Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

bubur menjadi nasik???

Assalamualaikum... w.b.t


Hari Ahad bersamaan 28 November 2010, maknanya aku midterm hari ini. Jam 0900, aku masih belum lagi mengulangkaji. Entah apa yang mahu aku jawab nanti. Aku target 3 jam sebelum 1500, aku akan review sedikit untuk persediaan exam. Satu-satunya tabiat buruk aku sebagai student, aku hanya belajar ketika di dalam kelas. Selebihnya, aku hanya akan review 3 jam sebelum exam. Isk..isk.. aku sedar, tapi aku tetap seperti ini. Malas dan malas. 


Jam 1200, aku berada di perpustakaan kolej. Kononnya untuk review subjek investment analysis. Namun apa yang aku capai, paper a.k.a surat khabar. Halaman demi halaman aku belek, terdapat 2 isu yang menarik perhatian aku. Satu isu politik dan satu lagi isu masalah dalaman manusia...Akan aku buat entry berkaitan politik di lain hari sahaja. Apa yang aku ingin katakan ialah, satu surat kiriman yang di tujukan ke The Star, halaman 24 bertarikh 28/11/2010.



Kita selalu menyalahkan mereka. Mengapa tidak sahaja menjadi lelaki seperti kita semua. Mengapa mereka lebih cenderung untuk meminati sesame lelaki dan bukannya wanita seperti lelaki-lelaki seperti kita?

Tidak kita terlalu zalim untukmenghukum mereka sebegitu? Dari surat beliau, beliau telah cuba untuk menjadi lelaki seperti kita namun hakikatnya mereka tidak berjaya. Di sini ingin aku ingin jelaskan, aku bukannya menyokong mereka. Walau bagaimanapun, beliau tersilap percaturan, percubaan untuk berubah hanya dilakukan sekali atau dua mungkin. Mungkin beliau terlupa janji Yang Maha Mengetahui bahawa mereka yang berusaha dengan istiqamah, akan diperolehinya pintu kejayaan. Percaturannya tersilap dan bertambah buruk apabila beliau mencuba dan menghampiri kepada teman sejenis.


Lalu, bagaimana mungkin untuk beliau menyelahkan tuhan? Mengapa harus meletakkan kesalahan dan kesilapan kepada Yang Maha Pencipta? Sedangkan insan tersayang Rasulullah sendiri pun masih menghembuskan nafas yang terakhir dalam kekufuran. Mengapa harus menyalahkan keluarga dan orang di sekeliling? Dan mengapa harus berterima kasih kerana "menganggap diberi kelebihan seperti itu"???






p/s : Allah Maha Mengetahui apa yang telah berlakau, sedang berlaku dan akan berlaku...

4 comments :: bubur menjadi nasik???

  1. btoi2... lagi satu, insan2 macam nih x d beri peluang untuk berubah. masyarakat still mencemuh, sebab tuh owg2 macam nih still ngan kehidupan songsang mereka.

    setiap owg wat salah~

  2. susah sebenarnya nak berbicara perkara seperti kes ni,
    kadang2 ada juga yang lebih memilih utk trus hidup sebagai g**.
    dan bukan semua masyarakat terus menolak,
    kalo difikirkan, ahli keluarga terdekat tidak menolak malah mereka lebih membimbing sebenarnya. Cuma kdg2 cara tu yg silap.

  3. woah.... kesian lah pula... tapi kan... kalau diorang try betul2, and through the right channel, aku rasa mereka xkn lah jadi teruk sangat tu. =.=

  4. that why i said, istiqamah. Kalo just cuba sekali, dua kali, tiga kali, empat kali then bile still xde kesan. Terus tentukan mmg xleh nk berubah. Tu reason yang xleh pakai.

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET