Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

PAS akan memerintah jika....... Dan Hukum HUDUD boleh dilaksakan jika .......

Salam semua.....


Dah lama tak berbeloging ni..bukan kerana tiada masa atau bizi tetapi oleh kerana ketiadaan keghairahan untuk berbeloging. Mungkin juga kerana jodoh bersama belog tidak panjang. Atau lebih sesuai jika dikatakan harapkan hari sampai ke petang tapi hujan di tengah hari. Okay ape hujan di tengah hari, tak adela panas sangat kan? hehehehe...


Setiap kali kalau keluar je makan-makan dengan bos aku ( ex-bos ), aku suka bersembang kepolitikan dengannya. Aku tahu beliau seorang yang berpendirian tegas dan mempunyai semangat ketuanan melayu yang cukup tinggi. Jangan sesekali memperlekehkan bangsa melayu di depan beliau especially orang bukan melayu.


Mengikut ceritanya, selepas solat maghrib di masjid, datang salah seorang dari ahli jemaah masjid dan mula bersembang dengannya. Topiknya isu politik semasa. Ahli kariah kampung merupakan seorang penyokong kuat PAS. Memulakan cerita, ahli kariah kampung tersebut bertanyakan tentang keadaan politik semasa negara dan bagaimana dengan PAS terutamanya apabila akan menghadapi PRU yang ke 13 nanti. Mungkin tahun 2012 atau pun 2013. Bagaimana keupayaan PAS untuk memenangi pilihanraya dan seterusnya penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam (HUDUD) sepenuhnya.


Memulakan jawapan dari persoalan tersebut, " PAS jangan mimpi untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia jika hanya bertanding kerusi parlimen seperti sekarang yang tidak sampai pun 60 kerusi. PAS sepatutnya bertanding lebih dari 2/3 kerusi parlimen yang dipertandingkan dan MESTI memenangi lebih dari separuh kerusi parlimen yang di pertandingkan. Namun, untuk lebih selesa di parlimen, mesti memenangi 2/3 daripada kerusi parlimen yang dipertandingkan.Oleh itu, PAS sepatutnya bertanding di semua kerusi parlimen di seluruh semenanjung Malaysia. Jika tidak, usahlah PAS bermimpi untuk memerintah Malaysia dan seterusnya bercakap sana-sini tentang penubuhan sebuah negara Islam sepenuhnya dan menggunakan hukum HUDUD sebagai undang-undang.


Ditambah lagi pernyataan dari ahli kariah kampung tersebut, PAS mana ada duti yang banyak untuk menampung perbelanjaan bayaran untuk bertanding.


Maka jawapan turut diberikan, Jika impian PAS benar-benar ingin menubuhkan sebuah negara Islam dan memerintah negara, PAS sepatutnya sedar dari awal lagi yang mereka mestilah mengumpul duit dari awal-awal penubuhan parti. Kita semua tahu, pilihan raya umum pertama pada 1955, PAS telah ditubuhkan pada ketika itu. Jadi untuk tempoh masa yang panjang iaitu selama 55 tahun. Sudah cukup panjang masa yang diperlukan untuk menyimpan duit untuk digunakan sebagai wang taruhan untuk pilihan raya.


Pendapat peribadi aku, jika PAS bertanding seluruh kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, maka aku akan undi PAS. Ini kerana keahlian PAS dan YB2 mereka adalah totally Melayu tanpa ada bangsa lain yang bertanding di atas tiket PAS.


Namun itu hanya jika berlaku. Dan kenyataannya sekarang, aku mesti mengundi UMNO dan BN disebabkan UMNO di dalam BN adalah majoriti dan selagi UMNO menguasai BN, selagi itulah kuasa politik negara akan berada  di bawah bangsa melayu.




p/s : fikir-fikirkan lah....dan pilihlah yang terbaik. jangan hanya seperti kata pepatah, menang bersorak, kampung tergadai.

0 comments :: PAS akan memerintah jika....... Dan Hukum HUDUD boleh dilaksakan jika .......

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET