Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Bagaimana Melayu akan hilang kuasa,maruah dan hak


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kita ke Hadrat Ilahi yang masih lagi memberi kita peluang untuk terus bernafas di muka bumi. Moga hari-hari yang kita lalui dipenuhi dengan amalan yang baik-baik. Begitu juga dengan hari-hari yang mendatang, tanamlah azam dan niat untuk terus berbuat kebaikan bahkan dengan lebih baik dan ikhlas.

Alhamdulillah, hari ini mungkin rezeki untuk penulis. Setelah beberapa bulan yang lepas penulis berusaha untuk mendapatkan walaupun senaskah buku tulisan C.N Al-Afghani, KAFIRKAH AKU? yang dikatakan membongkar perkara sebenar tentang PAS, akhirnya tanpa dikenakan walaupun 1 sen, penulis bukan sahaja tidak perlu membayar malah mendapat lebih dari apa yang diingini iaitu 2 buah buku.



Oleh kerana buku ini baru sahaja diperolehi, penulis akan terlebih dahulu membaca dan penulis akan cuba membuat ulasan dalam penulisan yang akan datang.


Penulis sebenar lebih tertarik berkongsi cerita bersama pembaca berkenaan isu yang diwar-warkan oleh media alternatif pro-kerajaan iaitu Kuasa Orang Melayu akan hilang jika Pakatan Rakyat memerintah. Dan secara kebetulannya rakan facebook penulis sendiri yang mempersoal dan mempertikai kenyataan seperti di atas.



Rata-rata rakyat Malaysia tidak memahami mengapa dikatakan Orang Melayu akan hilang kuasa bahkan akan hilang segala-galanya seperti yang berlaku di Singapura contohnya. Apa yang pasti, kita selaku rakyat Malaysia perlu tahu sekurang-kurang beberapa perkara berikut.


PERTAMA : Demokrasi

Kita perlu tahu bahawa dalam sistem Demokrasi, pemerintah akan dipilih melalui pilihanraya dan parti yang menang secara majoriti akan dipilih untuk mentadbir negara. 


KEDUA : Perdana Menteri akan dipilih daripada wakil majoriti yang menang

Sebagai contohnya UMNO merupakan majoriti dalam Barisan Nasional dan kerusi Parlimen juga majoriti dimenangi oleh UMNO berbanding parti-parti lain dalam pakatan Barisan Nasional. Oleh itu Perdana Menteri dipilih dari kalangan wakil dalam UMNO. Lainlah kalau UMNO dengan rasa baik hatinya menyerahkan jawatan Perdana Menteri untuk di isi oleh wakil dari MCA mahupun MIC.

Berbalik kepada pihak pembangkang, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa DAP akan mendominasi Pakatan Rakyat apabila ingin meletakkan 90 calon parlimen, diikuti masing-masing 66 calon bagi PKR dan PAS. Di sini kita perlu ingat bahawa calon Melayu yang akan diletakkan oleh DAP semesti sedikit sahaja apabila kita lihat keputusan CEC DAP yang baru lepas dengan tidak ada walau seorang pun wakil Melayu dalam jawatankuasa pusat DAP. Untuk tidak terlepas sokongan daripada orang Melayu maka dikatakan berlakunya salah kira kertas undi hanya kerana untuk meletakkan calon Melayu walaupun seorang. Itupun bukan Melayu tulen. Bagi PKR pula, kita lihat betapa ramai calon-calon bukan melayu yang secara kasarnya lebih ramai dari calon Melayu dalam PKR. Baru-baru ini, kita dikhabarkan bahawa PAS juga akan meletakkan calon bukan Islam yang pastinya bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang. Jadi, siapa yang lebih mendominasi Pakatan Rakyat pada hakikatnya? Islamkah atau Kafirkah?

Apa yang pasti, didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA, tidak termaktub bahawa calon Perdana Menteri hanya boleh dijawat oleh Orang Melayu. Ini bermakna, secara Perlembagaannya, orang bukan Melayu pun layak menjadi Perdana Menteri. Ia berbeza dengan Perlembagaan setiap negeri contohnya di Perak. Jika diikut, wakil dari DAP yang sepatutnya menjadi Menteri Besar tetapi dalam perundangan Negeri Perak, terdapat klausa dimana Raja/Sultan berkuasa melantik Menteri Besar dan calon Menteri Besar mestilah Orang Melayu. Bukan seperti yang dikatakan oleh facebooker berikut yang seolah-olah pandai bab Perlembagaan tapi sebenarnya tidak.





KETIGA : Penggubalan Undang-undang

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut cara-cara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan Perlembagaan Persekutuan. Proses-proses awal penggubalan Undang-undang boleh anda lihat dalam buku Pengetahuan AM tingkatan 6 ataupun google sahaja. Apa yang saya ingin jelaskan di sini bahawa selepas satu-satu Rang Undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan mendapat kelulusan daripada Dewan Negara, rang undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat persetujuan Baginda dan diperkenankan untuk dijadikan undang-undang. Jika YDPA tidak memperkenankan dan tidak bersetuju, rang undang-undang tersebut akan dikembalikan ke Dewan Rakyat untuk diteliti dan dibahas, proses yang sama juga dilakukan di Dewan Negara. Apabila mendapat kelulusan Dewan Negara kali kedua, rang undang-undang tersebut akan dipersembahkan sekali lagi kepada YDPA. Kali ini, sama ada YDPA bersetuju atau tidak, selepas 30 hari, rang undang-undang tersebut akan diwartakan sebagai undang-undang.

Jadi? bagaimana kita akan mengatakan undang-undang akan mempertahankan hak kita sebagai tuan rumah di negara ini? Perkara ini akan terjadi sekiranya pembangkang mewakili negara sebagai pemerintah terutamanya jika majoriti ahli parlimen adalah bukan berbangsa Melayu dan ia amat bersesuaian dengan calon ahli parlimen yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat adalah didominasi oleh bukan Melayu.

Anda ingat perkara ini tidak berlaku apabila mereka yang memerintah. Lihatlah Singapura, pada awalnya, Presiden adalah berbangsa Melayu, kemudian diikuti oleh India, dan hingga sekarang, Presidennya adalah Cina. Sama seperti tindakan mereka yang meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Tindakan yang disifatkan sebagai gula-gula untuk mengkaburkan mata Orang Melayu.


KEEMPAT : Populasi rakyat Malaysia mengikut KAUM

Perkara keempat ini pasti anda tidak percaya tapi ini hakikat yang akan berlaku. Peratus penduduk orang Melayu di Malaysia tidaklah seramai peratusan orang Melayu bagi Indonesia yang tidak kisah pun hendak dipecah berapa. Mereka masih lagi majoriti. Mengikut bancian yang dilakukan oleh  Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, Orang Melayu mewakili 50.1% sahaja manakala Cina 22.6, India 6.7 dan selebihnya lain-lain bumiputera.

Namun apabila Pakatan Rakyat berkuasa, DAP akan berusaha untuk meningkatkan jumlah penduduk Cina yang pastinya akan menyokong mereka dalam memastikan perancangan jangka panjang berjaya. Langkah pertama yang akan dilakukan oleh DAP, mereka akan memasukkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Ini kerana Singapura mempunyai penduduk lebih kurang 4.8 juta dengan 77% adalah orang Cina iaitu seramai 3.69 juta Orang. Itu belum lagi dikira yang mereka akan membawa masuk warga cina dari China untuk diberi kewarganegaraan. Jika perkara ini terjadi, maka Malaysia akan menerima nasib seperti Singapura sekarang. 

Kita memang telah mendengar ura-ura yang menyatakan jika DAP berkuasa, Singapura akan dimasukkan ke dalam Malaysia. KIta perlu ingat, orang Melayu di Malaysia cuma 50.1 % sahaja. Ini bermakna bukan Islam lebih dari 40% dari penduduk Malaysia. Jika kemasukan Singapura ke Malaysia menjadi kenyataan, ini bermakna populasi penduduk berubah menjadi bukan Islam mewakili 50% lebih berbanding Melayu dan bumiputera Islam yang lain.


KELIMA : Raja dan Sultan

Jika Raja dan Sultan menjadi penghalang kepada mereka dalam mencapai matlamat, berkemungkinan mereka akan cuba menjadikan Malaysia sebuah negara Republik. Jangan kata perkara seperti ini akan berlaku. Malaysia boleh diubah dari sebuah negara Demokrasi Berpelembagaan kepada Republik. Dengan situasi rakyat yang sudah tidak lagi menghormati Raja dan Sultan, bahkan ada juga yang membenci ( orang Melayu sendiri ) Raja dan Sultan, mereka pastinya akan menyokong sebarang usaha dalam menghapuskan sistem beraja di negara ini. 

Masih ingatkah anda bagaimana keputusan hendak dibuat semasa ingin memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dahulu? Bagaimana keputusan dapat dibuat sama ada mahu menyertai atau tidak? Bagaimanakah caranya? Ya..caranya adalah dengan membuat reforandum di seluruh negara. Jika jumlah bersetuju lebih ramai dari tidak, bermakna Malaysia akan bertukar wajah dari Demokrasi kepada Republik.


KEENAM : Persempadanan kawasan pilihanraya

Usah kata tidak, apabila DAP berkuasa, demi untuk memastikan pilihanraya yang akan datang terus dimenangi oleh mereka dengan mudah tanpa bantuan daripada PAS atau PKR, persempadanan kawasan pilihanraya akan dilakukan. Dari situ kita akan lihat banyak kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berubah dengan lebih memihak kepada mereka tanpa perlu mereka menerima undi dari orang Melayu. Ketika itu, bukan sahaja Melayu UMNO yang menerima kesan tetapi tidak terlepas juga kepada Melayu PAS dan Melayu PKR.






Penulis tahu, tuan-tuan dan puan-puan akan mengata penulis sahaja mereka cerita dan membuat fitnah. Sengaja ingin menakut-nakutkan semua orang melayu dengan harapan mereka akan memberi undi kepada UMNO. Tetapi tahukan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagaimana PAP buat dalam memastikan penduduk cina adalah majoriti? Diimportnya dari negara China. Jadi tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan oleh mereka apabila mereka berkuasa.Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bagaimana PAP mengusir Melayu Singapura keluar dari satu-satu kawasan? Diternaknya babi secara besar-besaran di perkampungan Orang Melayu.


Masih ingatkah tuan-tuan dan puan-puan bagaimana Cina Komunis DAP cuba menghalau rang Melayu keluar di Kuala Lumpur selepas mereka memenangi pilihanraya yang selepas itu menyebabkan berlakunya 13 Mei 1969? Tapi tahukah tuan-tuan dan puan-puan, usaha yang sama juga dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang ( pulau ). Melayu dihalau tanpa kita semua sedari. Tektik yang lebih lembut digunakan supaya mereka tidak gagal seperti apa yang bapa Lim Guang Eng sebelum berlakunya tragedi berdarah 13 Mei. Mereka tahu, Orang melayu tidaklah sekaya mana pun. Orang Melayu sudah pasti tidak mampu membeli rumah yang berharga RM400 000.00  ( Empat ratus ribu ringgit ) yang mereka war-warkan sebagai rumah mampu milik. Tanah-tanah milik Orang Melayu yang jika ditafsirkan mengikut harga semasa contohnya RM500 000.00 satu ekar akan mereka tawarkan dengan harga yang jauh lebih tinggi. Mungkin RM 1 000 000.00 atau lebih. Maka Orang Melayu yang sememangnya terkenal dengan suka menjual harta tanpa berfikir panjang terus menjual. Satu demi satu tanah milik Orang Melayu dibeli. Jika terdapat Melayu yang berkeras tidak mahu menjual, mereka gunakan alasan PEMBANGUNAN dan membayar pampasan dengan harga yang jauh lebih murah dari yang sepatutnya.

Tidak seperti di Terengganu, kerajann negeri mahu pun kerajaan pusat tidak memaksa pemilik-pemilik tanah supaya menjual tanah mereka. Sebab itulah projek lebuh raya pantai timur tidak dapat diteruskan dan hanya mampu sampai ke Jabor, Kuantan sahaja. Andai kata di terengganu ditadbir oleh DAP, adakah kita ingat mereka tidak memaksa pemilik tanah supaya menjual? Hanya dengan menggunakan alasan PEMBANGUNAN, tanah tersebut boleh dirampas tanpa perlu membayar 1 sen pun. Tapi kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional yang  diterajui oleh UMNO tidak mungkin berbuat sedemikian. 

Anda ingat jika DAP berkuasa dalam kerajaan pusat, Kg Baru, Kuala Lumpur akan dibiar sebegitu? Penulis amat pasti dan yakin kesemua penduduk Kg Baru akan dihalau untuk tujuan pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah mereka ingat DAP akan berunding sepertimana yang dilakukan oleh UMNO/BN? Anda ingat jika DAP berkuasa, penduduk Kg. baru boleh menggunakan alasan Tanah Rizab Melayu dalam mempertahankan hak mereka. Ketahuilah bahawa ketika itu Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera telah pun dihapuskan termasuklah akta tanah yang berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu.


Tuan-tuan dan puan-puan,

Mahukah kita melihat perkara seperti yang penulis sebutkan di atas berlaku dahulu baru tuan-tuan dan puan-puan mahu percaya? Ketika itu menangis air mata darah sekali pun, keadaan tetap tidak akan berubah. Menyesal macam mana pun, dah tidak berguna. 

2 comments :: Bagaimana Melayu akan hilang kuasa,maruah dan hak

  1. aien pown ada buku nie.. tapi tak habis baca lg.. :)

  2. You have 2 book rite? Post one to me asap.. Hahah .

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET