Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Maksud sebenar pepatah " Seperti mencurah air ke daun keladi "


Assalamualaikum w.b.t.....


Alhamdulillah, berjumpa lagi kita pada pagi Jumaat yang indah ini dengan cuaca yang cukup indah. Tidak nampak akan berlakunya hujan yang mencurah-curah, tidak nampak akan tanda-tanda untuk berlaku nya ribut. Alhamdulillah, nikmat dari ALLAH s.w.t.

Hari ini penulis berasa terpanggil untuk mengulas berkenaan dengan tajuk artikel hari ini. Benarlah kata pepatah Melayu, " bagai mencurah air ke daun keladi " yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia yang tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya lebih merugikan. Pepatah tersebut biasanya dikaitkan dengan nasihat yang diberikan kepada seseorang tetapi orang yang diberi nasihat tersebut sebenarnya tidak ambil peduli sedikit pun.

Bagi penulis, nasihat boleh dikategori dalam banyak bentuk dan bukannya dalam bentuk lisan semata-mata. Namun sama ada nasihat dalam lain-lain bentuk itu dalam bentuk berhemah atau tidak, itu terserah kepada cara penyampaian masing-masing. Bagaimana bentuk penyampaian nasihat itu, bukan matlamat yang penulis ingin sampaikan kali ini.

Kepada ahli UMNO dan angkatannya, Penulis ingin tegaskan di sini, USAHLAH KAMU MEMBUANG MASA semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli PAS mahupun supporters pembangkang. Usahlah kamu bazirkan masa kamu yang penting itu untuk berbahas mahupun bertikam lidah dengan mereka. Mengapa penulis mengatakan anda sememang membuang masa semata-mata mahu berbahas, atau pun menyatakan dan memberi bukti yang mungkin boleh dikategorikan sebagai bukti kukuh, menjelaskan sesuatu perkara mengapa ia dilakukan ataupun untuk mendapatkan sokongan  mereka sebagai membuang masa? Mengapa?

Sebab itulah penulis mengandaikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh supporters kerajaan mahupun dari pihak kerajaan sendiri dalam pelbagai isu dan kes sebagai bak kata pepatah melayu, " seperti mencurah air ke daun keladi ". 

Penulis tidak menolak perlunya kerajaan membuat penjelasan dalam semua isu dan kes tapi bukanlah untuk ditujukan kepada supporters pembangkang semata-mata sebaliknya ia perlu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai atas pagar dan penjelasan untuk supporters BN juga. Sebagai contoh dalam isu pencerobohan Lahad Datu oleh tentera yang kononnya menggelar diri mereka sebagai tentera sultan sulu. Mengapa mengambil masa yang agak panjang melebihi 2 minggu sebelum menjalankan misi membanteras mereka. Pihak Pembangkang dan supporters nya secara terang-terangan menyalahkan kerajaan seolah-olah pihak kerajaan sengaja bermain wayang untuk mendapat simpati rakyat. Mereka masih boleh mengatakan itu adalah sandiwara UMNO untuk menagih simpati rakyat walaupun telah mengorbankan 2 orang anggota polis. Namun apabila pihak inteligence Filiphina membongkarkan maklumat bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam serangan askar sultan sulu di Sabah, terus mereka iaitu supporters pembangkang menyatakan UMNO memfitnah Anwar Ibrahim.

Kita lihat pula contoh yang kedua, dalam tahun 90-an, Tun Dr Mahathir dikatakan telah menghina janggut Rasulullah. Dikatakan Rasulullah simpan janggut kerana pada zaman tersebut tidak mempunyai "gillette" untuk bercukur. Maka PAS mengambil kesempatan ini berkempen di seluruh pelusuk negeri dengan menyatakan Tun M hina rasulullah. Ketika itu, adakah mereka memberi peluang kepada Tun M untuk membuat penjelasan? Sudah tentu tidak. Tapi, bagaimana pula penerimaan mereka apabila Datuk Bentara Nik Aziz sendiri yang mengeluarkan kata-kata yang menghina Rasulullah? Apabila Datuk Bentara Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa " Rasulullah masa dia kecil dulu sama sahaja dengan mamat-mamat di kampung ". Kita kena ingat dan perlu tahu, Roh Rasulullah dan siapa yang akan menjadi Nabi akhir zaman telah tercatat sebelum kewujudan Nabi Adam A.S. Kita lihat betapa mulianya Rasulullah di sisi Allah s.w.t. Kita lihat, dari kecil hingga ke dewasa dan wafat, bagaimana akhlak  Rasulullah? Adakah akhlak Rasulullah masa kanak-kanak adalah sama seperti mamat-mamat yang dok ada di kampung kita sekarang? Pernahkah Rasulullah semasa kanak-kanaknya kencing berdiri seperti mamat-mamat yang dok ada kat kampung kita sekarang? Apabila terdapat beberapa orang ustaz-ustaz yang menafikan bahawa Rasulullah tidak seperti yang dikatakan oleh Datuk Bentara Nik Aziz dan terus menyerang Nik Aziz, maka supporters PAS bangun dan menyalahkan UMNO kerana tidak memberi peluang kepada Datuk Bentara Nik Aziz membuat penjelasan.





Oleh itu, penulis ingin memberikan saranan kepada jentera Umno dan komponen BN supaya lebih memberi perhatian terhadap supporters BN sendiri dan mereka yang tergolong dalam pihak yang tidak menyokong mana-mana parti atau perkataan lain atas pagar. Kita semua tahu bahawa pihak atas pagar adalah penentu kepada kemenangan dalam PRU13 nanti.  Kita perlu ingat, kita tidak akan dapat mengubah cara pemikiran dan pendirian mereka supaya mengundi UMNO dan BN. Dalam pendirian mereka, pembangkang adalah betul dan yang salah adalah kerajaan sedia ada sekarang  walau sekukuh mana bukti yang kita tunjukkan sekalipun.

Semalam, penulis ada bersembang dengan salah seorang student dari UIA, kita semua tahu UIA adalah salah satu kubu kuat Ketua Umum Pakatan Rakyat. Penulis bertanya adakah beliau percaya bahawa pelakon lelaki dalam video lucah yang dikatakan dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK PERCAYA" dan sudah tentu penulis akan bertanya mengapa. Beberapa sebab diberikan. Penulis hanya senyum sahaja membaca apa jawapan beliau. Salah satu jawapannya ialah, perut Anwar Ibrahim tidak sebuncit perut lelaki dalam video tersebut. Walaupun penulis ingin menjawab apabila membaca jawapan tersebut, tetapi penulis tidak terus menjawab.

Jika benarlah seperti jawapan yang diberikan oleh penuntut dari UIA tersebut, mari kita fikir-fikirkan kembali. Tidak perlu kita persoalkan di manakah jam omega yang dikatakan berada dalam tangan pihak polis. Cukup sekadar berfikir, bilakah video itu di ambil dan bila pula Anwar Ibrahim menunjukkan perutnya yang "kempis"? Adakah pada hari yang sama? Pada minggu yang sama? Atau pada bulan yang sama? Sudah pasti tidak. Pernah lihat iklan-iklan kecantikan di televisyen? Sila abaikan Tv3, Tv2, dan Tv1. Takut-takut dikatakan bohong dan fitnah pula. Cukup sekadar iklan di Metro dan Sinar Harian. Pernahkah kita melihat iklan kecantikan yang boleh menurunkan berat badan dari gemuk ke ramping hanya dalam beberapa minggu sahaja. Pernah lihat iklan kempiskan perut yang boroi dan buncit yang tidak mengambil masa berbulan-bulan untuk mendapatkan 6 pax? Pernahkah anda? Walau bagaimana pun penulis kesal kerana beliau tidak mahu menjawab soalan penulis yang terakhir.

Jadi, penulis boleh membuat kesimpulan di sini bahawa, jika kita memberikan bukti yang kukuh, yang pastinya tidak boleh dipertikaikan lagi sekali pun, mereka akan memberikan pelbagai alasan malah akan melabelkan bukti tersebut sebagai fitnah. 

Tidak  perlulah jentera UMNO dan BN membuang masa bersama-sama mereka. Cukuplah. Berilah perhatian kepada mereka yang setia menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Namun ia tidak bermakna kerajaan harus melupakan dan menidakkan bantuan dan kebajikan mereka. Setelah menjadi kerajaan, maknanya menjadi kerajaan kepada semua rakyat Malaysia termasuklah rakyat yang tidak menyokong sekali pun. Bukan seperti Kerajaan PR negeri Selangor yang meminta bukti adakah mereka memangkah PKR, PAS dan DAP dalam PRU12 dahulu apabila rakyat Selangor menuntut janji yang diberikan mereka ketika  berkempen dalam PRU12 dahulu.

Jangan pula menjadi seperti mereka-mereka di bawah ini, kejadian yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan tetap di cuba juga untuk dikaitankan dengan kerajaan. mereka telah ditanam, apa juga kerajaan buat, TETAP SEMUANYA SALAH DAN TIDAK BETUL.





Sekian....untuk kali ini.


0 comments :: Maksud sebenar pepatah " Seperti mencurah air ke daun keladi "

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET