Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

IFC dan PAS

0 comments

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!



Jadi, aku tertanya-tanya mengapa PAS dan PKR menjadikan Ambiga itu sebagai ketua dan mereka sebagai pengikut. Mengapa tidak PAS dan PKR yang mengetuai BERSIH 2.0 ataupun membuat perhimpunan yang lain dengan tujuan supaya SPR lebih telus dan jujur dalam menjalankan tugas dalam pilihanraya kecil ataupun umum?


Namun seperti entri aku yang sebelum ini, jika benar SPR tidak telus dan tidak amanah, maka jangan harap kamu ( PAS, PKR dan DAP ) dapat memerintah 4 buah negeri ( Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor ) dan 1 wilayah persekutuan. JANGAN KAMU MIMPI untuk memerintah negeri-negeri berikut jika mereka tidak telus dan tidak amanah!!

SPR, BERSIH 2.0 dengan TELUS atau TIDAK

0 comments
BERSIH 2.0 dah lama lepas, tapi aku baru rasa nak menaip dan menghasilkan ayat-ayat berkenaan dengan BERSIH 2.0. Entah boleh nakdikatakan aku ketinggalan zaman atau tidak. Tapi, aku punya pendapat sendiri.


Aku ada baca entri di blog INI, agak menarik dan punya logik yang positif. Penulis berceritakan tentang Demokrasi yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang yang menganjurkan perhimpunan yang diharamkan oleh kerajaan yang menuntut supaya kerajaan dan SPR lebih telus dalam menjalankan tugas dan pilihanraya supaya adil dan saksama.


Cuba kita fikir, jika benar seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang bahawa pilihanraya di Malaysia dijalankan secara tidak telus dan dikawal oleh BN agar BN terus menang dan menang!! Cuba kita fikir, logikkah andaian dan tuduhan sedemikian? Andai SPR sudah tidak telus dan tidak amanah dalam menjalankan tugas dan hanya berpihak kepada kerajaan BN sahaja, cuba kamu dan kamu sekalian berfikir, mampukah Pakatan pembangkang menggenggam erat Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan? Mampukah mereka menawan 4 buah negeri ini?


Dan jika SPR begitu hina menjual maruah diri mereka kepada BN, bolehkan PAS mentadbir Kelantan sehingga ke hari ini? Berpeluangkah PAS, PKR, dan DAP mentadbir 4 buah negeri ini termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Bagi aku, jangan harap mereka boleh memerintah 4 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan jika SPR tidak telus dan tidak amanah.


Itu pendapat peribadi aku bagaimana aku meletakkan kedudukan SPR dalam menentukan sama ada mereka telus atau tidak.


Aku ada bertanyakan seorang kawan perempuan yang berada di Kota Bharu. Secara kebetulan aku melihat gambar profile beliau menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan 9 Julai yang lalu. Dan ini merupakan respon beliau.




Korang google jelah apa maksud kata-kata beliau di atas. Tapi jika benar PAS terutamanya berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis, PAS tidak akan menggunakan kata-kata dan berdoa untuk menjahanamkan sesama umat Islam walaupun mereka berlainan parti. BN-Umno tidak pernah melarang umat Islam dari beramal ibadat. Tidak pernah memaksa umat Islam melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah. Jadi mengapa sampai teruk sebegini PAS meletakkan betapa hinanya maruah umat Islam hanya kerana mereka menyokong Umno.




Tidak sepatutnya PAS mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita sesama Islam, sesama Melayu. 


Bagi aku, jika mereka mengatakan UMNO tidak memperjuangkan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam. Aku akan lebih memihak kepada UMNO. Mengapa? UMNO tidak pernah melarang umat Islam di Malaysia dari melakukan ibadat kepada Allah dan tidak memaksa umat Islam melakukan kejahatan sebaliknya PAS yang sejak dahulu berlandaskan kepada Islam sering mengeluarkan kenyataan yang menuduh dan menghina sesama umat Islam. Contohnya seperti gambar di atas.


Jadi, berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis. Walaupun orang tersebut melakukan 99 kesalahan dan kejahatan tetapi hanya melakukan 1 kebaikan. Lihatlah kebaikan mereka yang 1 itu. 


Bagi aku, jika satu-satu perkara yang kita ingin lakukan akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan, maka lupakanlah.


Dan aku juga menganggap, selama 54 tahun BN memerintah, ia merupakan Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T dan Qada' dan Qadar dari Allah juga yang tidak memberi peluang kepada PAS, PKR dan DAP memerintah Malaysia. Mengapa? ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA LAKUKAN.






p/s : Ramadhan dah semakin hampir, perbanyakkan amalam ibadat, bukannya perkara yang tidak mendatang kebaikan.

Kali pertama ke UK dan menonton KL GANGSTER di samping BERSIH yang tak menjadi

0 comments
Hari ini banyak kerja nak kena buat tapi aku masih lagi bermalas-malasan di bilik berselimutkan dengan kain selimutlah. Semalam seharian dok belek-belek blog yang mengupdatekan BERSIH 2.0. 


Rata-rata warga KL mengutuk tindakan pihak pembangkang mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0. Tidak kurang juga yang menyokong tindakan yang diketuai oleh ambiga, peguam Lina Joy yang MURTAD beberapa tahun yang lepas.


Apa-apa pun, bagi aku, selagi satu-satu perkara yang ingin dilakukan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan dari membawa kebaikan. Adalah Lebih baik ia dibatalkan sahaja. Kerana ingin mengadakan satu perkara, 10 perkara rosak. Itu tindakan yang menggunakan hawa nafsu semata-mata. Bukannya berlandaskan akal pemikiran yang bijaksana.


Keletihan berada di luar negara masih terasa. Walaupun hanya seharian berada di sana. Tidak sempat untuk bergambar dan bergambar namun hanya 2 keping gambar ini sahaja yang menjadi kenangan untuk di tatap.







Semalam layan KL GANGSTER. Tak sempat nak ke pawagam, jadi layan kat umah ja. Bagi aku, jalan citer die biase je. Tak de beza sangat dengan lain-lain movie aksi malaysia. Tapi boleh tahan la. Kalo tengok kat pawagam pun, tak terasa rugi la.


KL Gangster (Malay-movie)


Kalau anda terasa nak download, sila klik di sini PART 1 dan juga di sini PART 2 . Tak perlu malu-malu.



p/s : This coming tuesday, akan ke UK selama tiga hari. Tiket flight dah book. Perghhhhhh

BERSIH mestilah PUTIH

1 comments
Kuning warna diraja. Putih membawa erti kesucian atau kebersihan mungkin. 


Jadi,kenapa warna kuning yang digunakan untuk perhimpunan BERSIH?


kenapa tidak Putih? 


YE....KENAPE MESTI KUNING? 


Macam terang2 nak menentang YDPA

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET