Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Pahit itu penawar

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini, penulis akan memberikan sedikit alasan serta menaip semula apa yang tertulis di dalam buku KAFIRKAH AKU? nukilan dari Cikgu Non a.k.a C.N Al-Afghani. Sedikit maklumat berkaitan dengan Cikgu Non, sesuai dengan gelaran Cikgu Non, beliau merupakan seorang guru sekolah rendah sebelum pembabitan dalam PAS dan masih berkhidmat sebagai guru ketika menyertai PAS pada awal 1985. Berhenti sebagai guru semata-mata mahu memperjuangkan PAS. Setelah berdekad dalam memperjuangkan PAS, akhirnya Cikgu Non menyedari bahawa PAS telah lari dari landasan, dari matlamat asal. Oleh itu, dengan niat untuk membetulkan kembali PAS, beliau membuat keputusan untuk menghasilkan buku ini setelah pelbagai cara dilakukan yang tidak mendatangkan sebarang hasil walaupun kehadiran buku ini cukup di bantah oleh pimpinan PAS. 



________________________________________________________________________ 

PAHIT ITU PENAWAR

Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Salam selawat ke atas Junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W insan pilihan sebagai Kekasih ALLAH. Semoga dirahmati baginda dan ahli keluarga serta sahabat baginda.

Penghujung Disember 2011 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melahirkan dukacita kerana masih wujudnya isu dua imam di negeri baginda. Rungutan itu telah menark perhatian MB Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said yang menyalahkan PAS dalam isu tersebut. Ketua Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib memberi komen bahawa isu dua imam dan kafir mengkafir telah lama PAS  tinggalkan. Maksudnya memang PAS pernah pelopori isu tersebut.

Generasi remaja hari ini pasti tidak sedar apa sebenarnya berlaku di sebalik isu yang disentuh oleh Sultan Terengganu. Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk memaparkan kisah sebenar di sebalik isu tersebut. Pendedahan ini bukan untuk mencari populariti, membuat fitnah, menjatuhkan imej mana-mana pihak atau pun mencemarkan Ulama dalam parti PAS. Semua ini semata-mata untuk bahan renungan bersama demi menyelamatkan agama, negara dan bangsa. Juga sebagai satu panduan dalam memecahkan minda masyarakat yang ingin kebenaran, keadilan dan kesejahteraan sebelum membuat keputusan dalam PRU13 ini.

Berfaktakan pengalaman, juga contoh-contoh isu semasa yang akan didedahkan kelak, diharapkan pembaca dapat menerimanya sebagai satu panduan buat perbincangan. Saya tidak memaksa untuk pembaca menerima apa yang saya dedahkan. Jika ianya kebetulan benar, sama-sama kita ambil manfaat. Jika terbukti saya membuat kesilapan, moga sedia ada yang membetulkannya. Saya mewakafkan diri untuk mencari titik kebenaran dan perpaduan ummah. Biarlah kita sama-sama seiring bersama orang-orang yang diberi petunjuk oleh ALLAH. Sesuai dengan apa yang saban hari kita membaca dan berdoa kepada ALLAH pada akhir surah Fatihah,

"Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurnaiakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat".

Pendedahan tentang keresahan ini sebenarnya mewakili ribuan lagi ahli-ahli PAS yang kurang senang denagn perkembangan politik tanah air sekarang. Ribuan ahli PAS sedang bingung dengan perubahan sikap pemimpin mereka. bagaimanapun, ada pula sesuatu yang menghalang mereka dari membuat teguran. Majoriti ahli PAS berpegang kepada daripada mendatangkan mudarat yang besar, biarlah kekal mudarat yang kecil. Oleh itu diam, tutup mulut. Kalau bising-bising dekat luar, jadilah nasib seperti Dato' Dr. Hasan Ali yang dihumban keluar dari tingkap PAS.  


Kita tidak tahu, entah berapa tahun Dato' Dr. Hasan Ali bergelut dengan masalah ini samasa berada dalam PAS. Agaknya telah habis usaha beliau, tidak ada pilihan lain lagi selain bertindak seperti apa yang berlaku. Mungkin dalam isu ini ada hikmahnya untuk ummah. Sekurang-kurangnya masyarakat dapat tahu bahawa di bawah air yang tenang dalam kolam PAS itu sebenarnya ada buaya, ada parasit. Semuanya makhluk-makhluk perosak. Bukan sahaja pada PAS, malah pada ISLAM itu sendiri.

Apabila saya membuat report polis berhubung penyelewengan Tabung Mangsa Mamali, ramai orang-orang PAS menyerang saya. Kononnya saya cuba menjatuhkan maruah parti, sedangkan isu itu boleh selesai cara dalaman. Itu komen mereka, pada hal mereka ini tidak tahu, betapa saya telah cuba selesaikan isu ini secara berjemaah. Bermula dari kawasan, negeri dan pusat. Bertahun masa yang saya ambil, tetapi yang dalangnya seorang yang berkuasa di kawasan, negeri dan sangat rapat dengan pimpinan pusat, terutamanya presiden ketika itu. Akibatnya saya dipecat dari PAS.

Dengan terbitnya buku ini, rasanya sekali lagi saya akan diserang oleh pimpinan dan ahli PAS. Pasti saya dituduh kurang ajar terhadap Ulama, lawan Ulama dan cuba merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Suka saya tegaskan, menentang Ulama sebagai pewaris nabi, bukan cita-cita saya. hanya sekadar mengingatkan dan menegur imam yang batal solatnya kerana terdapat najis cicak di tapak kaki imam itu. Najis itu terlalu kecil dan berada di bawah telapak kaki, tentunya si imam tidak sedar yang dirinya bernajis. Menjadi tugas makmum yang melihat najis itu membuat teguran. Saya menulis ini bukan atas platform mana-mana parti tetapi atas platform ISLAM.

Maka harapan saya, agar ALLAH menerima ini sebagai satu ganjaran baik untuk semua pihak. Inilah sahaja satu cara yang masih ada bagi saya untuk sama-sama mengajak pembaca dalam membuka minda dalam mengutamakan ISLAM, bukan pimpinan. Kita semua tahu, RASULULLAH pernah menyebut, jika anaknya Fatimah melakukan jenayah, tetap dihukumnya walau Fatimah itu puteri kesayangan baginda. Peringatan-peringatan begini sering disebut oleh Ulama PAS dalam kuliah mereka sebelum ini dalam usaha memantapkan akidah ahli. Saya sedar teguran atau pandangan ini, agak berat untuk diterima oleh ahli PAS. Saya juga sedar tindakan ini amat mencabar, terlalu amat pahit tetapi terpaksa juga ditelan kerana di situ tersembunyi penawar yang mujarab.
_________________________________________________________________

Berikut adalah bahagian pertama penulisan dalam buku KAFIRKAH AKU? oleh Cikgu Non. Dalam memastikan PAS tidak tersasar dari matlamat asal perjuangan mereka yang kini telah tersasar, Cikgu Non cuba untuk menegur pimpinan PAS melalui penulisan beliau beberapa buah buku tulisan beliau termasuklah buku KAFIRKAH AKU?

Cuba kita lihat perenggan kedua, Cikgu Non menyatakan bahawa PAS sememangnya pernah mengkafirkan orang-orang yang tidak menyokong mereka ( UMNO ) dengan kenyataan oleh Ustaz Harun Taib iaitu " Ustaz Harun Taib memberi komen bahawa isu dua imam dan kafir mengkafir telah lama PAS  tinggalkan ". Namun apa yang pasti "fatwa" yang mengkafirkan rakyat Malaysia yang tidak menyokong mereka hanya sementara sahaja. Kini setelah mereka berpelukan dengan DAP, Cina kafir yang secara terang-terangan menentang ISLAM menjadikan mereka sebagai rakan politik. Semata-mata untuk mencapai matlamat mereka "menakluk" Putrajaya. Jika dahulu mereka menentang UMNO yang bersepakat dengan MCA, MIC dan lain-lain parti, kini nampaknya mereka lebih teruk dari UMNO. Namun amanat Hj Hadi tidak dilupakan oleh pengikut mereka yang taksub walaupun PAS telah melupakan "fatwa" mereka dahulu.

Penulis akan terus menghidangkan hasil tulisan Cikgu Non di masa akan datang. Jangan lupa untuk mendapatkan senaskah buku KAFIRKAH AKU? 

0 comments :: Pahit itu penawar

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET