Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Lucah dan PAS, PKR dan DAP berpisah tiada


Maaf, hari ini penulis nampaknya lain dari sedia kala kerana update 2 entri dalam sehari. Kebiasaan penulis adalah sehari hanya 1 entri sahaja.

Dalam entri penulis sebentar tadi, boleh klik di sini untuk membaca

Pada pendapat penulis, seperti juga dalam entri yang lepas, penulis tetap menolak tindakan mendedahkan keaiban orang lain kepada umum. Tapi pada penulis, apabila ia berkait rapat dalam menentukan bakal pemimpim, perkara yang didedahkan oleh sesetengah pihak tidak boleh diabaikan begitu sahaja semata-mata kerana orang tersebut berada di pihak kita. Moral adakah perkara penting untuk dijadikan sebagai pemimpin.


Malah, menolak budaya kotor penyebaran video berbentuk lucah juga bagus. Jika orang tersebut bukanlah siapa-siapa dalam bakal pentadbiran negara, mungkin juga boleh diabaikan dan ditolak budaya menjaja video lucah tapi apabila ia berkait rapat dengan seseorang yang ingin menjadi pemerintah, ingin menjadi perdana menteri, ingin menjadi menteri, timbalan menteri, malah ketua kampung sekali pun. Video tersebut pada penulis tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Caranya bukanlah menjaja dari rumah ke rumah seperti yang dilakukan oleh 2 orang pemuda AMK Keadilan yang telah ditangkap polis beberapa hari lepas tetapi sebaliknya menyiasat kebenaran akan video tersebut. Adakah ianya hanya sekadar superimpose ataupun rakaman original.

Dalam Quran sendiri, ALLAH berfirman, 

Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [QS. Al Hujurat(49) : 6]

Dalam ayat tersebut di atas, dengan jelas kita dilarang percaya kepada berita angin, sebelum memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar. Karenanya berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti.  

Bukannya seperti tindakan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi, apabila ditanya berkenaan dengan video setiausaha agung PAS mensetubuhi seorang wanita yang dikatakan bukan isterinya, Beliau terus menolak dan menyatakan bahawa video tersebut hanyalah rekaan UMNO-BN, hanyalah fitnah UMNO-BN dan dengan keras menegaskan bahawa pelaku dalam video tersebut bukanlah setiausaha agung PAS. Tanpa periksa terlebih dahulu, tanpa siasat terlebih dahulu terus sahaja membuat keputusan. Entah-entah tengok pun belum lagi.

Andai katalah pelaku dalam video tersebut adalah Najib mahu pun Muhyidin, cuba bayangkan apa yang akan dilakukan oleh PAS, PKR dan DAP? Adakah mereka akan menyembunyikan video tersebut? Adakah mereka akan mengarahkan semua penyokong-penyokong mereka supaya tidak menyebarkan video tersebut?

Sedangkan berita yang kononnya Tun Mahathir menonton video lucah bersama cucunya dahulu yang tanpa sedikit pun bukti ditunjukkan dijaja sehingga ke seluruh pelusuk kampung dalam usaha menjatuhkan Tun Mahathir dari tampuk kepimpinan.

Benarlah seperti kata-kata ustaz dalam video di bawah berkaitan ASSOBIAH. Sila lihat pada minit ke 2.57 hingga minit ke 9.14. Apabila satu-satu berita tersebut menguntungkan mereka, maka dijajalah hingga ke ceruk-ceruk kampung tetapi apabila merugikan mereka, berbagai-bagai jenis fatwalah yang dikeluarkan untuk mempertahankan diri mereka agar pengundi tetap menyokong mereka.


Bagi penulis, tidak salah kiranya mengatakan bahawa Ingat fitnah, maka ingatlah harakah. Ingat lucah-lucah, maka ingatlah PAS, PKR dan DAP.

  

0 comments :: Lucah dan PAS, PKR dan DAP berpisah tiada

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET