Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Berita baik dari PTPTipu

Assalamualaikum semua...


Ini merupakan entry recycle aku dari tahun lepas. Oleh kerana tiada masa untuk menaip entry baru, jadi aku membuat keputusan untuk recycle kembali entry yang aku rasa sesuai untuk di recycle. Hanya sebuat cerita dongengan dan rekaan semata-semata tapi mungkin ade yang tersirat yang baik untuk di renung....


**********************************************************************************
Seperti sebelum-sebelumnya, jika tiada sebarang kerja yang ingin di lakukan oleh 3 orang sahabat ini amir, cik kiah dan samad akan bertandang di pondok buruk ini pada waktu petang dan menghabis kan masa bersembang atau kadang-kadang mereka bermain permainan "jutawan" dengan angan-angan agar mereka suatu hari nanti akan kaya  sekurang-sekurangnya seperti kawan mereka iaitu abe zul.

** 6 tahun yang lalu sebelum mereka memasuki alam pekerjaan, masing-masing memasang angan-angan dan cita-cita untuk berjaya dalam bidang masing-masing. hasrat mereka telah dipanjatkan kepada ibu bapa masing-masing. ini membuatkan ibu bapa mereka amat berbangga mempunyai anak yang jauh memandang ke hadapan untuk mengubah nasib keluarga masing-masing. namun tidak semua kehendak yang kita inginkan dapat di penuhi oleh ibu bapa. situasi ini terjadi kepada abe zul. amir, cik kiah dan samad memahami situasi dan keadaan keluarga abe zul. bapanya merupakan penoreh getah di ladang getah kepunyaan pak abdul, orang kaya di kampungnya manakala ibunya seorang surirumah.

abe zul : aku rasa lepas spm nanti, aku nak cari kerja la. bantu ayah aku dan keluarga aku.

Amir, cik kiah dan samad hanya tunduk memandang ke bumi. menguis-nguis tanah seolah-olah terdapat emas di dalamnya.

abe zul : aku doakan semoga kamu semua berjaya. 

cik kiah : sayang lah kalau macam ni abe zul, kamu pelajar paling bijak di antara kami. kamu ada masa depan yang cerah.

samad : betul tu, ko paling bijak di antara kami bahkan ko paling bijak antara pelajar tingkatan 5.

cik kiah : aku kadang-kadang cemburu dengan pencapaian dan bijaksanaan kamu tapi mungkin ini kelebihan yang kamu ada.

abe zul : bijak pun tak guna juga. paling tinggi aku boleh, setakat sijil spm je. nak sambung ke menara gading, keluarga aku mana mampu. harta pun takde.
************************************************************************

Namun, sudah ditakdirkan nasib setiap makhluknya. demi membantu golongan pelajar dari keluarga  berpendapatan rendah, pihak kerajaan telah memulakan langkah dengan penubuhan PTPTN atau nama panjangnya perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional. 

Tertubuhnya PTPTN ini, ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah boleh menyambung pendidikan mereka ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah, master dan pHD. pinjaman diberikan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran berbanding orang-orang yang berada. peningkatan pelajar-pelajar melayu di institusi pengajian tinggi berlipat ganda. ibu bapa tidak lagi perlu menjual harta seperti tanah, lembu, kambing untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka.

Kesannya, ramai graduan-graduan ijazah dapat di keluarkan terutamanya graduan melayu dan seterusnya dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain. kesannya, ramai doktor melayu di lahirkan, ramai akauntan melayu di lahirkan, ramai guru-guru melayu dilahirkan, ramai jurutera-jurutera pelbagai bidang dilahirkan. ramai cendekiawan-cendekiawan melayu dilahirkan.


Dan kesan yang lebih besar ialah orang melayu bertambah maju dan maju dan maju.




NAMUN, kemajuan yang dicapai atas usaha pemberian pinjaman PTPTN tidak diingati. dengan kata lain, hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka yang ikhlas berterima kasih dan yang selebihnya????

MALAH, mereka menuduh PTPTN seperti lintah darat ( mungkin benar ) yang mengambil kesempatan dalam pemberian pinjaman dengan mengenakan interest yang tinggi. tidakkah mereka tahu, pekerja-pekerja yang bekerja di PTPTN itu juga memerlukan pendapatan untuk membiayai keperluan hidup mereka? tidakkah mereka tahu jika tiada sedikit interest maka modal yang disuntik akan semakin berkurangan dan apa akan jadi kepada generasi akan datang terutamanya golongan yang tidak mampu seperti mereka dahulu? malah ada yang memberi nama baru ptptn iaitu PTPTIPU. aH.. betul ke ptptn tipu kamu? bukan ke kamu yang tipu ptptn? ada juga yang gantikan ptptn kepada drakula..wow!!!

Mungkin peminjam yang  tak nak bayar PTPTN ni sebab ilmu tu takleh dilihatdipegang dll (intangible). sebab tu tak ramai nampak manfaatnya. kalo loan kete, rumah dll biasanya org takkan wat bodo coz memang kite nampak & dapat rasa.

 Apa-apa pun, kita perlu lihat sudut positif setelah ptptn ditubuhkan. wujudkah peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi jika tanpa ptptn? jika generasi sekarang mungkin jawapannya YA!! tapi generasi ayah dan ibu kita? atau generasi diantaranya? bantuan  diberikan disebabkan kita perlukan bantuan dan apabila bantuan diberikan, kita tidak bersyukur. bantuan yang diberikan membebankan? jadi mengapa semasa kamu memohonnya dahulu tidak kamu fikirkan terlebih dahulu yang ptptn ini membebankan? kerana adanya interest? mana ada didalam dunia ini bantuan diberikan secara percuma. sekurang-kurangnya sedikit imbuhan diperlukan untuk tujuan perlaksanaan.

Kita orang melayu yang halus budi bahasanya. kita orang melayu beragama islam, diajar untuk BERTERIMA KASIH kepada orang atau pihak yang membantu kita.

p/s : aku tahu, entri ini akan mendapat bangkangan dan celaan dari orang ramai. tapi aku tidak kisah bukan kerana aku mendapat biasiswa tapi kerana aku juga peminjam PTPTN seperti kamu.
p/s : jika kamu ingin hentam aku cukup-cukup, silakan dan aku alu-alukan. itu hak kamu.
p/s : TAPI KAMU PERLU INGAT!!! KEJAYAAN YANG KAMU KECAPI SEKARANG ADALAH INISIATIF KERAJAAN YANG MEMBANTU KAMU.
p/s : jika kamu katakan aku pro kerajaan.. ade aku kisah?

5 comments :: Berita baik dari PTPTipu

  1. cgg shuke baca penulisan abe long..
    tapi ni baru nak komen..
    selalu jadi silent reader je..
    segan:)

  2. tibe2 ceq jd segan la plak...

    ***blushing

  3. ak dpt biasiswa so...
    xde kesah sgt!
    ahaks!

  4. ye...kalu xde ptptn...
    xde la aku dpt blaja cm skrg nie

  5. depa buat sistem ujrah
    1% jer plak
    aku terus la buat
    hohoho

    P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET