Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

belajar menerima

Assalamualaikum.....w.b.t


Telah seminggu aku berbloging, seminggu ke? ade la jugak kot. Tak pun lebih sehar dua dari seminggu. Dari apa yang aku perhatikan, terdapat ramai blogger baru yang aku masih belum berkenalan...Hahaha berkenalan la sangat. Ada la aku terjah dalam 10 blog kot. Tengok mana-mana buat entry yang menarik, aku follow jer...Dan yang penting, dah ramai ke blogger-blogger dulu bersara eh? Dalam 100 blogger yang aku follow dulu, tak sampai 20 pun yang selalu update. Isk...isk...patut la cam rase tak best je.  Nampaknya aku kena cari blogger yang lain pulak kot. Hahahaha


Tadi, aku ade singgah 1 blog. Tengok die nye owner cun jugak. Hahahah Dan yang lagi cun, penulisan dia. terselit kisah-kisah yang boleh dibuat pengajaran dan pedoman. Dan secara kebetulan aku terbaca entri tentang Garam...Terus aku terfikir akan nasib diri sendiri. Cuba untuk memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Agak-agaknya aku dapat memahaminya.


Ya...Aku memang baru putus cinta kasanova...Hahahaha (abaikan) Aku memang seorang yang simple. Dan aku terima qada' dan qadar dengan redha asalkan aku diberi penjelasan mengapa. Aku tidak kisah apa jua alasan. Walaupun alasan tersebut mengutuk aku. Pujuk-memujuk, rayu-merayu, plisssss...plissss.....Oh tidah ade dalam aku nye cara. Aku cuma akan bertanya mengapa dan akan aku cuba selesaikan. Mungkin boleh berbaik semula or bagaimana.


Berbalik kepada entry tentang garam, bagaimana seorang tua yang bijaksana memberi didikan dan tunjuk ajar kepada seorang remaja yang bersedihan akibat putus cinta,mungkin. Beliau tidak sekali pun memberikan nasihat yang panjang lebar, sekadar dengan menggunakan segenggam garam dan akhirnya remaja tersebut memahami.


Sebaliknya, masyarakat sekarang terutamanya remaja-remaja di luar sana, apabila putus sahaja cinta, kebanyakan cara yang digunakan dia dengan mengingati perkara-perkara yang buruk berkaitan bekas kekasih mereka. Sehingga sanggup membenci. Amat jarang yang kita jumpa, bekas pasangan kekasih akan berkawan baik selepas mereka putus. Hampir keseluruhannya bermusuhan, bermasam muka, tidak bertegur sapa. Malah yang lebih teruk, menjaja sana-sini tentang perkara-perkara yang buruk dan kadang-kadang sanggup menghina dan mereka cerita semata-semata ingin memalukan bekas kekasih. Bahkan ada juga yang memenggil dengan penggilan SIAL, GILA TALAK, dan ntah ape-ape lagi.






Lapangkanlah dada mu dengan menerima segalanya. Tenangkanlah hatimu dengan redha dengan apa jua ketentuan dari Yang Maha Mengetahui....


p/s : aku pun belajar untuk menerima ketentuan Yang Maha Mengatahui jugak...







4 comments :: belajar menerima

  1. hye abe long~~ kalau seminggu blogging dah follower meluak tu apa cerita..haha!
    yup kita ni mesti lah kena belajar menerima semua tu
    kalau tak sikit2 nangis, sikit2 marah ....;)

  2. uik... tuh follower i thn lepas la....
    hahahaha

  3. la.... baru putus cinta ka?? sabar ya~

  4. xde lah.. entry sahaja

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET