KEPADA YANG BERKENAAN
APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.
Assalamualaikum....
Walaupun isu ini boleh dikatakan lapok, tapi penulis tetap mahu memaparkan di blog. Penulis rasakan penulis bertanggungjawab untuk menyebarkan pendapat dari sahabat penulis sendiri berkenaan dengan PTPTN atau nama popularnya PTPTipu. Penulis tidak pasti adakah beliau supporters kerajaan ataupun supporters pembangkang tapi pendapat beliau berkaitan isu PTPTN cukup bernas. Pendapat yang penulis rasakan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
" Ucapan aku ni Khas ntuk budak2 yg komplain pasal pendidikan percuma kat Malaysia.
Soalan pertama aku... negara ape yg satu2nya bg pendidikan percuma
sepenuhnya termasuk keperluan harian dan makanan kepada rakyatnya
sehingga peringkat degree? jawapannya adalah Libya. Tp Libya x berbilang
kaum dan telah dihapuskan Amerika dan sekutunya dan sekrg tidak lg
percuma. Berbeza dgn yg Malaysia berbilang kaum dan kamu patut bersyukur
zaman sekarang kerajaan bagi pendidikan percuma peringkat PRA sekolah
sehingga Ke Tingkatan 6. Zaman British dlu ibu bapa jual tanah ntuk
hantar anak sekolah.
Untuk pengetahuan kamu budak2 U, jika
kamu cemerlang dengan merit 4 semua mata pelajaran kamu dapat tajaan dan
biasiswa penuh dari kerajaan Malaysia, siap dibiayai belajar ke luar
negara lagi. Dan untuk pengetahuan kamu budak2 U, di dunia ini tiada yg
percuma tanpa usaha dan Ilmu pengetahuan. Ibu bapa kamu hantar anak
mengaji Al-Quran walaupun guru tersebut x minta bayaran tp mereka tetap
patut membayarnya dengan sedekah. Kamu terlalu dimanja, sehingga habis
sekolah pun kamu masih meminta wang perbelanjaan dari ibu bapa, nak
mengaji pun nak percuma, kerajaan x paksa pun kamu masuk U dan lanjutkan
pelajaran tp kamu yg memaksa diri kamu. Jika x mampu jgn lanjutkan
pelajaran dan menyusahkan org lain nak tanggung kos pelajaran kamu jgn
sambung belajar dan kerja dengan segala ilmu yg kamu ada. Kalau nak suh
org lain tanggung dan belajar Free kenapa kamu x buktikan semasa di
bangku sekolah lg. buat yg terbaik, nescaya ada org yg sanggup sponser
kamu belajar.
Mak bapak korang kerja susah2 siang dan malam
ntuk tanggung kamu kat university tp kamu berfoya2 dgn Laptop, Ipad,
Hanset, Keta, Motor dan kekasih kat menara gading. Demi nak dapat semua
tu korang paksa mak bapak belikan walaupun gaji diorang x seberapa.
Habis jer mengaji dgn result ntah pebenda dan nak kawin. Nak tanya "Bila
korang nak balas jasa dan pengorbanan ibu bapa korang?"
Jgn
komplain org lain jika korang x pandai berdikari. Jgn marahkan org lain
sebab korang semua memang manja. Graduate dulu x pernah pun komplain
pasal PTPTN malah bersyukur sebab dpt PTPTN. Kalau xnak PTPTN jgn
pinjam, jual keta, rumah dan tanah mak bapak korang semata2 ntuk
kepentingan korang jer. Biar adik2 mampus kelaparan demi masa depan
korang.
Ok korang nak belajar Free kta U, tp fikir sendiri sape
nak beli buku rujukan korang, laptop korang, tambang pengangkutan
korang, makan minum korang, tempat tinggal dan lain2? Fikir sendiri la
wahai budak2 U... korang sebenarnya papa kedana tanpa PTPTN... jadi
bersyukurlah jika dapat pinjaman tu, sebab sememangnya mak bapak korang x
mampu nak tanggung keperluan kamu kat Universiti. "
Tulisan asal boleh dilihat di sini
Terbaek lah..
Seimura
Wednesday, January 16, 2013 at 9:20:00 PM GMT+8