Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Musim PAS guna khidmat HANTU tiba!!


Assalamualaikum....

Adakah anda semua perasan, bermula semalam selepas 1 hari penamaan calon, bermakna musim untuk berkempen telah bermula. Dan tidak hairanlah mereka cukup bersemangat untuk berkempen tidak kira dari pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

Ada yang mula berkempen dari rumah ke rumah, ada yang berkempen ke tempat-tempat hiburan seperti tempat bowling dah shopping kompleks, ada yang menghadari pelbagai majlis-majlis yang dianjurkan oleh PDM masing-masing bagi tempat masing-masing.

Apa yang mencuit hati penulis ialah, dari beberapa tahun yang lepas, dai beberapa PRU yang lepas, terdapat 1 cara kempen yang tidak pernah ditinggalkan oleh PAS ialah Pengundi Hantu yang pada penulis tidak pernah wujud pun. Itu adalah modal yang digunakan oleh PAS sejak dari dulu dalam memastikan imej SPR tercalar teruk dan dalam masa yang sama ingin memberitahu kepada semua rakyat malaysia bahawa BN menang dengan cara yang kotor.

Bacalah Harakah jika anda inginkan kepastian. Kini sudah bermula semula sesi pendedahan "pengundi hantu" yang secara tidak sengaja mempunyai nama yang sama dan tarikh lahir yang sama tetapi hanya dibezakan 2 nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan.



Bagi penulis, mereka hanya pandai menuduh sahaja. Hanya pandai menonjolkan kesilapan orang lain yang hakikatnya bukanlah kesilapan. Dah memang ternyata nama dan lahir lahir mereka sama dan kebetulannya mereka pula berada dalam kampung yang sama. Tetapi adakah mereka lahir pada kampung yang sama atau dahulu mereka tinggal di negeri lain dan sekarang menetap di negeri lain? Perkara ini mereka tidak pernah fikir pun. 

Walaupun mereka sebenarnya mengenali orang-orang tersebut, malah mungkin saudara mara mereka sendiri dan mereka pasti sebenarnya "mangsa" tersebut bukanlah pengundi hantu tetapi mereka yakin dan pasti bahawa tidak akan ada orang yang akan membuktikan bahawa "hantu" tersebut adalah orang original. Maka mereka jaja dan menyatakan tohmahan bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Tambah pula "hantu" tersebut adalah penyokong mereka sendiri dan pengundi mereka. Tidak pula mereka menghadapkan "hantu" tersebut ke muka pengadilan dan menyatakan "hantu" tersebut bukanlah pengundi hantu. 

Anda tak percaya? DATANGLAH KE CHERATING, JUMPALAH ORANG KUAT PAS DI CHERATING DAN TANYAKAN MEREKA BERKENAAN "HANTU-HANTU" DI BAWAH INI. Adakah mereka akan mengatakan "YA" mereka adalah pengundi hantu yang diletakkan di CHERATING bagi memastikan DUN BESERAH milik PAS selamanya.



Dari dahulu lagi, pihak yang sebenarnya yang menggunakan kaedah pengundi hantu dan pemindahan pengundi secara terancang adalah PAS. Mereka cukup mengenali pengundi-pengundi yang akan mengundi mereka. Dan mereka juga mengenali semua penduduk di satu-satu kampung. Jadi apabila pada hari mengundi, jika mereka ternampak seseorang yang boleh dikategorikan tak pernah nampak sebelum ini, maka bisinglah mereka mengatakan ada pengundi hantu. Walhal orang tersebut tidak berada di kampung kerana bekerja di bandar-bandar. Dah nama pun kampung, mana ada peluang pekerjaan kecuali kerja sendiri panjat pokok kelapa.

Malah mereka tahu, jentera BN tidak sehebat mereka dan mereka yakin jentera BN tidak akan menghalang orang lain datang mengundi walaupun mereka (jentera BN) tahu bahawa orang tersebut bukanlah orang kampung mereka. 

Jadi, usahlah kamu bergebang sana sini menuduh BN menggunakan pengundi hantu walhal kamulah sebenarnya menggunakan khidmat "hantu-hantu" ini untuk mengundi kamu. Agar kamu terus menang dan menang tetapi kamu lupa bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui, DIA menangkan parti mana yang DIA kehendaki. DATANGLAH BERJUTA-JUTA PENGUNDI HANTU KAMU, jika telah termaktub bahawa BN menang, maka BN juga yang akan menang.

Sedarlah dari mimpi yang menipu kamu. Mimpi yang kamu reka untuk menipu orang lain tetapi sebenarnya kamu menipu diri kmau sendiri.

DAN JANGAN LUPA PERIKSA PENGUNDI HANTU DI CHERATING TU.......


0 comments :: Musim PAS guna khidmat HANTU tiba!!

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET