Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

MyKad palsu dengan maklumat Original?

Assalamualaikum dan selamat siang semua...

Penulis terpanggil untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh blogger PRO PEMBANGKANG yang sememangnya kita ketahui sama sahaja dengan Pembangkang yang hanya pandai mencari kesalahan kerajaan dan akan menunding jari meletakkan kesalahan yang memang mereka lakukan terhadap kerajaan. Jadi, tidak kira siapa yang buat salah yang PASTInya kerajaan yang tetap dipersalahkan.

Penulis bukannya ingin mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah berbuat salah dan sesekali tidak ingin menunding jari ke arah pembangkang selaku PENYEBAR FITNAH yang mengatakan kerajaan menjual RM 1 000.00 untuk sekeping MyKad PALSU semata-mata mahu mendaftarkan subjek tersebut sebagai pengundi yang langsung layak mengundi pada PRU13 nanti.



Begitulah mentaliti yang diasuh dan digilap oleh pembangkang kepada setiap rakyat Malaysia terutamanya Penyokong mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja taktik dan cara malah lupa bahawa cara mereka itu sebenarnya SALAH di sisi undang-undang dunia mahupun AKHIRAT kelak semata-mata mahu meracuni fikiran rakyat dengan harapan rakyat akan benci kepada kerajaan yang sedia ada dan akan menyokong mereka.

Anda boleh membaca 3 jalan cerita yang berlainan dengan 1 matlamat iaitu terus menuduh dan menyalahkan kerajaan dengan harapan semua rakyat Malaysia membenci kerajaan.






Di sini penulis ingin menceritakan sedikit kisah yang hampir sama dengan ketiga-tiga cerita di atas. Beberapa tahun yang lepas, penulis mengenali seorang lelaki warga Indonesia yang datang ke Malaysia untuk bekerja di tapak-tapak projek pembangunan. Penulis mengenali beliau ketika berada di Kangar, Perlis. Beliau pada awalnya mendakwa sebagai orang Sabah dan bekerja di Kangar. Kononya mencari rezeki. Namun setelah diasak dengan pelbagai soalan dan sedikit ugutan untuk report polis, akhirnya beliau mengaku membeli IC dari satu sindikit di Kuala Lumpur. IC tersebut jika diperiksa dengan JPN, didapati sememangnya original. 

Bagaimana warga Indonesia tersebut boleh memiliki IC Original walhal ianya dibeli dari sindiket? Dan penulis cukup pasti, jika disemak dengan SPR, pastinya beliau boleh mengundi.

Jika warga Indonesia tersebut ditangkap polis sekarang dan berita WARGA INDONESIA MILIKI MYKAD PALSU DIBERKAS terpapar di dada akhbar, PASTI Blogger Pro Pembangkang akan mengeluarkan entri UMNO-BN JUAL IC KEPADA WARGA ASING KERANA TERDESAK UNTUK BERKUASA.

Bukankah itu yang akan terjadi? Sedangkan kita sering mendengar saban hari berlakunya kecurian, samun, ragut dan saban hari jugalah mangsa-mangsa tersebut ke balai polis untuk membuat laporan dan saban hari jugalah mangsa-mangsa tersebut ke JPN untuk membuat MyKad yang baru.

Ke mana pula MyKad-mykad yang hilang tadi pergi? Pergi Melancong? Sudah pasti akan dijual kepada sesiapa yang mahu ataupun dijual kepada sindikit untuk mendapatkan sidikit wang. Jadi MyKad yang sama tadi juga akan dijual kepada warga asing dengan menggunakan nama dan nombor MyKad yang sama dengan ubahsuai gambar sahaja.

Jadi tidak hairanlah jika kita semak sama ada dengan JPN mahupun SPR, maklumat-maklumat seperti yang tertera pada MyKad PALSU tersebut wujud di pengkalan data JPN dan SPR. Cuma yang membezakan antara MyKad Palsu dengan Original adalah gambar sahaja.

Penulis yakin, jika pemilik asal MyKad yang digunakan oleh warga Indonesia yang penulis kenali beberapa tahun lepas di Kangar pasti terkejut kerana memiliki seorang lagi isteri di Kangar. Dan mungkin juga akan ada anak. Maklumlah, dah kawin takkan nak tengok sahaja.


UNTUK MENGETAHUAN ANDA PARA PEMBANGKANG, kami tidaklah SEBODOH itu untuk termakan dakyah-dakyah fitnah kamu. TERNYATA LEMBU SHAHRIZAT LAGI CERDIK DARI ANDA.





Klik LIKE dan SHARE jika anda meminati.

0 comments :: MyKad palsu dengan maklumat Original?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET