Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Fakta menarik umat Islam di hari Jumaat.

0 comments
Salam di petang Jumaat.
Hari ni tak nak cakap banyak..juga tak nak taip panjang-panjang. Cuma sekadar ingin berkongsi fakta yang agak menarik sahaja.


Faktanya adalah hujan dan masjid pada hari jumaat.
Cuba bayangkan...........
Suatu hari dari pagi sampai petang, hujan turun mencurah-curah dengan agak lebatnya membasahi bumi. Lalu mak di dapur atau mungkin juga di ruang tamu berkata kepada mungkin juga suaminya atau mungkin juga kepada anak lelakinya, " dah pukul 1 lebih ni, tak pergi jumaat ke? "
Lalu si anak atau mungkin juga si suami menjawab, " tunggu kejap, hujan lebat kat luar tu. Nanti pergi la bila hujan berhenti. "


********************************************************************


Tatkala selesai solat jumaat, tiba-tiba sahaja hujan turun lebih lebat dari sebelum waktu jumaat tadi.
Umat manusia yang menunai solat Jumaat tadi memenuhi tangga-tangga dan pintu-pintu masjid menunggu untuk pulang sedangkan imam belum pun membaca doa lagi.


********************************************************************
Lalu si ibu kembali bertanya,  " awal balik, hujan lebat lagi kat luar tu. Redah hujan yer? Tak tunggu hujan berhenti dulu ke? "


********************************************************************


p/s : Oh, itulah kita. Mungkin terlalu panas dan rimas untuk kita berada di masjid untuk tempoh yang agak lama kan? Perginya lewat baliknya awal. Cuba kita lihat jika terdapat program seperti JOM HEBOH, perginya awal dan baliknya lewat malah sanggup berhujan dan berpanas!!!

2011punye azam

1 comments
Hahahahha
Belom penah-penah lagi aku buat azam bila nak masuk tahun baru tapi tahun ni, aku nak buat azam lah. Sekurang-kurangnya aku ada target dan ada perkara yang aku nak buat dan nak capai. Baru la nampak macam owang yang berkeyakinan dan bermatlamat. Jelas dan terang kot.


Hahahaha... 
Nak tergelak jugak aku bile terfikir nak buat azam tahun baru ni. Aku berazam ni pun sebab bos aku dan jiran sebelah umah aku asyik dok bercakap dan dok bertanya la jugak kadang-kadang. Last-last, aku buat keputusan sebelom 12 Disember 2010 hari tu.


Terus-terang aku dengan dia then dia setuju. IsyaALLAH, ade rezeki, ade jodoh. Pertengahan tahun hadapan aku akan kawen lah.


hahahahhaha
oklah....tuh je azam aku tahun depan.
hahahahhahaha
tatata

jumaat cuti!!!

1 comments
Jumaat cuti umum


29/12/2010 11:38pm


Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010






p/s: mana aciiiii!!!!! aku blajaq kat terengganu, jumaat mmg dh tersedia cuti!!!!

entri tanpa kata-kata

0 comments




Aku jadi tok bomoh laaaaaaaa...Hahahaha

3 comments
Assalamualaikum... w.b.t

Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan untuk menaip dan seterusnya menge"post"kan entri baru. Sudah agak lama aku menyepikan diri. Beginilah keadaan tatkala dilanda kesibukan bekerja dan dalam masa yang sama dikehendaki menghadiri kelas-kelas pada setiap hari. Perlu bekerja keras untuk kedua-duanya. Ditambah pula dengan di semester terakhir. Dengan kata lain, untuk mengelakkan dari me"repeat"kan paper. Moga-moga tidakla kan? Hehehe

Ok, aku sebenarnya bukan ingin berbicara berkenaan kerja ataupun kelas. Dah boring untuk aku menaip entry sedemikian. Semua orang kerja, semua orang juga belajar dan semua orang juga kerja dan belajar seperti aku.

Aku, sebenarnya langsung tidak mempercayai perkara-perkara seperti hantu atau yang seerti dengannya. Bukan kerana aku ego atau bongkak tapi oleh kerana aku tidak pernah nampak atau terserempak. Telah banyak kali aku mendengar cerita-cerita dari orang ramai, samada dari orang tua-tua, dari pemandu bas ekspress, dari bos aku sendiri malah yang lebih boleh dikatakan sahih, aku juga mendengar sendiri dari beberapa orang bomoh yang aku sedia kenal.

Dan yang lebih terbukti, baru-baru ini aku dipertunjukkan dengan keadaan dimana beberapa remaja perempuan dirasuk oleh 4 jenis mashlus halus yang berlainan. Ada yang jenis mengamuk, ada yang jenis gelak-gelak dan ketawa, ada juga jenis memberi respon jika salah seorang dari mereka dirasuk dan ada juga yang jenis duduk diam-diam dan tiba-tiba meraung. Aku mengelaminya selama 4 hari berturut-turut sehinggakan aku terpaksa tidur pada jam 3 hingga 4 pagi. Waktu mereka dirasuk bermula apabila azan Maghrib dilaungkan.

Mengapa kejadian seperti ini berlaku? Pada pengamatan aku, terdapat dua jenis sebab dan sebab yang paling kerap ialah adalah disebabkan SAKA ataupun jin atau mahkluk peliharaan bomoh itu sendiri. Apa yang berlaku baru-baru ini, adalah disebabkan oleh makhluk atau jin peliharaan bomoh yang tidak ditunaikan janji antara bomoh dan peliharaannya.

sebagai contoh, aku berikan 1 nama hantu atau makhluk halus yang antara paling popular dikalangan kita orang Melayu. Hantu Raya. Semua orang kenalkan hantu raya yang mempunyai wajah yang kadang-kadang cukup cantik dan kadang-kala cukup menakutkan dan lebih menakutkan apabila mendengar hilaiannya... Apabila difikirkan dan dikaji mungkin, apa gunanya hantu raya sebenarnya? Apa sebabnya orang tua-tua zaman dahulu memelihara dan membuat perjanjian dengan hantu raya? Aku cuma ada 1 sahaja jawapan dan jika kamu ingin mengetahui dengan lebih lanjut, maka lebih baik kamu bertanyakan bidan-bidan kampung.

Setahu aku, hantu raya digunakan oleh bidan kampung zaman di mana ibu-ibu melahirkan anak di rumah. Tanyalah nenek-nenek kamu atau ibu-ibu kamu, ketika waktu bersalin, siapakah yang berada bersama ibu kamu di dalam bilik? Jawapan aku, ibu kamu yang hampir melahirkan anak dan bidan. Itu sahaja. Namun apa yang aneh apabila selesai sahaja melahirkan anak, ibu dan bayi berada dalam keadaan bersih tanpa setitik darah pun ketika bayi tersebut dihulurkan kepada ayah kamu. Maka orang ramai akan memuji-muji bidan tersebut. Seterusnya akan menjadi punca pendapatan kepada bidan tersebut. Tapi tahukah kamu semua, siapakah yang membersihkan bayi dan ibu yang bersalin tersebut? Adakah bidan tersebut? Jawapannya susah tentunya bukan bidan tersebut tetapi makhluk atau jin peliharaannya iaitu hantu raya. Hantu raya lah yang melakukan kerja-kerja membersihkan darah kotor yang terpalit pada bayi dan juga ibu yang bersalin bukannya bidan.

Dan sekarang, bidan-bidan kampung tersebut tidak lagi diperlukan perkhidmatannya. Kita semua telah memilih bidan di hospital yang menggunakan pelaratan dan mesin yang canggih. Kesannya, ibu yang bersalin akan membersihkan dirinya sendiri. Ibu bersalin akan di papah ke tandas untuk membersihkan diri sendiri. Akibatnya, kita sering kali terserempak dengan hantu raya yang berterbangan pada malam-malam hari. Mengapa? Jawapannya terlalu senang, ini kerana bidan kampung tersebut tidak lagi menunaikan janjinya memberikan darah sebagai habuan kepada makhluk belaannya.Nak masuk tandas pun kena bayar lah!!! Inikan pula apabila membuat perjanjian dengan makhluk halus mahu pun jin atau iblis. Bak kata tok bomoh, pengerasnya!!!

Baru-baru ini, aku ada belajar sedikit ilmu kebomohan ini. Haahahahaha..nampaknya lepas ini boleh lah aku menjadi tok bomoh yang katanya Allahyarham P.Ramli, bomoh temberang. Oleh kerana tempat yang aku tinggal sekarang ni agak luas iaitu lebih kurang 10 hektar, dikatakan bahawa tempat ini sedikit keras dan berpenunggu..Maka aku telah diperturunkan ilmu kebomohan yang mana perlu aku perlu buat pada setiap awal disember setiap tahun. Cara-cara dan ayat quran yang perlu aku baca telah diajar. Maka aku perlu lakukan pada setiap tahun. Jadi bomoh la plak aku lepas ni. Aku masih ingat, terdapat salah seorang yang dirasuk  hantu kena penampar aku 4 kali. Dan budak perempuan tersebut yang tengah histeria tersebut tiba-tiba diam dan menurut apa yang aku suruh lakukan. Dengan kata lain, menurut perintah aku. Di suruh mengucap, maka dia mengucap. Disuruh baca ayat qursi, juga turut di bacanya. Hantu yang merasuki badan remaja perempuan tersebut seolah-olah keluar dan mengaku kalah setelah satu atau dua penampar singgah di pipi.

Rupa-rupanya, menurut tok bomoh yang menurunkan sedikit ilmu kebomohannya kepada aku mengatakan, di lengan kiri dan kanan aku  terdapat susuk atau urat yang ada pada setiap tok bomoh. Oleh sebab itulah hantu tersebut tidak berani melawan aku. Hahahah giler ke hape. Tiba-tiba ja dikatakan aku sesuai. Isk..isk..Aku yang tak pernah mempercayainya memiliki sedikit kelebihan seperti itu. Isk..isk...Lepas ni boleh la aku jadi bomoh temberang agaknya. Hahahaha 


p/s : Sapa yang dirasuk tu, panggil aku la na... nanti aku tampaq pipi hangpa sampai hantu tu kuaq...hahahahahah

Bicara tentang terima seruan

2 comments
Assalamualaikum...w.b.t


Alhamdulillah...Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, aku diberi petunjuk. Aku tidak tahu, mengapa perasaan ini hadir tapi yang nyata aku terasa seolah-olah sudah sampai masanya aku tamatkan semua ini. Mungkin sudah sampai waktu untuk aku tinggalkan semuanya dan mulakan dengan perkara baru, harapan baru dan matlamat baru.


Oh..tiba-tiba idea aku hilang. Nampaknya aku terpaksa berhenti di sini dahulu. Aku perlu bereskan program bersama Datuk TSUM MKN pada hari jumaat nanti. Tapi sebelum tu, nak p usha aweq dulu...


Hahhahahahah




p/s : Nak g usha then terus propose....amacam?

Bicara tentang befday.....

1 comments
Hari ini aku sedikit kurang ajar, sedikit tidak sopan dan sedikit tak malu...Sebelum aku meneruskan penulisan kali ini, awal-awal lagi aku ingin minta maaf jika ada yang akan terasa nanti..Tidak kira yang masih hidup, yang akan hidup mahu pun yang telah tiada internet connection tak ada..

Hehehehe.....

Bukan apa sangat pun, bila sebut sahaja hari jadi, maka ternampaklah hadiah-hadiah dari ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan tidak lupa juga hadiah dari teman-teman dan kawan-kawan.

Aku cuma nak bagitahu, befday aku dah dekat!!!!!! Tapi aku tak pernah celebrate or dapat hadiah...Sedihnya...huhuu

Oklah..sape-sape yang rasa diri dah kaya dan baik hati lagi pemurah, sempena befday aku yang ke 20 ni, aku nak dua menda ni...

1. The legendary Doctor Hur Jun


Tak perlu aku citer banyak pasal drama yang ni. Korang dah sedia maklum agak-agaknya. Ehehehehe Tapi kalo boleh, cari yang subtittle in Malay. Kalo takde jugak, Subtitle English pon boleh jugak.. Ehehhehe

2. The Legend Of Condor Hero ( 1998 )


Nih citer aku tengok mase tingkatan bape ntah..best la jugak. Citer tajuk ni banyak versi, tapi aku nak yang keluaran tahun 1998 punye. Hehehehe 

Dua mende nih je aku nak..Agak-agak ade tak sape-sape nak sponsor hadiah nih tuk aku? Hehehehe....


p/s : Camne la ek rasenye bile dapat hadiah befday??

Kedua : Langkah menjadi bos

1 comments
Assalamulaikum.....


Jika sesiapa yang telah terbaca kisah pertama, ini merupakan kisah susulan langkah aku untuk menjadi bos. Hahahah ( berangan je lebih ). Tapi tidak mustahil untuk tempoh beberapa Hari? Minggu? Bulan? Tahun? Hananan mana la tau..Tuah ayam nampak di kaki, Tuah aku? kot2 la penampaq ka.. mana nak tau kan..


Okay!! ini merupakan entry merapu. Tiada kaitan antara yang telah hidup, yang masih hidup mahupun yang akan hidup. Hahahahah Ape-ape pun....Saja ja nak menaip.. Dah dua hari tidak menaip gara-gara exam yang ntah ape-ape. Hahahah sebenarnya frust sebab macam tak bape nak boleh jawab jerk 1 paper....Hahahaha Wat malu jerk....Iskkk....


Okay..Cuma nak gitau, Bos aku takde. So???? so ape lagi, aku la yang jadi bos. Aku yang berpeluang untuk membuat keputusan semasa ketiadaan bos aku. Hahahahaha Giler riak takbur... cissss






p/s : sok bace paper cari bahan tuk entri!!!! Zazssssss,,,!!!!!

bubur menjadi nasik???

4 comments
Assalamualaikum... w.b.t


Hari Ahad bersamaan 28 November 2010, maknanya aku midterm hari ini. Jam 0900, aku masih belum lagi mengulangkaji. Entah apa yang mahu aku jawab nanti. Aku target 3 jam sebelum 1500, aku akan review sedikit untuk persediaan exam. Satu-satunya tabiat buruk aku sebagai student, aku hanya belajar ketika di dalam kelas. Selebihnya, aku hanya akan review 3 jam sebelum exam. Isk..isk.. aku sedar, tapi aku tetap seperti ini. Malas dan malas. 


Jam 1200, aku berada di perpustakaan kolej. Kononnya untuk review subjek investment analysis. Namun apa yang aku capai, paper a.k.a surat khabar. Halaman demi halaman aku belek, terdapat 2 isu yang menarik perhatian aku. Satu isu politik dan satu lagi isu masalah dalaman manusia...Akan aku buat entry berkaitan politik di lain hari sahaja. Apa yang aku ingin katakan ialah, satu surat kiriman yang di tujukan ke The Star, halaman 24 bertarikh 28/11/2010.



Kita selalu menyalahkan mereka. Mengapa tidak sahaja menjadi lelaki seperti kita semua. Mengapa mereka lebih cenderung untuk meminati sesame lelaki dan bukannya wanita seperti lelaki-lelaki seperti kita?

Tidak kita terlalu zalim untukmenghukum mereka sebegitu? Dari surat beliau, beliau telah cuba untuk menjadi lelaki seperti kita namun hakikatnya mereka tidak berjaya. Di sini ingin aku ingin jelaskan, aku bukannya menyokong mereka. Walau bagaimanapun, beliau tersilap percaturan, percubaan untuk berubah hanya dilakukan sekali atau dua mungkin. Mungkin beliau terlupa janji Yang Maha Mengetahui bahawa mereka yang berusaha dengan istiqamah, akan diperolehinya pintu kejayaan. Percaturannya tersilap dan bertambah buruk apabila beliau mencuba dan menghampiri kepada teman sejenis.


Lalu, bagaimana mungkin untuk beliau menyelahkan tuhan? Mengapa harus meletakkan kesalahan dan kesilapan kepada Yang Maha Pencipta? Sedangkan insan tersayang Rasulullah sendiri pun masih menghembuskan nafas yang terakhir dalam kekufuran. Mengapa harus menyalahkan keluarga dan orang di sekeliling? Dan mengapa harus berterima kasih kerana "menganggap diberi kelebihan seperti itu"???






p/s : Allah Maha Mengetahui apa yang telah berlakau, sedang berlaku dan akan berlaku...

Macam-macam tentang DDR dan 2 Alam

4 comments
Assalamualaikum...w.b.t




Dari hari pertama DDR mengiklankan tentang penggambaran filem 2 Alam, aku teruja untuk pergi menonton di pawagam. Aku sememangnya kurang berminat untuk menonton filem Melayu yang nta apa-apa ntah namun tidak untuk filem 2 Alam terbitan DDR. Aku teruja namun aku tidak kesampaian untuk pergi menonton di pawagam. Bukan kerana kedekut duit tapi aku dalam sebulan dua ni memang sebok. Bukan buat-buat sebok okay..Mana sebok ngan kerja, mana sebok ngan blaja lagi. adeh..penat seyyy.... kerja dan belajar. tambah-tambah pula kerja sepenuh masa dan belajar sepenuh masa juga. tapi bagaimana aku mengurusnya? Terserah kepada aku bagaimana. Nama pun bakal bos nanti. Hahahaha sedikit poyo ala-ala DDR. Heheh ade ke?




Tengok je pictures depan, perghhh memang akan meletop lah kat pawagam. Tapi indah khabar dari rupa, mungkin. Apabila kutipan hanya 200K++ sahaja. Dan langsung tidak mencecah tujuh angka. Bagaimana mungkin ini terjadi? Jawapannya senang sahaja. terpengaruh dari review-review dan cerita mulut serta penulisan sama ada dari blogger, penonton dan wartawan itu sendiri. Seperti sekarang contohnya, aku yang bersemangat untuk pergi ke pawagam sudah tiada mood. Mengapa? Ok.. jawapannya sila klik di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini. Jika ingin lebih banyak jawapan..Sila google sendiri okay.. ceq pun tak larat nak masukkan link banyak-banyak nih. Hahahaha name pun bukan rajin sangat. Kan?

Dan apa yang kita dapat lihat? Semestinya kutukan dan kritikan. kutukan yang bersungguh-sungguuh sehingga membabitkan peribadi DDR sendiri dan kritikan yang diberikan dengan bertujuan untuk memajukan lagi filem yang akan dihasilkan oleh DDR pada masa hadapan agar lebih "meletop!!" dan boleh menarik minat  penonton ke pawagam..Moga-moga DDR dapat membezakan kedua-duanya dan dapat meningkatkan lagi usaha untuk lebih berjaya.

Okay..kembali kepada komen-komen yang diterima dari orang ramai. Di sini ada beberapa komen yang dapat saya petik dan baca. komen-komen ini aku ambil dari 3 blog kalau tak silap...lupa pulak blog mana..Jum kita tengok dan baca komen-komen mereka.












Itulah antara sedikit komen-komen yang diberikan oleh penonton, dan mungkin juga bukan penonton. Komen berbentuk kiritikan sememangnya amat diperlukan untuk tujuan membaiki mutu dan kualiti. Tidak kira dalam industri perfileman atau mana-mana bidang. Apa yang penting, kiritikan yang membina itu digunakan untuk meningkatkan lagi hasil pada masa akan datang. DDR cukup bertuah kerana mempunyai mereka-mereka ini yang sentiasa mengikuti perkembangan DDR dari produk kosmetik hinggalah kepada  filem.

Namun, bagaimana pula komen-komen yang berbentuk kutukan? Sehingga kutukan yang tidak sepatutnya juga timbul. Apa kaitan fesyen rambut DDR dengan filem 2 Alam? langsung tidak ada kaitan. Bagaimana ingin kita kelaskan pengomen-pengomen seperti itu? Adakah boleh kita kategorikan sebagai golongan yang dengki dengan kejayaan DDR? Atau apa pendapat anda? 

Cuba kita baca pula komen di bawah ini.....Apa pendapat anda?




Adakah ini komen yang kita katakan sebagai backup atau penyokong tegar DDR? Penyokong tegar bagi aku, boleh dikatakan sebagai mengiyakan dan membenarkan apa sahaja apa yang dikatakan oleh DDR adalah betol dan benar. Dan langsung tidak ada keyakinan diri untuk menidakkan perkara yang sepatutnya  dikatakan tidak. Mereka berfikiran positif dengan meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Aih..kalau aku dok ulas lagi yang ni, kang aku pulak yang akan dikatakan sebagai penyokong DDR walhal, aku kenai die pun tidak. Hahahahaha

Ok...Komen yang seterusnya...Sila lihat dan baca


okay..Apa pandangan ikhlas anda tentang 3 komen di atas? Rasa tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa komen tersebut sebenarnya bukan ditulis semasa dalam keadaan waras atau dengan lebih tepat mungkin boleh dikatakan tidak memakai otak dan akal semasa memberi komen. Maaf jika pengomen-pengomen tersebut sedang membaca coretan aku yang mungkin tidak memberi apa-apa maksud tetapi dengan sedikit harapan supaya menggunakkan akal fikiran kurniaan Alah s.w.t dengan sebaik mungkin.

Bagaimana dengan komen berikutnya?


Anda yang tentukan sendiri okay...Aku baru nak start ulangkaji..esok ( Ahad 28/11 ) aku ada exam sampai rabu. 


p/s : Melayu sememangnya mengagungkan bangsa lain berbanding bangsa sendiri. Itulah sejarah Melayu sejak di jajah pada 1511 yang lalu bahkan lebih awal lagi....
p/s : jam 1500 sat gi exam investment analysis...hahahahah moga-moga dapat jawab (semestinya).


Bicara tentang ujian

2 comments
Assalamulaikum....w.b.t




Alhamdulillah, aku sedar pagi tadi. Tengok-tengok aku masih bernafas. Bersyukur aku diberi peluang untuk menambahkan amal ibadat dan yang penting diberi peluang untuk bertaubat, untuk mensucikan diri dari segala dosa-dosa kecil atau besar.





Ahad nanti, 28 November 2001, aku amat benci dan tidak suka akan kedatangannya untuk tahun ini. Mengapa? Ah...aku terpaksa memerah otak, terpaksa berfikir, terpaksa menjawab, terpaksa, terpaksa, dan terpaksa. Exam midterm lah, ape lagi kan?. Mengapala ada ujian dalam dunia ni..Hehehehe 


Namun bila difikir kembali, hidup kita di dunia ini pun sebenarnya satu ujian. Ujian di mana untuk membuktikan apa yang telah roh-roh kita janjikan semasa di alam roh dan di alam rahim. Kita mengakui dengan penuh percaya bila ditanya siapakah tuhan kamu. Tanpa sangsi dan tanpa ragu-ragu kita menjawab Allah lah tuhan ku. Lalu kita diturunkan ke dunia untuk diuji. Adakah kita seperti yang telah kita janjikan dahulu.


Dari hari pertama lahir ke dunia, kita secara automatiknya berada di alam peperiksaan dan ujian. Untuk memastikan adakah kita akan seperti yang kita janjikan. Maka kita dilahirkan di dalam pelbagai jenis keluarga bangsa. Ada Cina, India, Melayu, English a.k.a mat salleh, Arab, siam, jepun, korea dan pelbagai bangsa yang lain. Dan untuk memastikan adakah kita seperti yang kita janjikan, maka kita dilahirkan di dalam pelbagai bentuk agama. Jika dilahirkan di dalam keluarga Islam, maka tentunya kita amat bertuah. Tiada kekangan dari mana-mana pihak. Kita bersyukur di lahirkan di dalam sebuah keluarga Islam, Ibu nya Islam, ayahnya Islam, datuk dan nenek juga Islam, maka kita secara automatiknya juga merupakan seorang penganut agama Islam.




Lalu, bagaimana pula dengan mereka-mereka yang tidak bernasib baik seperti kita yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga Islam? Di situ mereka telah diuji sama ada mereka seperti yang mereka janjikan. Mentauhidkan Allah..bagi mereka yang berjaya, mereka akhirnya akan kembali kepada agama Allah, Islam dan menjadi salah seorang hamba yang taat dan bertaqwa. Namun, tidak semuanya bernasib baik seperti itu. Hampir keseluruhannya akan mati dalam kekufuran. Lalu bagaimana dengan nasib mereka? Tidakkah mereka telah gagal dalam ujian  yang diberikan? Maka hanya satu sahaja tempat untuk mereka. Neraka jahanam.....Nauzubillah....





Bagaimana dengan kita? Adakah kita berpuas hati dan cukup dengan hanya sekadar dilahirkan didalam sebuah keluarga Islam dan akhinya kita juga akan menjadi seorang Islam. Jangan kamu mudah lalai. Lahirnya kamu di dalam sebuah keluarga Islam, seorang Islam belum tentu kamu merupakan ahli Syurga. Kamu dijanjikan Syurga apabila kita taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Namun itu belum tentu akan menjadi asset untuk ke Syurga.


Pernah ada satu cerita, di Akhirat kelak , Allah mengatakan bahawa ka mu (semua umat manusia) akan memasuki Syurga dengan  RahmatKU   tetapi terdapat seorang ulamak/mualim telah mencabar dan mengatakan bahawa dia akan memasuki syurga dengan segala amal kebaikan yang dilakukan semasa berada di dunia. Lantas, Yang Maha Adil mula mengungkit (xsesuai digunakan perkataan mengungkit sebenar tapi terpaksa kerana aku tidak terfikir untk menggunakan perkataan apa yang lebih sesuai. maaf) semua kemudahan dan anugerah yang diberikan seperti mata, hidung, telinga, kaki, tangan dan lain-lain supaya dibayar. Akhirnya, si mualim tersebut terpaksa mengakui bahawa untuk ke syurga adalah melalui Rahmat Allah dan bukannya sebanyak mana amalan dan pahala yang dia ada..


Kita hidup di dunia semata-mata untuk menempuhi ujian dari Yang Maha Kuasa..Andai kita berjaya dalam ujian tersebut, maka kitalah orang yang berjaya sebenarnya. Walaupun kita bukannya mualim atau lebai atau tinggi ilmunya. Ujian dengan kata lain, sebahagian dari kehidupan kita sebenarnya.








p/s : ujian yang paling genting ialah ujian semasa menghadapi kematian. Datangnya Iblis laknatullah untuk menggoda dan menyesatkan sekalian manusia supaya kufur kepada Allah..
p/s : Doa kan aku melepasi ujian  midterm yang tak seberapa ini jika ingin dibandingkan dengan ujian Allah.
p/s : Setiap manusia diuji dengan ujian yang sama tahap dengan imannya. Makin tinggi ilmu dan imannya, maka makin besarlah ujian yang menantinya.

Berita baik dari PTPTipu

5 comments
Assalamualaikum semua...


Ini merupakan entry recycle aku dari tahun lepas. Oleh kerana tiada masa untuk menaip entry baru, jadi aku membuat keputusan untuk recycle kembali entry yang aku rasa sesuai untuk di recycle. Hanya sebuat cerita dongengan dan rekaan semata-semata tapi mungkin ade yang tersirat yang baik untuk di renung....


**********************************************************************************
Seperti sebelum-sebelumnya, jika tiada sebarang kerja yang ingin di lakukan oleh 3 orang sahabat ini amir, cik kiah dan samad akan bertandang di pondok buruk ini pada waktu petang dan menghabis kan masa bersembang atau kadang-kadang mereka bermain permainan "jutawan" dengan angan-angan agar mereka suatu hari nanti akan kaya  sekurang-sekurangnya seperti kawan mereka iaitu abe zul.

** 6 tahun yang lalu sebelum mereka memasuki alam pekerjaan, masing-masing memasang angan-angan dan cita-cita untuk berjaya dalam bidang masing-masing. hasrat mereka telah dipanjatkan kepada ibu bapa masing-masing. ini membuatkan ibu bapa mereka amat berbangga mempunyai anak yang jauh memandang ke hadapan untuk mengubah nasib keluarga masing-masing. namun tidak semua kehendak yang kita inginkan dapat di penuhi oleh ibu bapa. situasi ini terjadi kepada abe zul. amir, cik kiah dan samad memahami situasi dan keadaan keluarga abe zul. bapanya merupakan penoreh getah di ladang getah kepunyaan pak abdul, orang kaya di kampungnya manakala ibunya seorang surirumah.

abe zul : aku rasa lepas spm nanti, aku nak cari kerja la. bantu ayah aku dan keluarga aku.

Amir, cik kiah dan samad hanya tunduk memandang ke bumi. menguis-nguis tanah seolah-olah terdapat emas di dalamnya.

abe zul : aku doakan semoga kamu semua berjaya. 

cik kiah : sayang lah kalau macam ni abe zul, kamu pelajar paling bijak di antara kami. kamu ada masa depan yang cerah.

samad : betul tu, ko paling bijak di antara kami bahkan ko paling bijak antara pelajar tingkatan 5.

cik kiah : aku kadang-kadang cemburu dengan pencapaian dan bijaksanaan kamu tapi mungkin ini kelebihan yang kamu ada.

abe zul : bijak pun tak guna juga. paling tinggi aku boleh, setakat sijil spm je. nak sambung ke menara gading, keluarga aku mana mampu. harta pun takde.
************************************************************************

Namun, sudah ditakdirkan nasib setiap makhluknya. demi membantu golongan pelajar dari keluarga  berpendapatan rendah, pihak kerajaan telah memulakan langkah dengan penubuhan PTPTN atau nama panjangnya perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional. 

Tertubuhnya PTPTN ini, ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah boleh menyambung pendidikan mereka ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah, master dan pHD. pinjaman diberikan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran berbanding orang-orang yang berada. peningkatan pelajar-pelajar melayu di institusi pengajian tinggi berlipat ganda. ibu bapa tidak lagi perlu menjual harta seperti tanah, lembu, kambing untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka.

Kesannya, ramai graduan-graduan ijazah dapat di keluarkan terutamanya graduan melayu dan seterusnya dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain. kesannya, ramai doktor melayu di lahirkan, ramai akauntan melayu di lahirkan, ramai guru-guru melayu dilahirkan, ramai jurutera-jurutera pelbagai bidang dilahirkan. ramai cendekiawan-cendekiawan melayu dilahirkan.


Dan kesan yang lebih besar ialah orang melayu bertambah maju dan maju dan maju.




NAMUN, kemajuan yang dicapai atas usaha pemberian pinjaman PTPTN tidak diingati. dengan kata lain, hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka yang ikhlas berterima kasih dan yang selebihnya????

MALAH, mereka menuduh PTPTN seperti lintah darat ( mungkin benar ) yang mengambil kesempatan dalam pemberian pinjaman dengan mengenakan interest yang tinggi. tidakkah mereka tahu, pekerja-pekerja yang bekerja di PTPTN itu juga memerlukan pendapatan untuk membiayai keperluan hidup mereka? tidakkah mereka tahu jika tiada sedikit interest maka modal yang disuntik akan semakin berkurangan dan apa akan jadi kepada generasi akan datang terutamanya golongan yang tidak mampu seperti mereka dahulu? malah ada yang memberi nama baru ptptn iaitu PTPTIPU. aH.. betul ke ptptn tipu kamu? bukan ke kamu yang tipu ptptn? ada juga yang gantikan ptptn kepada drakula..wow!!!

Mungkin peminjam yang  tak nak bayar PTPTN ni sebab ilmu tu takleh dilihatdipegang dll (intangible). sebab tu tak ramai nampak manfaatnya. kalo loan kete, rumah dll biasanya org takkan wat bodo coz memang kite nampak & dapat rasa.

 Apa-apa pun, kita perlu lihat sudut positif setelah ptptn ditubuhkan. wujudkah peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi jika tanpa ptptn? jika generasi sekarang mungkin jawapannya YA!! tapi generasi ayah dan ibu kita? atau generasi diantaranya? bantuan  diberikan disebabkan kita perlukan bantuan dan apabila bantuan diberikan, kita tidak bersyukur. bantuan yang diberikan membebankan? jadi mengapa semasa kamu memohonnya dahulu tidak kamu fikirkan terlebih dahulu yang ptptn ini membebankan? kerana adanya interest? mana ada didalam dunia ini bantuan diberikan secara percuma. sekurang-kurangnya sedikit imbuhan diperlukan untuk tujuan perlaksanaan.

Kita orang melayu yang halus budi bahasanya. kita orang melayu beragama islam, diajar untuk BERTERIMA KASIH kepada orang atau pihak yang membantu kita.

p/s : aku tahu, entri ini akan mendapat bangkangan dan celaan dari orang ramai. tapi aku tidak kisah bukan kerana aku mendapat biasiswa tapi kerana aku juga peminjam PTPTN seperti kamu.
p/s : jika kamu ingin hentam aku cukup-cukup, silakan dan aku alu-alukan. itu hak kamu.
p/s : TAPI KAMU PERLU INGAT!!! KEJAYAAN YANG KAMU KECAPI SEKARANG ADALAH INISIATIF KERAJAAN YANG MEMBANTU KAMU.
p/s : jika kamu katakan aku pro kerajaan.. ade aku kisah?

belajar menerima

4 comments
Assalamualaikum.....w.b.t


Telah seminggu aku berbloging, seminggu ke? ade la jugak kot. Tak pun lebih sehar dua dari seminggu. Dari apa yang aku perhatikan, terdapat ramai blogger baru yang aku masih belum berkenalan...Hahaha berkenalan la sangat. Ada la aku terjah dalam 10 blog kot. Tengok mana-mana buat entry yang menarik, aku follow jer...Dan yang penting, dah ramai ke blogger-blogger dulu bersara eh? Dalam 100 blogger yang aku follow dulu, tak sampai 20 pun yang selalu update. Isk...isk...patut la cam rase tak best je.  Nampaknya aku kena cari blogger yang lain pulak kot. Hahahaha


Tadi, aku ade singgah 1 blog. Tengok die nye owner cun jugak. Hahahah Dan yang lagi cun, penulisan dia. terselit kisah-kisah yang boleh dibuat pengajaran dan pedoman. Dan secara kebetulan aku terbaca entri tentang Garam...Terus aku terfikir akan nasib diri sendiri. Cuba untuk memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Agak-agaknya aku dapat memahaminya.


Ya...Aku memang baru putus cinta kasanova...Hahahaha (abaikan) Aku memang seorang yang simple. Dan aku terima qada' dan qadar dengan redha asalkan aku diberi penjelasan mengapa. Aku tidak kisah apa jua alasan. Walaupun alasan tersebut mengutuk aku. Pujuk-memujuk, rayu-merayu, plisssss...plissss.....Oh tidah ade dalam aku nye cara. Aku cuma akan bertanya mengapa dan akan aku cuba selesaikan. Mungkin boleh berbaik semula or bagaimana.


Berbalik kepada entry tentang garam, bagaimana seorang tua yang bijaksana memberi didikan dan tunjuk ajar kepada seorang remaja yang bersedihan akibat putus cinta,mungkin. Beliau tidak sekali pun memberikan nasihat yang panjang lebar, sekadar dengan menggunakan segenggam garam dan akhirnya remaja tersebut memahami.


Sebaliknya, masyarakat sekarang terutamanya remaja-remaja di luar sana, apabila putus sahaja cinta, kebanyakan cara yang digunakan dia dengan mengingati perkara-perkara yang buruk berkaitan bekas kekasih mereka. Sehingga sanggup membenci. Amat jarang yang kita jumpa, bekas pasangan kekasih akan berkawan baik selepas mereka putus. Hampir keseluruhannya bermusuhan, bermasam muka, tidak bertegur sapa. Malah yang lebih teruk, menjaja sana-sini tentang perkara-perkara yang buruk dan kadang-kadang sanggup menghina dan mereka cerita semata-semata ingin memalukan bekas kekasih. Bahkan ada juga yang memenggil dengan penggilan SIAL, GILA TALAK, dan ntah ape-ape lagi.






Lapangkanlah dada mu dengan menerima segalanya. Tenangkanlah hatimu dengan redha dengan apa jua ketentuan dari Yang Maha Mengetahui....


p/s : aku pun belajar untuk menerima ketentuan Yang Maha Mengatahui jugak...







Hitler pun marah dowhhhh

10 comments
6 hari lepas, aku ada singgah di blog sembang kencang. Entrinya ringkas sahaja tapi videonya cukup menarik. Tajuknya Dia pilih KLCC dowhh! perghhh...macam pasangan-pasangan kekasih je kan tapi memang betol. Pasangan kekasih je yang tidak tahu malu untuk berbuat demikian di khalayak ramai. Ok, mungkin kamu-kamu malas untuk mengklikkan link blog beliau. Jadi aku letak juga video




Ini lah masalah sosial yang teruk menimpa remaja-remaja di Malaysia. Mula-mula aku ingat adegan sejuk seram sejuk ini betul-betul berlaku di eropah. Coz salah seorang member facebook mengatakan ia adegan di eropah. Tapi bila tengok teksi dalam video tu...Eropah hotak kau!!! Hahahaha

Aku malas nak ulas banyak-banyak. Tak ada guna. Forum sana-sini, bincang sana-sini tapi hasil? Makin banyak bayi baru lahir dibuang. Kan? Malah ramai je remaja-remaja wanita terutamanya meniduri lelaki-lelaki. Mengapa saya gunakan perkataan lelaki-lelaki? sebab lebih dari seorang lah yang pernah mereka tiduri.

Patutla Hitler marah sangat. Nasib la Hitler tak hidup di zaman sekarang ni. Kalau tak, budak 2 ekoq tu sah-sah nya kene tembak sampai mati. Tak pun kene hukum sebat. Tak caya Hitler marah? Jom tengok-tengok video kat bawah ni...





Baru nak caya?








p/s : bila pegangan agama masing-masing tak ada....

Tips main Forex!!

0 comments
Hak Hak Hak...
Assalamualaikum.....


Malam ni aku saja ja nak berkongsi dengan kamu-kamu semua berkaitan forex ni. Tak adelah banyak sangat pun. Boleh la dikira dengan jari tips-tips yang aku nak taip kat bawah ni..Korang janganlah segan-segan nak baca. Dah memang aku jenis yang suka menulis panjang-panjang dan merapu ntah ape ape ntah..hehehehe jom jom jom dan jo!


Forex..Siapa yang tidak mengetahui apakah itu forex? dan jika masih terdapat  mereka diluar sana yang masih tidak meggetahui apakah forex,boleh kita kelas kan mereka sebagai amat ketinggalan zaman. Usah kita beri pelbagai alasan, jika ditanya pakcik-pakcik yang berumur 40-an pun, mereka mengetahui apakah sebenarnya forex.



Forex boleh dikatakan sebagai satu proses yang berfungsi dengan memilih gabungan dua mata wang yang kemudiannya digunakan sebagai transaksi unutk mengaut keuntungan berdasarkan turun dan naik salah satu mata wang di pasaran berbanding dengan mata wang yang lain.


Hari ini, forex amat popular dikalangan masyarakat terutamanya dikalangan mereka yang mempunyai access internet. Amat mudah untuk mencari dan mengaut keuntungan pada masa sekarang. Tidak haranlah jika kita dapati ramai remaja-remaja yang mampu hidup mewah bergelimang bersama-sama wang ringgit. Ia merupakan satu petanda yang positif dan membanggakan. Kemudahan internet tidaqk dibazirkan begitu sahaja. malah ramai sahaja pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil kesempatan sedikit masa mengulangkaji pelajaran untuk bermain forex. Tidak banyak modal yang diperlukan. Cukup lah sekadar USD 100 atau RM300++ sahaja. Pengisian masa sebegini bagi saya adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.


Namun persoalannya, adakah Forex merupakan satu kegiatan yang sah dan halal di sisi agama?



Jawapannya boleh didapati dalam majalah Al-Islam edisi Julai 2010. Menjawab persoalan haram atau halal, Dr. Shofian Ahmad yang merupakan pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan bahawa, " perdagangan mata wang termasuk didalam bab muamalat dan secara umumnya perdagangan ini diharuskan dalam Islam. Namun begitu, perdagangan ini boleh menjadi aram jika urusan yang dijalankan terlibat dengan riba. Riba akan terjadi apabila urusan jual-beli tidak berlaku dalam masa atau majlis yang sama. Tiba ini dipanggil riba tertangguh ( nasiyah ). Justeru urusan jual dan beli mata wang ini tidak menjadi satu kesalahan dalam islam asalkan waktu urusannya berlangsung serentak atau tidak tertangguh".


Berdasarkan kepada pengertian jual beli, kita harus memahami tiga asas dalam kontrak jual beli.


1. Reda - penjual dan pembeli  perlu redha dengan apa-apa yang dijual dan dibeli.
2. berpuas hati. - pejual mestilah berpuas hati dengan perolehan jualannya semetara pembeli pula berpuas hati dengan apa yang dibelinya.
3. adil - keduaa-dua pihak perlulah merasa adil dengan urusan yaang dijalankan.


Akibatnya, forex menjadi haram jika terdapat unsur-unsur ketidakpastian dan meragukan berdasarkan tiga asas kontrak jual beli yang dinyatakan di atas.


Melalui perbincangan ulama, Hampir 90% mengapa forex menjadi haram adalah disebabkan  riba Menurut Shofian lagi, walaupun Islam mengharuskan jual beli wang namun umat Islam sama sekali tidak digalakkan memilih forex sebagai satu-satunya sumber pencaian utama. Ini kerana perdagangan mata wang tidak memberi sebarang nilai tambah seperti aset-aset yang lain. Eg: Tanah, emas, bangunan.





Harus diingatkan bahawa pelaburan forex berbeza dengan pelaburan saham. Ini kerana pelaburan forex berdasarkan nilai mata wang dan pelaburan saham pula berdasarkan bidang-bidang seperti penternakan, teknologi, perniagaan, pekerjaan, makanan dan lain-lain bidang yang sememangnya mempunyai nilai tambah.Menyentuh dari segi pelaburan emas, pelaburan emas turut berbeza dengan pelaburan forex. Ini kerana emas tidak akan menggangu orang lain sebaliknya forex akan menggangu dan menyusahkan orang lain dan ia terbukti jika forex dilakukan secara besar-besaran, akan menyebabkan berlakunya inflasi bukan sahaja di satu-satu negara bahkan di seluruh dunia. Buktinya ialah kemelesetan ekonomi dunia yang berlaki pada tahun 1997-1998. Ramai peniaga-peniaga bankrup dan ini bukankah dikatakan telah menyusahkan orang lain?





Oleh itu, Dr. Shofian Ahmad menegaskan," pelaburan haram akan menumbuhkan daging yang haram dan daging yang haram tempatnya adalah Neraka ".






p/s : Pada pendapat korang la kan...aku yang single n bujang ni, elok beli rumah dulu or kete dulu..? Coz 2-2 aku xde lagi. hahahaha

KINI aku bergelar BAPA

2 comments
Assalamualaikum...w.b.t

Seperti biasa pada sem last ni, kelas aku banyak pukul 8 pagi. Apala nasib asyik kena bangun awal ja..hak hak hak tapi ok pe, aku memang bangun awal-awal pagi pun. Hari ini, selain ke kelas, aku juga ada tugas lain yang perlu dibuat. Nama pon aku dah kerja kan. Buat sementara waktu, aku pegang dulu jawatan pembantu tadbir. Haaaaaaa? payah nak jumpa pembantu tadbir lelaki kan? Tapi yang pasti aku bukan yang pertama. Teringat zaman-zaman 2 tahun setengah yang lepas. Rindu pulak nak kuar jalan-jalan owang bayar dan percuma. hahahhahahaha


Berbalik kepada tajuk. Seperti yang aku katakan, selain kelas, aku dikehendaki ke bank untuk deposit cek-cek gaji termasuk aku yang punya!!! Wow!!! Minggu depan tebal la poket. Hak Hak Hak tapi leceh sunggu hari ni, jam 12.30 tengah hari aku ke BSN lalu terus nombor giliran aku ambil. Aku lihat nombor yang tertera, 225!! Dan aku lihat di screen pula, 142!!! Erk...mak kau ah nak kene tunggu. Baik aku blah dulu dan terus ke Bank " saya mesti pilih!! ". Siap deposit cek, aku pun balik la....


Tapi sebelum ke bank, aku pergi ke JPN a.k.a jabatan pendaftaran negara. Tujuan aku cuma satu..tiada dua mahu pun tiga. Sekadar mendaftar kelahiran yang lahir pada 3 Novermber 2010. Aku lewat 4 hari dan akibatnya, aku didenda RM5.00. Siot jerk... isi borang daftar kelahiran amatlah senang. Bukan payah sangat pun dan masa untuk siap pun tidak lama sangat. Cuma nak tunggu giliran tu sahaja yang lambat.


Sesi komplen..
Perhatian buat Jabatan Pendaftaran Kemaman, kalau dah tahu ramai orang, kenapa hanya buka 3 kaunter sahaja. Kenapa di biarkan kosong lagi 3 kaunter? Kerana kamu lah, rakyat semakin membenci kepada kerajaan. Buat kerja ala kadar, sekadar lepas batuk di tangga *bukan semua tapi hampir keseluruhan.


Semasa menanti giliran untuk dipanggil, aku sempat menolong beberapa kakak dan makcik mengisi borang untuk membuat kad penganalan. Aku memang pakar pun. Hahahaha...sebut sahaja pasal perkara 132, walaupun tak lancar, aku bulih juga bercerita. Hahahaha


Aku sempat bersembang dengan beberapa orang kakak dan makcik.


 Aku ditanya oleh mereka tujuan aku ke JPN.


Jawab ku mudah dan ringkas, " daftar kelahiran ". 


Mereka terus menambah, " owh, anak pertama eh? "


Aku senyum sahaja.


Mula-mula aku sekadar mengiyakan sahaja. Tapi selepas itu, aku menjawab " saya sekadar pemaklum "  sahaja aku sambil menunding jari ke arah bapak kanak-kanak yang aku bawa tersebut.


Lantas mereka menambah, " sekarang ni ramai je yang ambil anak angkat. Boleh je jadi ayah ".


Aku tersengih-sengih sahaja.


Selesai sahaja proses membuat sijil lahir. Aku terus balik kerana aku mengejar masa. Ini kerana aku masih mempunyai kelas pada waktu petang. Mana nak hantar bapa kanak-kanak tersebut, mana nak datang semula nanti. Aduh...ditambah pula dengan traffic yang tersangkut-sangkut. Mungkin kerana cuti sekolah telah bermula dan Aidiladha dah habis.








p/s : Moga-moga cepat2 la termakbul doa kakak-kakak dan makcik-makcik tu...Hehehehe
p/s : lupa nak gitau, bayi yang aku daftarkan tadi tu baby girl, nama dia aishah bt osman...mula-mula aku nak mempengaruhi soh ayah die letak aisya sofea


                                                                                                    w'salam

apa nak jadi ni?????

0 comments
Yihaaaaaaaaaaaaaa.........


Kali ni say NO to drama-drama jiwang, NO to merapu-meraban...but say YES to political...
Nape la aku nih suke sangat menaip entry-entry yang menghala ke arah politik. Adakah aku bakal Perdana Menteri yang ntah ke berapa nanti?


Erm...Bila berfikir sedemikian. Andai kata jika aku tiba-tiba sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia ni. Langkah pertama yang akan aku lakukan ialah, NO MORE lesen motor!! Aku rasa dah sampai masa Malaysia menghapuskan lesen motor 150cc ke bawah. Sudah pasti pengundi-pengundi muda akan menyokong aku dan kita semua ketahui, pengundi muda merupakan majoriti berbanding lain-lain peringkat.


Perkara kedua yang akan aku lakukan ialah, semua sekolah jenis kebangsaan akan aku convertkan kepada sekolah kebangsaan. Ini bermaksud, NO MORE sekolah jenis kebangsaan. Bagi pendapat peribadi aku, akibat terdapat banyak jenis sekolah inilah yang menghalang kepada PERPADUAN yang kita cari selama ini. Penghapusan atau penukaran sekolah jenis kebangsaan ini tidak bermakna bahasa cina dan tamil turut dihapuskan. Sebaliknya akan turut diajar di sekolah kebangsaan. Semua kaum mempelajari semua bahasa warganegara Malaysia. Barulah boleh dikatakan hampir kepada perpaduan.


Yang ketiga, semua warganegara malaysia mestilah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar. Dan bagi para pelajar, kegagalan dalam bahasa Melayu akan menyebabkan mereka tidak berpeluang mendapat sijil terutamanya sijil SPM. Dan pengulangan diwajibkan sehingga mereka lulus. Nama pun bahasa kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu. Jadi semua wajib boleh bertutur bahasa Melayu, memahami bahasa Melayu.


Ok...itu 3 perkara yang akan aku buat perubahan drastik... Hahahahaha perasan jadi Perdana Menteri la plak aku nih. Hahahahaha


Ok..berbalik pada apa yang aku ingin menaip sebenarnya. Mengapa saya memilih 19 November untuk keluar dari PKR? Nih sowang mamat yang bergiat dalam politik tapi aku tak paham apa yang ingin dia cari sebenarnya. Masuk BN, kuar BN masuk PKR. Kuar PKR ntah masuk parti mana pulak. Katanya mungkin akan menubuhkan parti yang baru atau bertanding atas tiket bebas. Elok sangat la tu ada owang macam ni. Kalo ada boleh 100 orang. Usah tunggu 10 atau 20 tahun, PRU ke13 tahun depan maybe, tergadaila negara ni.


Awat yang budus sangat..Katanya nak buat parti baru. Sah-sahnya same sahaja dengan PKR, nampak dengan jelas sebuah parti keluarga. Ayah, ibu dan anak. Elok sangat la tu.Orang lain yang bermati-mati menyokong dan mengundi, hidup-hidup kena tipu. Harap-harap la negara jangan jatuh ke tangan-tangan orang macam ni. Bukan setakat hancur, langsung tak tinggak kesan..




p/s : harap-harap la PAS indepence dan keluar dari PKR n DAP.

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET