya sila klik di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini. Jika ingin lebih banyak jawapan..Sila google sendiri okay.. ceq pun tak larat nak masukkan link banyak-banyak nih. Hahahaha name pun bukan rajin sangat. Kan?
Dan apa yang kita dapat lihat? Semestinya kutukan dan kritikan. kutukan yang bersungguh-sungguuh sehingga membabitkan peribadi DDR sendiri dan kritikan yang diberikan dengan bertujuan untuk memajukan lagi filem yang akan dihasilkan oleh DDR pada masa hadapan agar lebih "meletop!!" dan boleh menarik minat penonton ke pawagam..Moga-moga DDR dapat membezakan kedua-duanya dan dapat meningkatkan lagi usaha untuk lebih berjaya.
Okay..kembali kepada komen-komen yang diterima dari orang ramai. Di sini ada beberapa komen yang dapat saya petik dan baca. komen-komen ini aku ambil dari 3 blog kalau tak silap...lupa pulak blog mana..Jum kita tengok dan baca komen-komen mereka.
Itulah antara sedikit komen-komen yang diberikan oleh penonton, dan mungkin juga bukan penonton. Komen berbentuk kiritikan sememangnya amat diperlukan untuk tujuan membaiki mutu dan kualiti. Tidak kira dalam industri perfileman atau mana-mana bidang. Apa yang penting, kiritikan yang membina itu digunakan untuk meningkatkan lagi hasil pada masa akan datang. DDR cukup bertuah kerana mempunyai mereka-mereka ini yang sentiasa mengikuti perkembangan DDR dari produk kosmetik hinggalah kepada filem.
Namun, bagaimana pula komen-komen yang berbentuk kutukan? Sehingga kutukan yang tidak sepatutnya juga timbul. Apa kaitan fesyen rambut DDR dengan filem 2 Alam? langsung tidak ada kaitan. Bagaimana ingin kita kelaskan pengomen-pengomen seperti itu? Adakah boleh kita kategorikan sebagai golongan yang dengki dengan kejayaan DDR? Atau apa pendapat anda?
Cuba kita baca pula komen di bawah ini.....Apa pendapat anda?
Adakah ini komen yang kita katakan sebagai backup atau penyokong tegar DDR? Penyokong tegar bagi aku, boleh dikatakan sebagai mengiyakan dan membenarkan apa sahaja apa yang dikatakan oleh DDR adalah betol dan benar. Dan langsung tidak ada keyakinan diri untuk menidakkan perkara yang sepatutnya dikatakan tidak. Mereka berfikiran positif dengan meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Aih..kalau aku dok ulas lagi yang ni, kang aku pulak yang akan dikatakan sebagai penyokong DDR walhal, aku kenai die pun tidak. Hahahahaha
Ok...Komen yang seterusnya...Sila lihat dan baca
okay..Apa pandangan ikhlas anda tentang 3 komen di atas? Rasa tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa komen tersebut sebenarnya bukan ditulis semasa dalam keadaan waras atau dengan lebih tepat mungkin boleh dikatakan tidak memakai otak dan akal semasa memberi komen. Maaf jika pengomen-pengomen tersebut sedang membaca coretan aku yang mungkin tidak memberi apa-apa maksud tetapi dengan sedikit harapan supaya menggunakkan akal fikiran kurniaan Alah s.w.t dengan sebaik mungkin.
Bagaimana dengan komen berikutnya?
Anda yang tentukan sendiri okay...Aku baru nak start ulangkaji..esok ( Ahad 28/11 ) aku ada exam sampai rabu.
p/s : Melayu sememangnya mengagungkan bangsa lain berbanding bangsa sendiri. Itulah sejarah Melayu sejak di jajah pada 1511 yang lalu bahkan lebih awal lagi....
p/s : jam 1500 sat gi exam investment analysis...hahahahah moga-moga dapat jawab (semestinya).
p/s : jam 1500 sat gi exam investment analysis...hahahahah moga-moga dapat jawab (semestinya).
bagi aku aku sokong semua filem melayu jika bagus
jika xbagus pun ada juga yg boleh dipuji
tapi untuk DDR sorry
sebab aku xsuka manusia angkuh
apa2pun lantak dia lah
hahahaha
nak tgok filem AKU TAK BODOH dengan Merong Mahawangsa
hans
Sunday, November 28, 2010 at 1:56:00 PM GMT+8beliau ni sgt memalukan laa...cb la jd seorang yg rendah diri...
*pyah gak klu org self esteem dia MELETOP ni...hehehhee
Unknown
Sunday, November 28, 2010 at 9:16:00 PM GMT+8vtoi gak, DRR nih x patah semangat, tapi, promosi dia tuh berlebihan. sampai owg muak nak tgok. x perlu iklan lebih2, yg penting filem berkualiti.
Mashe
Sunday, November 28, 2010 at 11:32:00 PM GMT+8waras betul entri nih. Tadi rancangan apa tah kat tv9 buat spot check kat panggung wayang nak tengok sambutan 2 alam....errr entah lah.
notso_violet : seindah bunga seri pagi
Monday, November 29, 2010 at 12:30:00 AM GMT+8