Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Bongkar!!! Orang tua pengundi PAS tertipu!!!


Assalamualaikum....

Penulis hari ini terbaca banyak hasil penulisan sama ada dari Harakah, Keadilandaily, Sinar Harian mahupun blogger-blogger pembangkang dan juga blogger pro-kerajaan. Apa yang penulis dapat ringkas di sini ialah DAP bercadang untuk mengkuburkan sepenuhnya pengaruh PAS dan Orang-orang tua yang hanya mengenali lambang PAS sebagai parti alim ulamak akan tertipu dalam memberikan mereka memangkah calon nanti.



Mengapa penulis berpendapat sedemikian, perkiraannya cukup mudah. Mereka, iaitu orang cina wakil dari DAP telah mengetahui bahawa orang Melayu terutamanya orang-orang tua yang pastinya sudah kabur penglihatan malah mungkin ada yang tidak pandai membaca akan terus memangkah lambang PAS tanpa melihat nama calonnya. Pada mereka, calon PAS pastinya orang Melayu yang bergama Islam dan juga mungkin seorang "ulamak". Jadi, bagi memperoleh sokongan dan undi dari orang Melayu, mereka akan menggunakan lambang PAS.

Persoalan juga turut timbul, mengapa bukan lambang PKR yang ingin mereka gunakan? Perlu diingat juga di sini, orang-orang Melayu yang tua seperti penulis katakan di atas sudah tidak lagi mempercayai Parti PKR terutamanya apabila ia berkait rapat dengan sikap dan moral ketua umum pembangkang yang popular dengan video lucah yang pelbagai versi, ada versi lelaki bersama perempuan dan ada juga versi lelaki bersama lelaki.



Kepimpinan tertinggi PAS pula dengan senang hati memberikan kebenaran kepada Cina DAP menggunakan lambang mereka tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Tanpa sebarang kesangsian mereka membuat keputusan dengan mengizinkan DAP menggunakan lambang PAS. Bukan setakat Husam sahaja yang telah menyatakan pendirian seperti itu malah kepimpinan tertinggi PAS yang lain sebelum ini ada menyatakan kenyataan yang sama termasuklah Nik Aziz dan Mustapha Ali yang menyerupai pelakon video lucah yang terbaru.

Walhal ROS telah menyatakan bahawa DAP boleh menggunakan lambang mereka iaitu roket dalam pilihanraya yang bakal tiba. Seperti yang telah berlaku kepada UMNO-BN sebelum ini, yang menyebabkan parti UMNO diharamkan. Penyelesaian oleh Tun Mahathir ketika itu adalah menubuhkan parti UMNO baru. Apa susahnya kan?

Mengapa belum apa-apa pun lagi berlaku, DAP terus menyatakan untuk menggunakan lambang PAS? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menipu warga-warga tua yang semestinya tidak akan mengundi malah tidak sesekali menerima mereka dalam perjuangan unutk menubuhkan sebuah negara Islam yang sememangnya Malaysia ini telah diakui umum, diakui seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara ISLAM.

SATU SAHAJA PERTANYAAN PENULIS, JIKA CALON PAS YANG BERAGAMA ISLAM PERLU DAN WAJIB MELAFAZKAN BAIAH JATUH TALAK TIGA JIKA KELUAR DARI PARTI, MAKA BAIAH APA PULA YANG PERLU DILAFAZKAN OLEH CALON DAP YANG MENGGUNAKAN LAMBANG PAS?

 PAS, usahlah kamu terus tertipu, sedarlah.

0 comments :: Bongkar!!! Orang tua pengundi PAS tertipu!!!

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET