Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

ANUwar difitnah lagi???

Assalamualaikum dan selamat hari raya...


Kian hari kian hebat serangan pakatan pembangkang menyerang Tun Mahathir dengan memperlagakan antara Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin. Kadang-kadang penulis pun hairan juga, mengapa orang tua yang dah la tua, apa jawatan pun tiada tapi mereka amat takut jika orang tua yang sorang ni buka mulut.Baru je nak buka mulut, pakatan pembangkang dah mula bising-bising.

Lainlah kalau Tun Mahathir seperti bekas Perdana Menteri Singapura yang hingga ke tua pun masih lagi ingin memerintah hinggakan perlu diwujudkan jawatan Menteri Mentor. Tun Mahathir bukan sahaja tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi juga hanya sekadar ahli UMNO sahaja. Bukan ketua bahagian atau ketua perhubungan negeri pun. Itupun mereka masih bimbang malah takut apabila Tun mula buka mulut.

Adakah mereka takut seperti yang telah berlaku kepada bekas perdana menteri ke lima? Adakah itu faktornya yang mereka seboleh-bolehnya mahu menutup mulut orang tua tu? Sebelum ini dan hinggakan hari ini, merekalah yang melaung-laungkan hak kebebasan bersuara, hak asasi manusia, hak hak hak dan macam-macam hak lagi. Jadi, orang tua tu juga BERHAK untuk berkata apa yang beliau rasakan betul dan tepat dari segi pendapatnya.

Begitu juga dengan penulis, penulis juga mempunyai hak yang sama seperti anda, seperti Tun Mahathir. Anda semua berhak untuk menyatakan pendapat tetapi bukan dengan penggunaan kata-kata yang kesat dan tidak senonoh. Komen dan pernyataan sedemikian jelas menunjukkan anda tidak ada bezanya dengan ______________. Biarlah anda yang tentukan sendiri.


Adakah Harakah pada hari ini mula menyebarkan fitnah? Andailah Orang Tua di atas ingin merampas kuasa, hiingga hari ini tidak akan wujud Perdana Menteri ke 5 dan Perdana Menteri ke 6. Artikel harakah hari ini begitu berani berkata sedemikian, Adakah mereka lupa apa JANJI Menteri Besar Kelantan yang ada pada hari ini? Ingatkah mereka apa janji Nik Aziz sebelum ini? Apabila berjanji, mereka memungkirinya. Lupakah mereka golongan apakah yang gemar memungkiri janji yang mereka janjikan? Atau mereka lupa kerana belum ada fatwa yang dikeluarkan lagi oleh Nik Aziz?

Apa-apa pun, ingatlah tuan-tuan. Mereka yang gemar berjanji dan tiba-tiba mereka "terlupa" akan janji mereka sebenarnya tidak layak menjanji pemerintah kita.Ingatlah, buatlah pilihan yang tepat demi masa depan kita dengan memberikan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada dan bukannya kepada Pakatan Rakyat. 


Anda mungkin juga meminati

1.  PrelaunchX : Lihat Bagaimana Anda ditipu 

5 comments :: ANUwar difitnah lagi???

  1. penulisan anda tak bermutu langsung

    Mahathir sendiri mengaku BANYAK ORANG BODOH DI DALAM UMNO, itu satu hal. Anda nampaknya tak mengikut perkembangan politik semasa, dimana Najib pernah menyuruh Mahathir untuk duduk diam sahaja dan jangan banyak komplain ke atas pentadbiran Najib. (disini kita dah boleh lihat, Mahathir tak suka Najib dan sebaliknya)

    Lagipun, apa yang Pembangkang ada? dana semua datang dari Putrajaya (dikuasai BN), kalau ada janji pembangkang yang belum terlaksanakan itu sebab mereka tidak mendapat dana.

    Tambahan pula, Pakatan ini masih baru lagi.

    Berbanding dengan BN yang sudah menjadi kerajaan selama berapa puluh tahun, berapa banyak janji mereka tak tunaikan?

    KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN PEMBANGKANG?

    Anda bercakap tentang fitnah? anda tak sedar berapa banyak kali Anwar difitnah sampai turun naik mahkamah. Dari isu liwat dan video seks, Anwar sering difitnah. sampai nak mengaku diri diliwat dalam masjid (Saiful Bukhari) , atas apa tujuan? itu semua kerana fitnah nak menjatuhkan Anwar.

    Allah bersama orang yang ditindas. Kami Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan ke arah lebih baik berdoa kepada Allah agar pemerintahan Malaysia bertukar kerajaan ke arah yang lebih baik.

    Anda orang kelantan, mungkin anda sudah muak ditadbir dibawah PAS (sebab itu mungkin anda nak perubahan ke atas kelantan) . Tapi anda tak sedar, negeri2 yang ditadbir BN juga inginkan perubahan (ingin ditadbir Pakatan) .

    Assalamualaikum, semoga tidak ada lagi fitnah lucah dari BN. amin...



  2. hoh!? Siapa Mahathir???

  3. setuju dengan orang diatas.

    Saya bukan orang yang suka menghakimi tapi PM Najib tidak menonjolkan diri sebagai Muslim yang sejati. Memang betul amal ibadah itu semua hanya Allah yang mengetahui, tetapi benda yang zahir yang kita boleh nampak haruslah diperbaiki. PM Najib seorang bergelar Haji dan isterinya Hajah, tetapi isterinya langsung tidak menjaga aurat, saya tidak mahu menyentuh soal ibadatnya kerana itu urusan Allah.

  4. walau apa pun ia.. hanya ALLAH S.W.T saja yang mengetahui kebenarannya.. usahlah terlalu percaya kepada manusia,kerana dari kalangannya wujud pendusta-pendusta.. seharusnya teruslah berharap kepada Allah S.W.T,sesungguhnya kamu tidak akan pernah kenal akan erti kekecewaan..

  5. ape jadah x comment mereka ni

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET