Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

KAWAT PUNYA KHEMAH, PAS PUNYA NAMA

0 comments








DEPA KATA PAS DUNGUN YANG SEDIAKAN KHEMAH TERSEBUT. SIAP UCAP TAHNIAH LAGI.

TAPI TIPU TETAP TIPU. PEMBOHONG TETAP PEMBOHONG. 

SIAPA SEBENARNYA YANG MENDERMA/MENSEDEKAHKAN KHEMAH TERSEBUT DIKETAHUI UMUM AKHIRNYA. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA MEREKA.






RUPA-RUPANYA KELAB WARTAWAN TERENGGANU ( KAWAT ) YANG MEMBANTU MANGSA BANJIR DI DUNGUN DENGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KHEMAH UNTUK MANGSA BANJIR DI SANA.

BAK KATA PEPATAH ORANG TUA-TUA

"KAWAT PUNYA KHEMAH, PAS DAPAT NAMA"

DENGAN MENIPU DAN MEMBOHONG.


Barua dalam PAS telah di BUANG?

0 comments
Biar gambar berbicara.... Ketika muktamar PAS yang lepas, perwakilan meluahkan rasa tidak puas hati apabila PAS umpama BARUA kepada DAP dalam Pakatan Rakyat. 
Klik di sini untuk VIDEO ketika ucapan dari perwakilan tersebut.




Dan hari ini, kita lihat pula keratan dari salah satu portal ASTRO AWANI yang meletakkan tajuk NIK AZIZ DIGUGUR DARI JAWATAN PESURUHJAYA PAS  KELANTAN. Bagi penulis terdetik di hati, adakah ini yang dimaksudkan BARUA DAP oleh perwakilan PAS Wilayah Persekutuan dalam Muktamar PAS yang baru beberapa hari lepas? Benarkah? Sila google... atau klik di sini


Inikah BARUA nya?




Untuk kamu BERDOSA tapi untuk kami (USTAZ PAS) berPAHALA

0 comments

Anda selaku rakyat biasa, bukan USTAZ dari PAS, di larang sama sekali berbuat demikian. BERDOSA tapi USTAZ dari PAS terkecuali, mungkin kerana mereka mendapat PAHALA.

Klik sini kalau nak tengok wall Ustaz PAS ini.....


Villa Nabila, hantu yang popular dalam sehari

0 comments
Assalamualaikum..w.b.t




Heboh sejak semalam berita tentang kehilangan sekumpulan remaja di sebuah banglo usang, Villa Nabila. Cerita gempar apabila 30 pelajar yang bercuti di situ telah menyewa Villa tersebut namun selepas itu mereka mengalami kejadian-kejadian aneh dan 23 daripada mereka telah hilang didalam villa tersebut manakala 7 lagi selamat dikatakan juga mereka mendengar suara manusia didalam villa tersebut namun polis tidak menemukan apa-apa didalam rumah tersebut. Bermacam-macam cerita kita dengar, dengan versi yang berlainan. Jom terjah beberapa blog di bawah, kita tengok bagaimana jalan ceritanya. 

1. http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/8-gambar-misteri-30-remaja-redah-villa-nabila-hanya-7-dapat-keluar.html

2. https://m.facebook.com/wujudparanormalteam?fc=0&showPageSuggestions&_rdr

3. http://www.beritaterkini.my/misteri-23-remaja-hilang-villa-nabila-johor-jb

4. www.mazidulakmal.com

5.  www.ceritaapakah.com

Namun, sejauh mana kebenaran cerita tersebut, kita klik dan baca beberapa petikan daripada akhar-akhbar tempatan.


2. Keratan akhbar Berita Harian

3Keratan akhbar Kosmo

4. Keratan akhbar News Street Time

Dan ini pula cerita lama tentang villa berkenaan yang pernah di dedahkan oleh Mazidul sendiri pada bulan Julai 2012.

1. villa-nabila-exposed.

Jadi, cerita sebenarnya bagaimana? Sama-sama kita nantikan kebenarannya.

5 Tahun Tidur Sebantal, semalam baru tahu Haram atau Halal?

0 comments

Assalamualaikum...


Klik gambar untuk terus ke blog Semut Hitam.

Penulis pada mulanya faham mungkin hubungan antara lelaki dan wanita yang tidak sah taraf nikah nya. Tapi rupa-rupa lain ceritanya. Terkena nampaknya. Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS.


Sekian.. terima kasih

SYIAH telah menapak di Facebook

0 comments

Assalamualaikum...
 
 (Klik gambar untuk ke halaman Facebook Group)

ALOR SETAR – Selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh tokoh-tokoh agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik mengenai kegiatan fahaman Syiah di negara ini, gerakan itu didapati semakin giat mengembangkan fahaman berkenaan kepada golongan belia menerusi laman sosial.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ia mula menular di laman sosial dengan pelbagai nama akaun sejak Ogos 2011 dan Mei 2012. Bagaimanapun, penularan itu dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.

Lebih mengejutkan, akaun tersebut turut menggunakan nama ‘ i’m proud to be Syiah in Malaysia’ sebagai tarikan kepada pengguna laman sosial.

Difahamkan, penggunaan laman sosial itu bertujuan untuk mendedahkan mengenai fahaman dan kegiatan Syiah serta perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook (FB) yang beragama Islam mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang berbentuk kemarahan termasuk mencerca perbuatan dan kegiatan fahaman itu di akaun  berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Untuk bacaan penuh sila layari www.sinarharian.com.my

Atau untuk tulisan dari blog yang lain, boleh layari di http://thepoliticianblogger.blogspot.com/2013/09/syiah-rancangan-jahat-untuk.html


ISU : Polis Raja Di Malaysia

0 comments
Assalamualaikum....

Dalam dua tiga hari kebelakangan ini, isu yang paling HOT pastinya kecuaian kakitangan RTM yang memaparkan logo PDRM yang mungkin secara tidak sengaja telah memaparkan Polis Raja Di Malaysia.

 ( klik gambar untuk melihat video)

Pendapat penulis pula, apa salahnya kalau dikatakan Polis raja di Malaysia jika mereka ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas mereka. Jika mereka tidak menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin. Takkanlah Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA sendiri turun ke padang untuk menangkap penjenayah, menjaga keselamatan dan keamanan  negara. Sudah pastilah Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA perlu mengamanahkan tugas tersebut kepada Polis yang mewakili kuasa Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar/YDPA.

Walau bagaimanapun, pihak RTM telah meminta maaf secara terbuka kepada PDRM di atas kecuaian dan kesilapan penyiaran Logo PDRM oleh RTM. Malah, kakitangan yang terlibat pula telah dikenakan tindakan dibuang kerja oleh RTM.

(klik video di atas untuk lihat)
  

Sekian, terima kasih.


"ANU" itu bukan milik saya - Adi Putra

0 comments


Untuk penulisan yang lebih lanjut, dapatkan Sinar Harian bertarikh 11 September 2013 atau terus sahaja klik di www.sinarharian.com.my


Kisah kedai gunting dan rakyat Malaysia

0 comments

Assalamualaikum...w.b.t

Penulis terbaca satu cerita menarik dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad. Samada cerita ini satu ciptaan ataupun sememangnya benar tetapi penulis tergelak sakan semasa membaca. Adakah ia sekadar rekaan semata-mata untuk memerli manusia bernama MELAYU ataupun sememangnya benar berlaku, tapi itulah perangai manusia MELAYU. Sama-sama kita baca dan nilailah sendiri kebenarannya.

_______________________________________________________________________________

 Jom Relax!

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun meninggal dunia

Cerita ini tentang seorang peggunting rambut di Bandar Paris France, baru membuka kedai gunting rambutnya, dia letakkan papan tanda yang beliau akan memberi perkhidmatan percuma kepada pelancong yang ziarah Paris.

Seleas beberapa hari kedainya dibuka, ada seorang pelancong dari negara German datang ke
kedai guntuing rambutnya untuk potong rambut. setelah memtong rambut, si penggunting rambut itu kata "untuk kamu pelancong, saya bagi percuma". Keesokkan pagi, di depan pintu kedai itu, terdapat sebuah hadiah yang isinya coklat yang mahal dan ada surat terselit di hadiah itu mengatakan
"Terima kasih semoga Tuhan merahmati kamu" dari pelancong german semalam.

Beberapa hari lepas itu, pelancong Britain pula datang ke kedai gunting rambutnya, setelah gunting rambut, si penggunting rambut itu berkata benda yang sama seperti pelancong german lepas. keesokkan pagi, dia terjumpa Bunga Ros yang cantik dan ada surat mengatakan " Terima kasih, semoga Tuhan merahmati kamu" dari pelancong Perancis semalam.

Beberapa hari selepas itu, Pelancong Malaysia datang ke kedai gunting rambut dia, setelah menggunting rambut, Si penggunting rambut itu berkata perkara yang sama seperti pelancong German dan Perancis tempoh hari.

Keesokkan paginya, terkejut besar si penggunting rambut itu kerana di depan pintu kedainya adalah pelancong Malaysia yang datang ke gunting rambutnya semalam bersama 7 orang sahabatnya dari Malaysia.

_______________________________________________________________________________

Sekian kisah untuk kali ini.

 

Fakta dan rahsia kerajaan Malaysia yang disembunyikan oleh DAP

1 comments

Assalamualaikum w.b.t

Penulis tidak mahu membuang masa dengan menulis kata-kata aluan sebagai penyedap tulisan sebalik penulis mahu terus kepada pengisian. Artikel di bawah penulis ambil daripada satu page di facebook. Terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya bagi kita semua dan ianya sedikit sebanyak merungkai persoalan mengapa dan kenapa.. Teruskan bacaan anda.

_______________________________________________________________________________

1.Isu Minyak Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Bloomberg menyenaraikan negara Malaysia adalah Ke-9 harga termurah minyak di dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah pada kedudukan ke-12 ($3.30) di dunia, mereka telah pun mendakwa bahawa mereka adalah antara yang paling murah di dunia. Jika Amerika Syarikat berani mengeluarkan kenyataan ke-12 itu adalah antara yang paling murah, jadi bagaimana Malaysia yang menduduki di tangga ke-9 ($4.19)?

Ini tidak termasuk kerajaan BN terbaru yang mengurangkan RON 97 sebanyak 20 sen seliter dan yang paling penting Anwar HANYA BERJANJI sementara BN merealisasikan walaupun pengurangan minyak ini tidak dalam Manifesto BN

2.Isu Pengeksport Minyak yang diutarakan oleh DAP:
DAP mendakwa bahawa Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Oleh itu harganya haruslah ditetapkan dengan lebih murah? Ini adalah salah kerana fakta no 1 kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai sebuah negara pengeksport minyak. Negara yang betul-betul mengeksport dan menjual minyak ke negara luar sahaja akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada OPEC. Fakta no 2 ialah 90% daripada minyak harian yang dihasilkan oleh Malaysia telah pun diguna pakai oleh rakyat tempatan. Dalam kes ini kita sebenarnya hanya mengeksport dan menjual minyak negara kita dalam 10% ke negara luar, sebab itu lah negara kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai negara pengeluar minyak.

Pengeluaran minyak Amerika meningkat 14 peratus kepada 6.5 juta tong sehari pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan rekod. Menjelang tahun 2020, negara Amerika dijangka akan mengatasi dalam penggunaan minyak melebihi Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di dunia. Pada masa yang sama, permintaan petrol AS telah jatuh kepada 8.7 juta tong sehari, paras terendah sejak tahun 2001.Harga minyak di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada lain-lain negara pengeluar minyak di dunia dan negara-negara pengeksport seperti Iraq, Sudan dan lain-lain.

3.Pendidikan Percuma yang diutarakan oleh DAP:
Negara Norway adalah luar biasa kerana ia adalah satu-satunya negara pengeluar minyak utama dengan mengenakan harga gas yang mahal. Negara Norway tidak memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi sebaliknya negara Norway menggunakan keuntungan minyak negara kepada perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan kolej bebas dan perkhidmata simpanan untuk penambahbaikan infrastruktur. Sebuah negara seperti Norway yang tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyat mereka, akhirnya menggunakan subsidi itu kepada pendidikan percuma. Di Malaysia, kadar faedah pinjaman pendidikan hanya pada 1% dan 80% daripada kos keseluruhan di Universiti awam sudah subsidi oleh kerajaan. Ini termasuk subsidi minyak daripada kerajaan Malaysia. Ini membuktikan negara Malaysia lebih baik dari segi pengurusan wang negara kerana memberikan kelebihan subsidi minyak kepada rakyat dan dalam masa yang sama memberikan subsidi yuran Univiersiti awam sebanyak 80% di Malaysia.

4.Cukai Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Kadar cukai Malaysia berada pada 27%, berbanding kadar cukai Amerika Syarikat ialah pada 40%. Bermakna setiap pendapatan RM 100 di Amerika Syarikat, maka RM 40 akan dikembalikan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Namun rakyat dan ahli politik termasuk pembangkang tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, menghapuskan tol dan banyak lagi janji bulan dan bintang yang tidak pernah dibuat oleh negara lain. Malaysia yang membayar hanya 27% daripada cukai pendapatan merasakan diri mereka adalah BOSS,RAJA,KING dan sebagainya. Manakala orang di Amerika Syarikat pula berpendapat bahawa negara itu sendiri sebenarnya adalah BOSS,RAJA,KING bagi mereka, kerana mereka berprinsip tentang satu kepercayaan bahawa “bukan apa yang negara anda boleh buat untuk anda” tetapi “APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA ANDA” - John F Kennedy

5.Kadar pengangguran Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Kadar pengangguran Amerika syarikat pada 7.3%, manakala Malaysia pula adalah 3.3%. Dalam teori ekonomi kadar pengangguran pada kadar 5% adalah perkara biasa dan di bawah 5% adalah sangat baik. Sejak DAP sentiasa meminta kita tidak membandingkan dengan negara yang paling teruk daripada kita, maka mengapa tidak kita hanya membandingkan semua ini dengan 1 daripada negara utama dan terbaik di dunia iaitu Amerika Syarikat?

6.Hutang negara Malaysia yang diutarakan oleh DAP:
Hutang Amerika Syarikat berada pada US $ 16 TRILLION vs Malaysia yang hanya pada US $ 132 bilion. Apabila Mitt Romney menentang Obama dia tidak mempolitikkan isu hutang negara dimana mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan bankrap tetapi sebaliknya Mitt Romney mengutarakan kepada Amerika tentang apa yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan Hutang Negara bukan hanya menyalahkan dan mencanang untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana DAP lakukan di Malaysia.

Hutang negara Malaysia hanya RM 500 bilion, dalam masa yang sama mengabaikan fakta bahawa hutang negara adalah pada 53% KDNK (adalah normal) dan pendapatan negara sekarang adalah lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib mengambil alih dan orang-orang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua, Ronnie Liu, Rafizi Ramli dan Red Bean Army menyampaikan berita palsu bahawa negara kita akan muflis? Ini adalah pembohongan paling nyata dan tidak berpandukan fakta langsung. Paling teruk adalah ramai pelajar Malaysia dari SPM, STPM dan Ijazah Ekonomi percaya akan pembohongan palsu ini

DAP tidak pernah sekali memberitahu kita semua bagaimana mereka akan mengurangkan hutang negara. Mereka hanya memberitahu bagaimana mereka akan membelanjakan wang negara kita untuk diberikan kepada anda itu dan ini serta menghapuskan itu dan ini tanpa membincangkan secara kritikal atau rancangan yang teliti tentang bagaimana mengurangkan hutang negara. Sebaliknya hanya kerajaan Persekutuan iaitu BN sahaja yang sentiasa mengkaji dan membincangkan tentang bagaimana hutang negara dapat dikurangkan.

7.Hutang Negeri BN vs Hutang Negeri PR:
Kerajaan BN Kedah telah memerintah selama 55 tahun dan hutang negeri adalah hanya RM 1 bilion. Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 4 tahun (selepas Mac 2008) dan hutang negara telah melonjak kepada RM 1 bilion hanya dalam masa 4 tahun! Negeri Pulau Pinang DAP pula mencanangkan bahawa negeri mereka adalah “surplus state?”. DAP telah memindahkan 90% hutang air negeri Pulau Pinang kepada kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Persekutuan itu adalah dibawah BN maka sepatutnya pujian “surplus state” itu seharusnya diberikan kepada kerajaan perseketuan iaitu BN.

8.Rasuah:
Selepas PM Najib Razak mengambil alih Malaysia 5 tahun lepas, Indeks Rasuah dan Korupsi Dunia telah menunjukkan Malaysia meningkat sebanyak 6 kedudukan dalam iaitu dari kedudukan ke-60 kepada ke-54 dari 176 negara, dimana menunjukkan pengurangan rasuah secara mendadak dibawah pengurusan PM Najib razak serta dijangka bahawa negara Malaysia akan terus berkurangan rasuah seterusnya akan menduduki carta yang lebih tinggi dari ke-54 menunjukkan negara Malaysia jauh lebih bersih dari negara lain. Datuk Paul Low berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.

 ________________________________________________________________________________

Untuk bacaan selanjutnya termasuklah komen-komen dari pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang sila klik di sini untuk karya tulisan asal


Maksud sebenar pepatah " Seperti mencurah air ke daun keladi "

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.....


Alhamdulillah, berjumpa lagi kita pada pagi Jumaat yang indah ini dengan cuaca yang cukup indah. Tidak nampak akan berlakunya hujan yang mencurah-curah, tidak nampak akan tanda-tanda untuk berlaku nya ribut. Alhamdulillah, nikmat dari ALLAH s.w.t.

Hari ini penulis berasa terpanggil untuk mengulas berkenaan dengan tajuk artikel hari ini. Benarlah kata pepatah Melayu, " bagai mencurah air ke daun keladi " yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia yang tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya lebih merugikan. Pepatah tersebut biasanya dikaitkan dengan nasihat yang diberikan kepada seseorang tetapi orang yang diberi nasihat tersebut sebenarnya tidak ambil peduli sedikit pun.

Bagi penulis, nasihat boleh dikategori dalam banyak bentuk dan bukannya dalam bentuk lisan semata-mata. Namun sama ada nasihat dalam lain-lain bentuk itu dalam bentuk berhemah atau tidak, itu terserah kepada cara penyampaian masing-masing. Bagaimana bentuk penyampaian nasihat itu, bukan matlamat yang penulis ingin sampaikan kali ini.

Kepada ahli UMNO dan angkatannya, Penulis ingin tegaskan di sini, USAHLAH KAMU MEMBUANG MASA semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli PAS mahupun supporters pembangkang. Usahlah kamu bazirkan masa kamu yang penting itu untuk berbahas mahupun bertikam lidah dengan mereka. Mengapa penulis mengatakan anda sememang membuang masa semata-mata mahu berbahas, atau pun menyatakan dan memberi bukti yang mungkin boleh dikategorikan sebagai bukti kukuh, menjelaskan sesuatu perkara mengapa ia dilakukan ataupun untuk mendapatkan sokongan  mereka sebagai membuang masa? Mengapa?

Sebab itulah penulis mengandaikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh supporters kerajaan mahupun dari pihak kerajaan sendiri dalam pelbagai isu dan kes sebagai bak kata pepatah melayu, " seperti mencurah air ke daun keladi ". 

Penulis tidak menolak perlunya kerajaan membuat penjelasan dalam semua isu dan kes tapi bukanlah untuk ditujukan kepada supporters pembangkang semata-mata sebaliknya ia perlu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai atas pagar dan penjelasan untuk supporters BN juga. Sebagai contoh dalam isu pencerobohan Lahad Datu oleh tentera yang kononnya menggelar diri mereka sebagai tentera sultan sulu. Mengapa mengambil masa yang agak panjang melebihi 2 minggu sebelum menjalankan misi membanteras mereka. Pihak Pembangkang dan supporters nya secara terang-terangan menyalahkan kerajaan seolah-olah pihak kerajaan sengaja bermain wayang untuk mendapat simpati rakyat. Mereka masih boleh mengatakan itu adalah sandiwara UMNO untuk menagih simpati rakyat walaupun telah mengorbankan 2 orang anggota polis. Namun apabila pihak inteligence Filiphina membongkarkan maklumat bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam serangan askar sultan sulu di Sabah, terus mereka iaitu supporters pembangkang menyatakan UMNO memfitnah Anwar Ibrahim.

Kita lihat pula contoh yang kedua, dalam tahun 90-an, Tun Dr Mahathir dikatakan telah menghina janggut Rasulullah. Dikatakan Rasulullah simpan janggut kerana pada zaman tersebut tidak mempunyai "gillette" untuk bercukur. Maka PAS mengambil kesempatan ini berkempen di seluruh pelusuk negeri dengan menyatakan Tun M hina rasulullah. Ketika itu, adakah mereka memberi peluang kepada Tun M untuk membuat penjelasan? Sudah tentu tidak. Tapi, bagaimana pula penerimaan mereka apabila Datuk Bentara Nik Aziz sendiri yang mengeluarkan kata-kata yang menghina Rasulullah? Apabila Datuk Bentara Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa " Rasulullah masa dia kecil dulu sama sahaja dengan mamat-mamat di kampung ". Kita kena ingat dan perlu tahu, Roh Rasulullah dan siapa yang akan menjadi Nabi akhir zaman telah tercatat sebelum kewujudan Nabi Adam A.S. Kita lihat betapa mulianya Rasulullah di sisi Allah s.w.t. Kita lihat, dari kecil hingga ke dewasa dan wafat, bagaimana akhlak  Rasulullah? Adakah akhlak Rasulullah masa kanak-kanak adalah sama seperti mamat-mamat yang dok ada di kampung kita sekarang? Pernahkah Rasulullah semasa kanak-kanaknya kencing berdiri seperti mamat-mamat yang dok ada kat kampung kita sekarang? Apabila terdapat beberapa orang ustaz-ustaz yang menafikan bahawa Rasulullah tidak seperti yang dikatakan oleh Datuk Bentara Nik Aziz dan terus menyerang Nik Aziz, maka supporters PAS bangun dan menyalahkan UMNO kerana tidak memberi peluang kepada Datuk Bentara Nik Aziz membuat penjelasan.





Oleh itu, penulis ingin memberikan saranan kepada jentera Umno dan komponen BN supaya lebih memberi perhatian terhadap supporters BN sendiri dan mereka yang tergolong dalam pihak yang tidak menyokong mana-mana parti atau perkataan lain atas pagar. Kita semua tahu bahawa pihak atas pagar adalah penentu kepada kemenangan dalam PRU13 nanti.  Kita perlu ingat, kita tidak akan dapat mengubah cara pemikiran dan pendirian mereka supaya mengundi UMNO dan BN. Dalam pendirian mereka, pembangkang adalah betul dan yang salah adalah kerajaan sedia ada sekarang  walau sekukuh mana bukti yang kita tunjukkan sekalipun.

Semalam, penulis ada bersembang dengan salah seorang student dari UIA, kita semua tahu UIA adalah salah satu kubu kuat Ketua Umum Pakatan Rakyat. Penulis bertanya adakah beliau percaya bahawa pelakon lelaki dalam video lucah yang dikatakan dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK PERCAYA" dan sudah tentu penulis akan bertanya mengapa. Beberapa sebab diberikan. Penulis hanya senyum sahaja membaca apa jawapan beliau. Salah satu jawapannya ialah, perut Anwar Ibrahim tidak sebuncit perut lelaki dalam video tersebut. Walaupun penulis ingin menjawab apabila membaca jawapan tersebut, tetapi penulis tidak terus menjawab.

Jika benarlah seperti jawapan yang diberikan oleh penuntut dari UIA tersebut, mari kita fikir-fikirkan kembali. Tidak perlu kita persoalkan di manakah jam omega yang dikatakan berada dalam tangan pihak polis. Cukup sekadar berfikir, bilakah video itu di ambil dan bila pula Anwar Ibrahim menunjukkan perutnya yang "kempis"? Adakah pada hari yang sama? Pada minggu yang sama? Atau pada bulan yang sama? Sudah pasti tidak. Pernah lihat iklan-iklan kecantikan di televisyen? Sila abaikan Tv3, Tv2, dan Tv1. Takut-takut dikatakan bohong dan fitnah pula. Cukup sekadar iklan di Metro dan Sinar Harian. Pernahkah kita melihat iklan kecantikan yang boleh menurunkan berat badan dari gemuk ke ramping hanya dalam beberapa minggu sahaja. Pernah lihat iklan kempiskan perut yang boroi dan buncit yang tidak mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan 6 pax? Pernahkah anda? Walau bagaimana pun penulis kesal kerana beliau tidak mahu menjawab soalan penulis yang terakhir.

Jadi, penulis boleh membuat kesimpulan di sini bahawa, jika kita memberikan bukti yang kukuh, yang pastinya tidak boleh dipertikaikan lagi sekali pun, mereka akan memberikan pelbagai alasan malah akan melabelkan bukti tersebut sebagai fitnah. 

Tidak  perlulah jentera UMNO dan BN membuang masa bersama-sama mereka. Cukuplah. Berilah perhatian kepada mereka yang setia menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Namun ia tidak bermakna kerajaan harus melupakan dan menidakkan bantuan dan kebajikan mereka. Setelah menjadi kerajaan, maknanya menjadi kerajaan kepada semua rakyat Malaysia termasuklah rakyat yang tidak menyokong sekali pun. Bukan seperti Kerajaan PR negeri Selangor yang meminta bukti adakah mereka memangkah PKR, PAS dan DAP dalam PRU12 dahulu apabila rakyat Selangor menuntut janji yang diberikan mereka ketika  berkempen dalam PRU12 dahulu.

Jangan pula menjadi seperti mereka-mereka di bawah ini, kejadian yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan tetap di cuba juga untuk dikaitankan dengan kerajaan. mereka telah ditanam, apa juga kerajaan buat, TETAP SEMUANYA SALAH DAN TIDAK BETUL.





Sekian....untuk kali ini.


AJAIB!! PRU13 lahirkan 2 orang Perdana Menteri.

2 comments

Penulis terkejut, selepas PRU 13 tahun ini dalam sejarah telah melahirkan 2 orang perdana menteri. Anda mungkin juga akan terkejut sekiranya 2 orang perdana menteri ini masing-masing terpampang di media perdana. Seorang di lantik oleh YDPA selepas memenangi majoriti mudah kerusi parlimen dan seorang lagi dilantik oleh diri sendiri selepas mengambil kira undi popular.



Dua gambar di atas di ambil semalam ( 8 Mei 2013 ) dalam perhimpunan suara rakyat suara keramat anjuran Anwar Ibrahim dan kawan-kawannya yang tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri hasil daripada PRU13. Apa tujuan diadakan perhimpunan sedemikian tidaklah penulis ketahui. Walaupun media arus perdana dan blogger-blogger yang mendedahkan tujuan diadakan perhimpunan tersebut agar berlakunya keadaan kucar-kacir dan rusuhan seperti yang berlaku pada tahun 1998 paling tidaknya.

Apa yang mengejutkan penulis ialah apabila terbaca tulisan Masdar Wajid di KeadilanDaily.Com. Sivarasa dikatakan telah mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke - 7 dan disambut sorakan hadirin yang hadir.




Penulis tidak faham, adakah mereka ( pembangkang, terutamanya Anwar sendiri ) bodoh atau buat-buat bodoh. Penulis anggapkan benar peratusan 52% undi memihak kepadanya dan hanya 47% memihak kepada Najib. Mereka bodoh atau buat-buat bodoh, biarlah mereka yang tentukan. Tetapi budak-budak pun tahu jumlah penduduk di setiap Parlimen adalah tidak sama. Ada yang sedikit, ada yang ramai, dan ada yang terlalu ramai.

Mereka lupa bahawa Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di mana penguasaan bilangan parlimen yang majoriti akan membentuk kerajaan. Bukannya demokrasi seperti di Amerika yang memerlukan calon presiden bertanding di semua negeri/wilayah yang ada dan kemenangan mengikut bilangan suara rakyat. Biasalah, Anwarkan pernah berkata jika dia kalah PRU13 dan tidak menjadi Perdana Menteri, maka dia kata nak berhenti dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Amerika. Mungkin kerana dia dah biasa dengan Amerika tu yang dia mati-mati dok ingat demokrasi di Malaysia ni sama seperti demokrasi di Amerika. Hei Nuar, Malaysia mengamalkan Demokrasi secara Berparlimen. Penulis berikan contoh seperti di bawah, 




Di Negara Pinang Sebatang ada 5 parlimen dengan jumlah penduduk 5 juta org yg layak mengundi.

P01 - 2 juta layak mengundi
P02 - 2 juta layak mengundi
P03 - 500 ribu layak mengundi
P04 - 300 ribu layak mengundi
P05 - 200 ribu layak mengundi

Setelah dijalan pilihanraya parti Better Nation menang di P03 (400 ribu undi, P04 (250 ribu undi) dan P05 (150 ribu undi)
Manakala parti Plastik Rokyak menang di P01 (1juta 700ribu undi) dan P02 (1juta 800ribu undi)


 

Agak-agak korangla, berdasarkan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita, Malaysia, parti mana yg akan menubuhkan kerajaan di Negara Pinang Sebatang?

Akhir sekali, Anwar, terimalah hakikat bahawa BN membentuk kerajaan dan Najib our PM.





 

GST, adakah menguntungkan rakyat?

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Tahniah kepada Barisan Nasional a.k.a Better Nation katanya di atas kemenangan dan terus menjadi pemerintah di Malaysia. Semoga DS Najib memberi perhatian yang lebih kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang memberikan sokongan yang padu yang menyebabkan BN terus memerintah negara. Jika DS Najib mahukan sokongan yang lebih daripada sekarang, bantulah mereka yang menyokong DS Najib. Jangan diabaikan mereka sehingga mereka berkecil hati, jika tidak buruk padahnya DS Najib.

Kali ini penulis ingin meng"entri"kan petikan daripada salah seorang rakan facebook. Artikel ini berkenaan dengan GST iaitu Good and Service Tax. Bagaimana GST berfungsi dan dalam masa yang sama akan menurunkan sedikit harga barangan. 

____________________________________________

Asssalamualikum, salam sejahtera. Akhirnya, wa terpanggil untuk mengulang tentang isu GST yang sibuk diperkatakan ketika ini. Sebenarnya wa malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.Tapi apakan daya, wa tak dapat menahan gelora di jiwa ini untuk membincangkan hal GST ini. dan untuk makluman, sehingga 9/5/2013 2.58p.m GST masih belum dilaksanakan di Malaysia. Sebelum itu, dinasihatkan POST mengandungi sepanjang 800 patah perkataan. Tidak sesuai bagi mereka yang MENGANTUK.

------------------------------------------------------------------------------------------
PERTAMA, APAKAH ITU GST?

Ringkasnya, GST ataupun Goods and Service tax ini dilaksanakan ke atas barangan dan perkhidmatan, tetapi ada pengecualian antaranya dalam kesihatan, pendidikan, makanan, pengangkutan dan perkara-perkara asas yang lain. GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. Jadi bila GST diperkenalkan, CUKAI JUALAN atau CUKAI PERKHIDMATAN akan dihapuskan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

NEGARA MANA YANG DAH LAKSANAKAN GST?

Antara negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.

Bukan di Asia sahaja, malah negara-negara besar yang lain turut menggunakan sistem GST ni atau turut dikenali sebagai VAT (Value Added Tax) dan kadar mereka lebih tinggi contohnya UK 20%, Australia 10%, NZ 10%, China 17%. Kalau tak percaya uolls boleh rujuk di sini http://www.worldwide-tax.com/#partthree

Sehingga MAC 2012, kadar GST yang dicadangkan di Malaysia adalah 4%.

--------------------------------------------------------------------------------------------

KENAPA PERLU DILAKSANAKAN GST?

2010, Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada mengeluarkan laporan bahawa hanya 1.7 juta rakyat Malaysia daripada 8.5 juta yang berdaftar di LHDN iaitu bersamaan dengan 6% yang membayar cukai. Mana pergi yang lain? Mereka..Lari..

------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh paling mudah, yang boleh wa tunjukkan ialah individu-individu yang membeli kereta mewah/import di Malaysia ini. Laporan 2011, AUDI (927 unit), VOLVO (1006 unit), LEXUS(1711 uniit), PORSCHE (415 unit), MItsubishi (12053 unit) dan lain-lain.

Pembayar cukai top bracket = 40,000 individu
Jualan model kereta yang berharga tinggi adalah berjumlah 206,250 buah
Jumlah pembelian kereta mewah tinggi tetapi pembayar cukai top bracket masih lagi rendah?
Jadi, mana pergi mereka-mereka yang selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab membayar cukai?
Ini namanya lari cukai……dengan pelaksanaan GST. Tiada istilah lari untuk mereka semua ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu, dengan terlaksananya GST kelak :

i)cukai pendapatan boleh diturunkan
ii)cukai korporat boleh boleh diturunkan
iii)Kerajaan Malaysia boleh memperolehi RM6.3 bilion (dengan kadar 4%)
iv)Sekarang ini Singapura mengenakan GST sebanyak 7%. Kalau Malaysia ikut kadar yang sama seperti Singapura, Malaysia berjaya mempeorlehi pendapatan sebanyak RM25.7 bilion

Itu kalau kerajaan Malaysia nak ikut, tetapi sehingga MAC 2012 kadar GST yang dicadangkan ialah 4%

------------------------------------------------------------------------------------------
BAGAIMANA IANYA DILAKSANAKAN??

Seperti yang kita tahu, semua barang yangg kita beli memang sudah bercukai, iaitu cukai jualan 5 atau 10 % atau kadar spesifik utk bahan api, dan cukai perkhidmatan 6%. DAN BILA atau ANDAI KATA GST ini dilaksanakan, ianya akan mengganti kedua-dua jenis cukai ini. BUKAN SEBAGAI TAMBAHAN CUKAI BARU!!

CONTOHNYA, air mineral SPRITZER (botol besar) berharga RM2.80 adalah termasuk cukai jualan 5%. Jadi, bila GST dperkenalkan, harga air mineral SPRITZER ini akan berharga RM2.66. LIHAT. Ianya menjadi semakin rendah. Sebab apa? Cukai jualan 5% telah ditolak dan GST dikecualikan pada air Spritzer sebab ianya adalah makanan asasi.

dan lagi satu, GST akan dilaksanakan bersekali dgn Anti-profiteering Act yang akan menghalang peniaga dari mengambil kesempatan dgn meletakkan harga sebelum cukai sekali dgn cukai sedia ada.

--------------------------------------------------------------------------------------
KENA MENGENA DENGAN PRU 13? SEBAB BN MENANG?

Ingat, sebelum kita gunakan hak bersuara marilah kita gunakan hak berfikir yang ada. Kalau kita follow berita-berita semasa atau pun sekurang-kurangnya kita kaji balik berita-berita berkaitan yang terdahulu, GST ini bukan tetiba nak dilaksanakan. Bukan kes BN menang PRU 13, terus nak buat. Bukan ya.

Sejak 2005 lagi, Pak Lah telah mencadangkan tentang GST ini semasa pembentangan Bajet 2005. Lihat. dan 7 tahun, tetapi masih belum dilaksanakan. Kalau betul mereka lapar duit rakyat, sejak 2008, PRU 12, mereka dah boleh laksanakan, dah boleh makan duit kita. (hehe. typcal Malaysians attitude) Tetapi tak, mereka tak laksanakan lagi sebab banyak perkara yang perlu diambil kira. Masih banyak lagi implikasi-implikasi buruk yang bakal terjadi jika GST ini tidak dikaji dengan betul sebelum dilaksanakan. Sebab hakikatnya GST adalah satu sistem yang sangat kompleks. Ya betul, tiada satu pun cukai di dunia ini yang tak membebankan.

FRANKLY SPEAKING, betul, mungkin niat wa tulis panjang lebar ini adalah untuk backup kerajaan tetapi itu hanyalah 10% sahaja dari niat wa. Lagi 80%? 80% lagi sebab wa cuma tak berapa gemar melihat insan-insan yang wa sayang terus hidup dalam keadaan tak tahu.Maksud wa di sini ialah mereka marah dengan sesuatu yang mereka tak tahu. Seakan-akan hidup dalam kegelapan. Confirm, ini penangan kes "blackout" lah ni.hehe.

Insyallah, kalau wa rasa wa dah bijak sangat dan tak perlu study untuk exam, wa akan bincangkan keburukan GST ni. Standarlah. Setiap benda ada baik dan buruknya.

Akhir kata dari wa, Salam 5 Tahun Lagilah!
(frasa "5 Tahun Lagilah!" boleh dibaca di dalam intonasi gembira, sinis, sedih atau pun marah. It is your right.)
______________________________________________
 
Semoga artikel ini sedikit sebanyak akan membantu anda semua dalam memahami apa itu GST yang sebenar. Usah termakan dengan hasutan oleh pembangkang yang hanya mahu menjadi pemerintah, mahu menjadi perdana menteri. Unuk memberi tekanan kepada kerajaan yang baru di beri mandat, mereka (pembangkang) seboleh-bolehnya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia agak ke jalanan untuk membantah dan berdemontrasi. Tetapi mereka lupa bahawa bukan semua rakyat Malaysia akan tertipu dengan hasutan mereka.
 
Anda boleh klik di sini untuk membaca tulisan asal rakan facebook penulis. 
 
 Sekian.... 
 

Selamat Mengundi dan kempen "Kita Bersaudara"

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Tepat jam 12.00am maka tamatlah tempoh berkempen parti-parti yang bertanding. Kita hanya perlu melaksanakan tugas masing-masing iaitu mengundi pada esok hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tidak kiralah PAS atau BN yang menang. Semuanya telah tersurat seperti yang dikehendaki oleh Yang Maha Pencipta.

Penulis ingin memaklumkan bahawa selepas PRU13 bermula 7 Mei 2013, penulis akan melancarkan kempen 

" KITA BERSAUDARA "  

Penulis berharap, kempen ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia

ikrar DAP dan Ambiga apabila menang PRU13

0 comments

Assalamualaikum...

Penulis ingin mengingati semua rakyat Malaysia di luar sana, walaupun tidak seberapa ramai yang membacanya, namun penulis amat berharap supaya kita sesama Melayu dan Islam sentiasa saling ingat-mengingati antara satu sama lain. 

Ingat!! Jangan kita memberi undi kepada calon pembangkang pada PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang akan datang. Ini kerana DAP dan Ambiga sudah bersiap sedia dengan ikrar mereka yang dilaungkan selama ini untuk dinobatkan jika menang pilihanraya nanti.



Berwaspadalah dengan janji Ambiga iaitu sebaik sahaja melangkah ke Putrajaya, mereka akan meminda Perlembagaan dengan memansuhkan semua hal berkaitan dengan kepentinga ISLAM dan Melayu.

Antaranya ialah Malaysia akan bertukar menjadi negara Republik, Islam tidak lagi agama persekutuan sebaliknya ditukar kepada kristian, ketua negeri akan dilantik dari kalangan bukan melayu, raja berpelembagaan akan dihapuskan, laungan azan lima kali sehari tidak akan dibenarkan dan tilawah al-quran dihapuskan, Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri selama dua tahun dan diganti dengan Lim Guang Eng dan Mahkamah Syariah akan dibubarkan.

Lihat sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang jelas mengikut kehendak DAP dan manifesto pembangkang itu juga jelas tidak meletakkan kepentingan Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini.

Jangan mudah terpedaya walaupun dalam manifesto bukan janji pembangkang yang kononnya mahu menghapuskan diskriminasi kaum di negara ini yang hakikatnya tidak ada sedikit pun diskriminasi kaum tetapi hakikatnya pakatan pembangkang terikat dengan dominasi DAP secara langsung sebagai pencatur kepada hala tuju pakatan pembangkang.

DAP sememangnya terkenal dengan perjuangan konsep " Malaysian Malaysia" yang membawa maksud kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara. DAP sengaja membangkitkan soal diskriminasi tetapi semua itu lebih menyerlahkan sikap talam dua muka apabila mereka lupa bangsa Cina selama ini sudah menikmati lebih daripada apa yang Melayu dapat. Lebih berganda-ganda.

Dalam soal ekonomi, cuba kita fikirkan  apa yang orang Cina dapat? Disebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya merekalah (kaum cina) yang paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberi kuota 30% kepada Bumiputera tetapi penguasaan 70% terus dinikmati oleh masyarakat Cina yang sudah membentuk kartel mega.

Kita jangan sesekali mudah terperangkap dengan keluhan dan rintihan pakatan pembangkang kerana mereka akan terus kaya dan berkuasa. Dalam keadaan Melayu yang memerlukan kuota untuk Bumiputera, malangnya DAP mahu menghapuskan "kuota khas" bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.

Hari ini, kaum Cina adalah 24% penduduk negara ini yang menguasai ekonomi dengan dasar kerajaan yang terbuka yang membolehkan ekonomi kaum cina terus melonjak. Hakikatnya, bangsa Melayu terus berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara.

MALAYU JANGAN LUPA!!! Jika pembangkang menang dalam PRU13 kali ini, tuntutan pengkhianat seperti Ambiga, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bukan lagi sekadar angan-angan, sebaliknya akan menjadi kenyataan. PRU kali ini bukanlah pertembungan UMNO dengan PAS seperti sebelum ini TETAPI PERJUANGAN MASA DEPAN ISLAM DAN MELAYU menentang puak Islam Plural yang bersekutu dengan kumpulan sekular.

Kumpulan Ambiga mahu kerajaan pakatan memastikan bayi yang baru dilahirkan oleh pasangan Islam tidak boleh diiktiraf sebagai beragama Islam selagi umur belum mencecah 21 tahun. Dalam erti kata lain, setiap bayi tidak dibenarkan diberi status agama. Cuba bayangkan kanak-kanak Islam yang bersolat, berpuasa dan dalam waktu yang sama kita tidak berhak memanggil mereka sebagai Orang Islam. Jika mereka tidak beragama, sudah pasti pendakyah kristian akan berpeluang dan diberi peluang untuk memujuk mereka memilih kristian sebagai  agama apabila mencapai usia layak memilih agama mana untuk dianuti.

Ambiga juga mahu kerajaan pakatan memberi kebenaran kepada semua muallaf untuk kembali murtad tanpa dikenakan tindakan, wal hal Fasal (4) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i'tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.

Oleh kerana kes murtad boleh didakwa di mahkanah syariah, kumoulan Ambiga juga mahu kerajaan pembangkang membuat perundangan supaya sebarang kes murtad dikendalikan oleh mahkamah sivil. Niat jahat sebenar Ambiga semakin terpancar apabila beliau mahu kerajaan tajaannya nanti menguatkuasakan perundangan agar seseorang muslim tidak perlu dicatatkan perkataan Islam pada kad pengenalan mereka.

APAKAH ERTINYA BANGSA MELAYU DIBERI HAK ISLAM TETAPI TIDAK DIPERAKUI OLEH JABATAN PENDAFTARAN SEDANGKAN MALAYSIA MENJUNJUNG DAN MEMULIAKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTAN MALAYSIA.

Tak boleh ke UMNO tiru cara PAS untuk selesaikan isu tanah?

0 comments

Assalamualaikum...

Tulisan kali ini sekadar suka-suka sahaja. Bukan untuk mengutuk atau mengata sebaliknya sekadar bertanya kepada masyarakat di luar sana, bersetujukah anda jika BN yang memerintah bagi beberapa buah negeri dan kerajaan pusat dengan meniru cara PAS bagaimana untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah @ isu tanah.


"Berita" di atas penulis print screen di HarakahDaily. Seperti biasa mereka akan penuhi cerita-cerita di akhbar mereka dengan cerita salah orang lain sahaja dan cerita yang mereka tonjolkan tentang mereka pula semuanya baik-baik. Sebab itulah "hardcore" PAS tidak mempercayai apa juga orang lain cakap walaupun disertakan bukti yang kukuh sekali pun. Contohnya seperti TG Haji Hadi yang mengatakan CCTV yang merakam seorang lelaki sedang membalun gadis Cina sebagai besi dan tidak boleh dijadikan bukti.

Berbalik kepada isu tanah, tidak bolehkah jika kerajaan BN mencontohi cara penyelesaian isu tanah yang dilakukan oleh PAS, kerajaan negeri Kelantan?

Cara dia (cara PAS Kelantan) cukup senang dalam menyelesaikan isu tanah. Panggil sahaja mana-mana ahli DAP, terutamanya yang berjawatan tinggi dalam parti, tidak kira peringkat pusat mahupun peringkat negeri dan berikan tanah tersebut kepada mereka atas dasar perniagaan. Maka masalah isu tanah akan selesai dengan cara automatik. Jika ada rakyat yang datang merayu-rayu dan menangis hingga keluar air mata darah sekali pun, abaikan sahaja kerana masalah isu tanah telah selesai dengan memberikan kepada ahli DAP atas dasar perniagaan.

Berita-berita seperti di bawah yang bakal menyusul, sila abaikan sahaja. Itulah cara PAS Kelantan selesaikan isu tanah.



#inikalilah kita LAUNGKAN #TIDAKSAMASEKALILAH kepada Pakatan Rakyat.



 
Undilah BARISAN NASIONAL
 

PKR akui tuduhan TG Haji Hadi?

0 comments

Assalamualaikum....

Jika beberapa hari lepas TG Haji Hadi menjelaskan mengapa PAS meletakkan calon mereka di 7 DUN dan Parlimen sedangkan kawasan tersebut telah dipersetujui bersama adalah milik calon PKR. TG Haji Hadi mengatakan  beliau mempunyai maklumat bahawa calon PKR tersebut merupakan Tokan Pil Kuda atau dengan kata lain, pengedar pil kuda dan ada yang berfahaman komunis. TG Haji Hadi menegaskan PAS tidak mahu orang-orang seperti itu menjadi calon. Boleh lihat video di bawah jika mahukan kepastian. 


Alih-alih, hari ini Harakah telah mengeluarkan "berita" bahawa 3 calon PKR di 3 DUN di Terengganu telah menarik diri dari bertanding dengan memberi laluan kepada calon PAS untuk bertanding.


Persoalannya, mengapa mereka menyatakan akan menarik diri selepas video TG Haji Hadi tersebar di YouTube. Adakah kenyataan berkaitan pengedar pil kuda dan penyebaran ideologi Komunis benar-benar berleluasa? Jika tidak, Calon PKR mestilah membuat laporan polis dan menyaman TG Haji Hadi atas kenyataan berbau tuduhan kepada mereka. Tetapi sebaliknya jika benar, ADAKAH ORANG-ORANG SEBEGINI YANG BOLEH KITA AMANAHKAN MENTADBIR NEGARA? LAYAKKAH MEREKA?

#inikalilah kita LAUNGKAN  #TIDAKSAMASEKALILAH kepada Pakatan Rakyat dan berikan UNDI ANDA KEPADA BARISAN NASIONAL.



 Undilah BARISAN NASIONAL

#INIKALILAH kita katakan kepada pembangkang #TIDAKSAMASEKALILAH

0 comments


Assalamulaikum....

Nampaknya tahun 2013 merupakan tahun kali kedua penulis akan membuang undi. Jika tahun 2008 dahulu penulis percaya PAS adalah parti alternatif orang Melayu selepas UMNO. Dengan ditambah kredibiliti UMNO yang merudum apabila berlaku seolah-olah UMNO/BN adalah parti anak beranak, maka penulis membuat keputusan untuk memangkah PAS. Akhirnya PAS menang di DUN tempat penulis mengundi dan Parlimen tempat penulis mengundi juga dimenangi PAS. Penulis cukup berbangga pada ketika itu.

Tapi PRU pada kali ini, pada bulan Mei, 5 hari bulan, tahun 2013, penulis telah membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan penulis pada tahun 2008 dahulu. Ternyata telahan dan harapan penulis dahulu adalah 1 kesilapan. 

Kali ini, INI KALILAH, kita kalahkan PAS dan sekutunya PKR dan DAP. usah kita biarkan negara kita berPerdana Menterikan seorang peliwat. Usah kita bermenterikan mereka-mereka yang tidak punya moral yang baik yang berkecimpung dengan aktiviti seks bebas, usah kita berMPkan mereka-mereka yang berideologi komunis, usah kita berwakilkan mereka-mereka yang menjadi pengedar pil kuda seperti yang dinyatakan oleh Presiden PAS, TG Haji Hadi. Usah kita hancurkan negara kita yang kian bertambah maju dan makmur. INI KALILAH kita LAUNGKAN #TidakSamaSekaliLAH kepada mereka yang ingin menjahanamkan negara kita dengan mengundi PARTI BARISAN NASIONAL.

Penulis sekadar ingin berkongsi tempat mengundi penulis. Sama sahaja tempatnya seperti PRU 12 dahulu..








Undilah BARISAN NASIONAL


PKR parti pengedar pil kuda, penyebar fahaman komunis?

0 comments


Assalamualaikum......

Penulis menggesa semua rakyat Malaysia agar menolak calon Pakatan Rakyat. Mereka terbukti amat merbahaya kepada Malaysia. Ada yang menjadi tokan/pengedar pil kuda dan ada yang berfahaman komunis.

Adakah kita mahu menyerahkan nasib Malaysia di tangan mereka. Alamatnya bertambah ramaila penagih pil kuda di Malaysia. Tu belum kira yang berfahaman komunis yang ternyata menolak kewujudan tuhan, ALLAH yang Maha Pencipta. 


Jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara, pasti akan berlaku kelambakan pengedar pil kuda, pengedar dadah seperti ganja, heroin, dan lain-lain benda terlarang yang seangkatan dengannya. 

Itu belum dikira lagi penyebar fahaman komunis yang menolak kewujudan Yang Maha Pencipta. Apa nak jadi dengan PKR, dulu Nurul Izzah kata tentang kebebasan beragama yang membolehkan Orang Islam menukar agama, terdahulu sebelum itu ayahnya, seorang yang gila-gila nak jadi perdana menteri ( kata Tun Mahathir ) pula bersetuju Lina Joy menukar agama (murtad).

Orang sebegini yang kita hendak harapkan membela Kesucian Agama Islam? Agama kita? Jawabnya tidak sesekali la....

#TidakSamaSekaliLAH!!

Musim PAS guna khidmat HANTU tiba!!

0 comments

Assalamualaikum....

Adakah anda semua perasan, bermula semalam selepas 1 hari penamaan calon, bermakna musim untuk berkempen telah bermula. Dan tidak hairanlah mereka cukup bersemangat untuk berkempen tidak kira dari pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

Ada yang mula berkempen dari rumah ke rumah, ada yang berkempen ke tempat-tempat hiburan seperti tempat bowling dah shopping kompleks, ada yang menghadari pelbagai majlis-majlis yang dianjurkan oleh PDM masing-masing bagi tempat masing-masing.

Apa yang mencuit hati penulis ialah, dari beberapa tahun yang lepas, dai beberapa PRU yang lepas, terdapat 1 cara kempen yang tidak pernah ditinggalkan oleh PAS ialah Pengundi Hantu yang pada penulis tidak pernah wujud pun. Itu adalah modal yang digunakan oleh PAS sejak dari dulu dalam memastikan imej SPR tercalar teruk dan dalam masa yang sama ingin memberitahu kepada semua rakyat malaysia bahawa BN menang dengan cara yang kotor.

Bacalah Harakah jika anda inginkan kepastian. Kini sudah bermula semula sesi pendedahan "pengundi hantu" yang secara tidak sengaja mempunyai nama yang sama dan tarikh lahir yang sama tetapi hanya dibezakan 2 nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan.



Bagi penulis, mereka hanya pandai menuduh sahaja. Hanya pandai menonjolkan kesilapan orang lain yang hakikatnya bukanlah kesilapan. Dah memang ternyata nama dan lahir lahir mereka sama dan kebetulannya mereka pula berada dalam kampung yang sama. Tetapi adakah mereka lahir pada kampung yang sama atau dahulu mereka tinggal di negeri lain dan sekarang menetap di negeri lain? Perkara ini mereka tidak pernah fikir pun. 

Walaupun mereka sebenarnya mengenali orang-orang tersebut, malah mungkin saudara mara mereka sendiri dan mereka pasti sebenarnya "mangsa" tersebut bukanlah pengundi hantu tetapi mereka yakin dan pasti bahawa tidak akan ada orang yang akan membuktikan bahawa "hantu" tersebut adalah orang original. Maka mereka jaja dan menyatakan tohmahan bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Tambah pula "hantu" tersebut adalah penyokong mereka sendiri dan pengundi mereka. Tidak pula mereka menghadapkan "hantu" tersebut ke muka pengadilan dan menyatakan "hantu" tersebut bukanlah pengundi hantu. 

Anda tak percaya? DATANGLAH KE CHERATING, JUMPALAH ORANG KUAT PAS DI CHERATING DAN TANYAKAN MEREKA BERKENAAN "HANTU-HANTU" DI BAWAH INI. Adakah mereka akan mengatakan "YA" mereka adalah pengundi hantu yang diletakkan di CHERATING bagi memastikan DUN BESERAH milik PAS selamanya.



Dari dahulu lagi, pihak yang sebenarnya yang menggunakan kaedah pengundi hantu dan pemindahan pengundi secara terancang adalah PAS. Mereka cukup mengenali pengundi-pengundi yang akan mengundi mereka. Dan mereka juga mengenali semua penduduk di satu-satu kampung. Jadi apabila pada hari mengundi, jika mereka ternampak seseorang yang boleh dikategorikan tak pernah nampak sebelum ini, maka bisinglah mereka mengatakan ada pengundi hantu. Walhal orang tersebut tidak berada di kampung kerana bekerja di bandar-bandar. Dah nama pun kampung, mana ada peluang pekerjaan kecuali kerja sendiri panjat pokok kelapa.

Malah mereka tahu, jentera BN tidak sehebat mereka dan mereka yakin jentera BN tidak akan menghalang orang lain datang mengundi walaupun mereka (jentera BN) tahu bahawa orang tersebut bukanlah orang kampung mereka. 

Jadi, usahlah kamu bergebang sana sini menuduh BN menggunakan pengundi hantu walhal kamulah sebenarnya menggunakan khidmat "hantu-hantu" ini untuk mengundi kamu. Agar kamu terus menang dan menang tetapi kamu lupa bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui, DIA menangkan parti mana yang DIA kehendaki. DATANGLAH BERJUTA-JUTA PENGUNDI HANTU KAMU, jika telah termaktub bahawa BN menang, maka BN juga yang akan menang.

Sedarlah dari mimpi yang menipu kamu. Mimpi yang kamu reka untuk menipu orang lain tetapi sebenarnya kamu menipu diri kmau sendiri.

DAN JANGAN LUPA PERIKSA PENGUNDI HANTU DI CHERATING TU.......


Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET