Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

LELONG!! Signal King 16000000G 48dBi untuk dijual RM50.00/unit

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini penulis sekali lagi bukannya mahu menerbitkan entri berunsur politik sebaliknya penulis mahu mendedahkan kepada umum yang mungkin tidak seberapa ramai yang mengetahui akan kewudujan gadjet ini.

Apa yang menggusarkan penulis adalah, terdapat beberapa golongan remaja masa kini sudah tidak mempunyai daya usaha untuk maju dan hanya mahukan sesuatu tidak kira apa jua bentuk SECARA PERCUMA. Adakah kita boleh salahkan pihak pembangkang ( PR ) yang hanya pandai menanam dan memberi harapan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada Orang Melayu untuk mendapatkan sesuatu secara percuma. Mereka menjanjikan hampir banyak perkara untuk diberikan secara percuma asalkan rakyat mengundi mereka semasa PRU ke 13 nanti. Ops.. penulis terlupa bahawa entri kali ini untuk tidak menyentuh berkaitan politik. Maaf ye.

Mendapatkan sesuatu secara percuma adalah tidak salah sebenarnya. Itu adalah satu kebaikan untuk semua sebenarnya kerana kita tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang dan kita boleh gunakan bahagian wang tersebut untuk sesuatu yang lain. Namun apabila semua perkara dijanjikan dengan percuma, maka sudah pasti akan rasa malas dan rasa tidak perlu bertanggungjawab. Hanya kerana semua perkara boleh diperolehi dengan percuma.

Penulis ingin memperkenalkan kepada anda semua para pembaca, kini sudah tersebar luas di negara kita satu teknologi yang hanya dijual sekitar RM 100 sehingga RM 200 untuk setiap satu. Pengguna hanya perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk kali pertama sahaja untuk mendapatlkannya dan akan mengeluarkan sekali lagi wang jika didapati rosak dan perlu mendapatkan yang baru. Peralatan ini adalah keluaran Negara China dan Taiwan.


2 produk tersebut adalah Wifi Sky dan Signal King yang pada asalnya digunakan untuk menarik signal wifi dan menstabilkan kelajuan. Ini kerana terdapat pihak yang menyediakan access wifi secara percuma. Namun kewujudan 2 produk tersebut disalahgunakan oleh hampir majoriti pengguna yang mengambil jalan mudah dengan "crack" dan "hack" wifi jiran-jiran untuk kegunaan diri sendiri tanpa perlu meminta kebenaran terlebih dahulu.












Kita semua tahu kegunaan software Back Track dan juga Beini adalah untuk hack dan crack password wifi. Hanya dengan beberapa klik dan beberapa minit menunggu, maka kita akan dihidangkan beberapa wifi dengan passwordnya sekali. Tanpa meminta izin untuk menggunakan wifi yang bukan kita bayar, tidakkah itu kita namakan sebagai MENCURI?








2 produk tersebut tersangatlah mendapat sambutan terutamanya dari kita warga ISLAM MELAYU hanya untuk mendapatkan internet percuma. Ya!! semenangnya percuma di dunia tapi tentu sekali TIDAK diakhirat. Jika ianya digunakan dengan betul, tidak ada masalahnya. Cuma bukan digunakan untuk MENCURI internet orang lain.

Apabila kita lihat, satu-satu wifi tersebut disertai dengan password, maka ia bukannya untuk kegunaan orang ramai.



Klik LIKE dan SHARE jika anda meminati.

0 comments :: LELONG!! Signal King 16000000G 48dBi untuk dijual RM50.00/unit

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET