Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Dasar tak sedar diri

Assalamualaikum..w.b.t

Tika dan saat aku menaip entri ini, sukacita aku maklumkan, aku berada di kolej. Walaupun hujan lebat bersama tempias, aku tetap ke kolej demi sedikit ilmu untuk dituntut untuk kegunaan di hari muka. Manalah tahu, jika suatu hari nanti aku amat memerlukannya. Bukankah itu boleh aku kelaskan sebagai satu langkah kanan. Bolehkah begitu? Aku bukan seperti sebelum ini, hanya menaiki pengangkutan awam dan aku juga bukan kaya untuk ke kolej dengan sebuat kereta. Oh!! tidak. Aku tak reti memandu dan yang paling penting, aku juga tidak mempunyai sebarang lesen memandu. 


Dengan menaiki sebuah motorsikal buruk, aku pecut dari Cherating ke Kemaman dalam masa 13 minit sahaja dan catatan terpantas aku sekadar 12 minit bersama dengan motor buruk aku. Tidaklah seberapa laju jika dibandingkan dengan 125Z atau RXZ yang mungkin hanya mengambil masa 7 hingga 10 minit mungkin. Aku cukup bimbang dan takut sebenarnya tapi demi mengejar masa itu adalah seumpama emas dan demi untuk tidak tergolong di dalam golongan seperti yang di firmankan oleh Yang Maha Berkuasa di dalam surah di mana Allah bersumpah demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Aku tidak ingin menjadi sebagian dari mereka.

Namun bukan itu yang aku ingin kongsikan kali ini. Ia hanya sekadar intro yang menyedapkan hati sahaja sebelum bertemu dengan pegawai dari MQA. Hahahahah Aku ada terbaca satu entri yang berkaitan dengan pendapat beliau tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang sehingga mendapat liputan yang cukup meluas di seluruh negara terutamanya yang sejak dahulu lagi berusaha untuk menghapuskannya. Isunya sudah tentulah "ketuanan melayu". Hanya 2 perkataan sahaja tapi cukup memberi impak dan kesan yang cukup luas dan mendalam sejak dahulu lagi. Bukan setakat sejak merdeka pada tahun 1957 tapi sejak sebelum tertubuhnya negeri Melaka yang tersohor dengan perdagangan. Sila terjah entri berikut jika anda ingin mengetahui apa pendapat beliau. Walaupun tidak seberapa panjang entri beliau, namun kesan dan impaknya cukup besar. Jom pakat klik-klik.

Apa yang akan aku taip seterusnya merupakan pendapat peribadi aku yang aku rasa cukup kontra berbanding pendapat pemilik blog paradoks kekampungan. Sebelum aku terus menzahirkan pendapat yang tidak seberapa ini, ingin aku nyatakan bahawa  aku merupakan orang melayu, ibu dan bapa aku juga orang melayu, keturunan aku juga orang melayu, aku juga seorang warganegara malaysia atau dengan kata lain, aku juga rakyat malaysia di bawah kuatkuasa undang-undang NAMUN aku bukannya BUMIPUTERA seperti pemilik blog paradoks kekampungan.

Aku tidak ingin berbicara tentang menjadi sebuah negara maju, menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi yang pada aku, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Dan yang ternyata, golongan yang miskin semakin miskin sudah tentulah kita orang melayu. Namun sekarang, kita dengan bangganya mengatakan orang-orang melayu sudah mampu bersaing dengan orang-orang cina dan india. Tidak kira sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, kemajuan teknologi malah sudah ada yang sampai ke angkasa lepas. Ya!! itu semua kejayaan orang melayu kini. Namun, pernahkah melayu-melayu ini berfikir atau terfikir sejenak. Dengan apa dan bagaimana mereka mendapat semua ini?

Acu cuba try kita meletakkan diri di era sebelum merdeka, di era persekutuan tanah melayu, di era percubaan penubuhan malayan union, di era penjajahan jepun, di era penjajahan enggeris.

Oh!! ko pehal yang ungkit-ungkit perkara lama? tuh perkara dulu-dulu. kita dah berada 53 tahun ke hadapan la beb!! 

Sejarah tetap sejarah. Tanpa adanya masa lampau, tidak akan ada masa kini. Tanpa adanya perubahan pada zaman lampau, zaman kini tidak mungkin berubah. Aku tahu, kamu semua pernah belajar sejarah malah mendapat keputusan yang cukup cemerlang untuk subjek sejarah berbanding aku yang sekadar cukup-cukup makan. Tapi tahukah kamu, siapakah yang menentang penubuhan malayan union? Adakah rakyat-rakyat malaysia kini? Dan tahukah kamu, satu-satunya bangsa yang memperjuangkan usaha menggagalkan penubuhan malayan union adalah bangsa melayu. Dapatkah kamu buktikan cina dan india turut serta dalam bantahan beramai-beramai terhadap penubuhan malayan union? Jadi, bagaimana dapat kamu berikan satu sebab mengapa mereka harus mendapat apa yang telah menjadi hak milik melayu dan bumiputera? Adakah kamu terfikir, bilakah cina dan india menyertai UMNO dalam parti perikatan? Dari awal bantahan UMNO terhadap malayan union? Semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu? Jawapannya sudah tentu tidak. Mereka (cina) yang diketua tun tan cheng lock hanya menyertai UMNO apabila pihak british telah memberi kata dua bahawa akan memerdekan Tanah Melayu dan menyerahkan kepada bangsa melayu. Oleh kerana bimbang akan nasib diri, tika itu abrulah mereka menyertai UMNO membentuk parti perikatan dan menyertai pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.

Hanya satu pertanyaan dari saya yang boleh dikatakan sebagai buta sejarah berbanding anda-anda sekalian yang bijaksana, Mengapa hanya selepas british menjanjikan akan memerdekakan tanah melayu dan menyerahkan tanah melayu kepada bangsa, tika itu baru cina dan india beriya-iya ingin bersatu bersama UMNO untuk membuktikan bahawa mereka boleh bersatu padu. Mengapa tidak sama-sama menyertai UMNO semasa bantahan penubuhan gagasan malayan union? Di mana mereka pada ketika itu? Jadi, apa pendapat anda sekalian?

Aku tidak bersependapat dengan mereka di luar sana yang menganggap ketuanan melayu lebih kepada menganggap melayu sebagai sebuah bangsa dengan mengtuankan diri mereka sebagi tuan-tuan kepada bangsa lain. Satu pendapat dan tuduhan yang bagi aku cukup tidak berasas. Mungkin aku boleh katakan si pemberi pendapat sebagai tidak seberapa cerdik atau pun boleh juga aku katakan kepada si penuduh sebagai lebih menggunakan kepala lutut semasa membuat tuduhan dan bukannya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah.

Aku lebih suka menggunakan contoh berikut :

 " tuan rumah dan tetamu "

Kita, melayu sebagai tuan rumah dan mereka, cina india sebagai tetamu. Adakah layak mereka sebagai tetamu untuk mendapatkan apa yang ada pada tuan rumah? Walaupun kita mengatakan "buatlah macam rumah sendiri. Jangan malu-malu". Oleh sebab itu, datuk-datuk dan ayah-ayah serta nenek-nenek dan mak-mak kamu bersetuju untuk berkongsi rumah yang kecil dan tidak seberapa dengan mereka-mereka, cina dan india. Mengapa? Kerana melayu yang ramah dan berbudi. Bukan senang untuk berkongsi sebuah rumah dengan keluarga yang jauh sama sekali berbeza dengan kita. langsung tidak sama agama, adat dan budaya. Namun, melayu dahulu sanggup berkorban untuk berkongsi. Untuk menerima mereka sebagai tetamu. 

Namun, tetamu yang dahulunya berjanji untuk tidak mengganggu pemilik rumah yang berkorban untuk mereka, kini sudah lupa janji mereka. Mungkin kerana mereka telah lama bersama dengan pemilik rumah tersebut sehingga terlupa bahawa mereka dahulunya adalah tetamu. Apa yang mereka tahu, mereka mahu mempunyai apa yang pemilik rumah tersebut ada. Nampaknya, kata-kata Tun Dr. Mahathir bahawa melayu mudah lupa sudah tidak releven lagi. Cina dan india juga sebenarnya mudah lupa DARATAN.


Erm... Inilah salah satu komen yang aku baca di blog paradoks kekampungan. Oleh kerana tidak dapat terjah ke UiTM selepas SPM, maka beliau terus mengatakan benci apabila melihat perkataan bumiputera. Adakah kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM, anda serta-merta gagal? Sudah tentu tidak bukan? Dan tidak semestinya jika anda layak ke UiTM, anda semestinya akan terus berjaya. Cuba bandingkan diri mereka di UiTM dengan diri anda..Siapa yang lebih berjaya? Tidak semestinya apa yang kita tidak suka itu tidak baik dan apam yang kita suka itu semestinya baik untuk kita. Luaskan daya pemikiran.



p/s : aku dapat pinjaman ptptn pun dah cukup bersyukur dapat sambung belajar. walaupun dikenakan interes yang dikatakan orang ramai cukup mahal. Sedar diri yang aku ni tidak mungkin dapat belajar sehingga sekarang jika tidak ada pinjaman ptptn. Aku tidak tamak untuk mendapatkan biasiswa. Aku sedikit pun tidak mengharapkannya.

5 comments :: Dasar tak sedar diri

  1. pinjam motor boleh pakcik nak bawa race kat sepang

  2. alah..motor ceq pelan ja... paling laju pon 140km/j je

  3. This comment has been removed by the author.
  4. sepatutnya kau kena enail/at least jemput aku baca pendapat kau walau contradictory macam mana pun. aku respek pendapat kau dan ini counterpoint aku.

    bagi aku, konsep ketuanan melayu ni mengiktiraf superiority bangsa melayu berbanding bangsa-bangsa lain. bangsa cina, india dan kaum minoriti lain dianggap inferior, at least di mata senario politik malaysia.

    konsep ni menggambarkan hakikat sosio-politik di malaysia sekarang. melayu dan cina (bersama kaum minoriti lain) tak bercampur. sekolah asing-asing. bila sekolah asing-asing, cina tak tau cerita melayu dan melayu tak tau cerita cina. bila masuk universiti, masing-masing awkward sampai ada cina tak reti cakap bahasa malaysia. bila tak campur, wujudlah prejudis. bila ada prejudis, tunggu masa je sebelum 13 Mei 1969 berulang kembali. apa yang menghalang kaum minoriti daripada menentang ketuanan melayu adalah kerana mereka kuasa dominan dalam ekonomi malaysia. kalau mereka menentang dan merusuh, mereka sendiri yang rugi.

    kalaulah orang melayu mengambil alih kuasa ekonomi malaysia (which is believe me would never happen because melayu dah selesa sangat memegang kuasa politik), kaum minoriti akan merusuh because they got nothing to lose. itu sebab malaysia dikatakan 'aman', the minorities are content with economy power and the malays are content with political power. unfortunately, bukan semua orang melayu dapat merasa kuasa politik tu. keluarga-keluarga datuk dan kipas-kipas mereka je.

    pasal isu kenapa bangsa cina dan india tak bersama-sama tentang malayan union pulak. why the hell they should be fighting malayan union sedangkan british mengasingkan singapura dari malayan union awal-awal kerana tahu melayu takkan terima kewarganegaraan kaum cina singapura? cina tanah melayu hanya mahukan kewarganegaraan. that's why bila parti perikatan menerima usul mereka untuk menjadi rakyat malaya, mereka mula menentang british. dan sebab itu jugaklah, onn jaafar keluar dari umno.

  5. sepatutnya kau kena enail/at least jemput aku baca pendapat kau walau contradictory macam mana pun. aku respek pendapat kau dan ini counterpoint aku.

    bagi aku, konsep ketuanan melayu ni mengiktiraf superiority bangsa melayu berbanding bangsa-bangsa lain. bangsa cina, india dan kaum minoriti lain dianggap inferior, at least di mata senario politik malaysia.

    konsep ni menggambarkan hakikat sosio-politik di malaysia sekarang. melayu dan cina (bersama kaum minoriti lain) tak bercampur. sekolah asing-asing. bila sekolah asing-asing, cina tak tau cerita melayu dan cina tak tau cerita cina. bila masuk universiti, masing-masing awkward sampai ada cina tak reti cakap bahasa malaysia. bila tak campur, wujudlah prejudis. bila ada prejudis, tunggu masa je sebelum 13 Mei 1969 berulang kembali. apa yang menghalang kaum minoriti daripada menentang ketuanan melayu adalah kerana mereka kuasa dominan dalam ekonomi malaysia. kalau mereka menentang dan merusuh, mereka sendiri yang rugi.

    kalaulah orang melayu mengambil alih kuasa ekonomi malaysia (which is believe me would never happen because melayu dah selesa sangat memegang kuasa politik), kaum minoriti akan merusuh because they got nothing to lose. itu sebab malaysia dikatakan 'aman', the minorities are content with economy power and the malays are content with political power. unfortunately, bukan semua orang melayu dapat merasa kuasa politik tu. keluarga-keluarga datuk dan kipas-kipas mereka je.

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET