Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Tak boleh ke UMNO tiru cara PAS untuk selesaikan isu tanah?


Assalamualaikum...

Tulisan kali ini sekadar suka-suka sahaja. Bukan untuk mengutuk atau mengata sebaliknya sekadar bertanya kepada masyarakat di luar sana, bersetujukah anda jika BN yang memerintah bagi beberapa buah negeri dan kerajaan pusat dengan meniru cara PAS bagaimana untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah @ isu tanah.


"Berita" di atas penulis print screen di HarakahDaily. Seperti biasa mereka akan penuhi cerita-cerita di akhbar mereka dengan cerita salah orang lain sahaja dan cerita yang mereka tonjolkan tentang mereka pula semuanya baik-baik. Sebab itulah "hardcore" PAS tidak mempercayai apa juga orang lain cakap walaupun disertakan bukti yang kukuh sekali pun. Contohnya seperti TG Haji Hadi yang mengatakan CCTV yang merakam seorang lelaki sedang membalun gadis Cina sebagai besi dan tidak boleh dijadikan bukti.

Berbalik kepada isu tanah, tidak bolehkah jika kerajaan BN mencontohi cara penyelesaian isu tanah yang dilakukan oleh PAS, kerajaan negeri Kelantan?

Cara dia (cara PAS Kelantan) cukup senang dalam menyelesaikan isu tanah. Panggil sahaja mana-mana ahli DAP, terutamanya yang berjawatan tinggi dalam parti, tidak kira peringkat pusat mahupun peringkat negeri dan berikan tanah tersebut kepada mereka atas dasar perniagaan. Maka masalah isu tanah akan selesai dengan cara automatik. Jika ada rakyat yang datang merayu-rayu dan menangis hingga keluar air mata darah sekali pun, abaikan sahaja kerana masalah isu tanah telah selesai dengan memberikan kepada ahli DAP atas dasar perniagaan.

Berita-berita seperti di bawah yang bakal menyusul, sila abaikan sahaja. Itulah cara PAS Kelantan selesaikan isu tanah.



#inikalilah kita LAUNGKAN #TIDAKSAMASEKALILAH kepada Pakatan Rakyat.



 
Undilah BARISAN NASIONAL
 

0 comments :: Tak boleh ke UMNO tiru cara PAS untuk selesaikan isu tanah?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET