Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Tips-tips bercuti di Pulau Langkawi


Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat yang penuh barokah.


Musim cuti persekolah tidak kira penggal pertama, cuti pertengahan tahun atau pun cuti akhir tahun merupakan peluang untuk para ibu bapa membawa anak-anak mereka makan angin tidak kira dalam negara mahupun luar negara.

Di kesempatan ini juga, rakan penulis yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri dan chalet di langkawi telah membuat beberapa pengiklanan sama ada di facebook dan dengan rakan-rakan bloger bagi melariskan jualan beliau. Tambah-tambah pada musim cuti sebegini adalah peluang bagi mereka untuk menambahkan pendapatan.

  
Usaha beliau yang beliau lakukan boleh dikatakan agak memberangsangkan apabila banyak menerima panggilan dan mesej pesanan ringkas untuk menempah ( booking ) terutamanya kereta dan van. 

Sememangnya menjadi kebiasaan di Pulau Langkawi, apabila menjelang musim cuti persekolahan dan lain-lain cuti am, kehadiran pelancong sama ada dari dalam negara atau luar negara bertambah. Keadaan ini menyebabkan pihak beliau dan rakan-rakan tidak dapat menyediakan kenderaan yang mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan. 

Jadi beliau memberikan beberapa tips kepada penulis untuk disampaikan kepada orang ramai supaya lebih awal membuat persiapan agar cuti kita penuh dengan kenangan manis. Tidak kira bersama keluarga, teman atau rakan sekerja. Tips-tips yang beliau berikan ada yang sesuai sepanjang tahun dan ada yang hanya sesuai pada musim cuti sahaja.

Antara tips-tips yang diberikan oleh beliau ialah :

1. Tempah kereta sewa dan chalet lebih awal sekurang-kurangnya 1 minggu terutamanya pada musim cuti sekolah, cuti am, dan hari minggu. Jika tidak, percutian anda mungkin terpaksa di tangguhkan disebabkan tiada kekosongan.

2. Jika anda mahu bercuti lebih dari 5 hari, seeloknya bawa masuk kereta sendiri. Kosnya akan lebih murah. Selain akan memudahkan pihak anda.

3. BerHati2 dalam memilih tempat untuk makan. Jika boleh survey dahulu. Manalah tahu kot2 kena sembelih ke nanti.

4. Berhati-hati juga dengan penipu-penipu yang berkeliaran sama ada di facebook mahupun di jeti yang menawarkan pakej dengan harga yang murah dan meminta pihak anda untuk bank in yang kononnya deposit tetapi dengan harga penuh. Kebiasaannya deposit yang minta oleh rakan penulis dan lain-lain pengusaha kereta sewa ialah sama nilai dengan harga untuk satu hari untuk sebuah kenderaan yang mahu disewa. Ada juga yang ambil dengan nilai minima sebanyak RM 100.00

Penulis dimaklumkan kerapkali ramai pelancong yang tertipu dan rabun mata apabila mereka ditawarkan dengan harga yang murah bagi setiap pakej. Harga yang ditawarkan memang tidak dapat diberikan oleh pengusaha sebenar. Akibatnya, ramai yang telah menjadi mangsa dan hanya mengetahui mereka ditipu setelah mereka sampai di Jeti Pulau Langkawi.

Pada ketika itu, panggilan dari mangsa tidak lagi dijawab. Malah ada yang terus mematikan telefon untuk suatu tempoh. Ada juga yang menggunakan nombor tersebut untuk satu musim sahaja dan mereka akan menukar nombor lain bagi setiap musim. Jadi, berhati-hatilah. Usah terpedaya apabila anda ditawarkan harga yang jauh lebih murah. Jika tidak, anda mengkin mangsa seterusnya seperti gambar di bawah






 Jadi, sesiapa yang ingin melancong ke Pulau Langkawi dan memerlukan kenderaan pandu sendiri, bolehlah berhubung dengan nombor yang tertera seperti gambar di bawah. Ishaa Allah, anda tidak akan ditipu. Kalau nak dapat murah sikit, cuba beritahu kawan zul.






Sekian.....selamat bercuti

0 comments :: Tips-tips bercuti di Pulau Langkawi

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET