Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Selamatkan WIFI anda dari dicerobohi

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini penulis ingin memberi sedikit tips kepada pemilik-pemilik wifi berkenaan keselamatan dari sebarang pencerobohan dan kecurian line wifi anda semua. Jadi secara amnya, penulis bukanlah mahu berpolitik dalam entri ini.

Bagaimana untuk mengelak wifi dari dicerobohi tanpa izin kita sedangkan kita telah meningkatkan tahap keselamatan dengan menggunakan password yang mungkin panjang berjela mahupun menggunakan WPA/WPA2. Kononnya jika menggunakan WEP, password wifi kita memang senang di "crack" dan mereka dengan sesuka hati menggunakan wifi tanpa mengeluarkan wang untuk membayar bil streamyx setiap bulan.

Bagi pengguna persendirian, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut.



  1. Langkah pertama adalah Logon ke http://192.168.1.1 dan seterusnya memasukkan username dan password. Bagi pengguna streamyx yang menggunakan modem D-LINK seperti penulis, default username dan password adalah tmuser ataupun tmadmin.


2. Paparan web adalah seperti di atas selepas anda login. Terus klik advanced untuk ke paparan wireless setting yang membolehkan kita edit apa yang perlu.


3. Setelah paparan seperti berikut terpapar, maka klik sahaja butang Advanced Settings. Lain-lain modem mungkin berlainan cara namun yang pasti, carilah wireless settings. Itu sahaja.


 4. Pergi ke bahagian ssid  dan edit 2 perkara di sini. Pertama tick kn bahagian visibility status dari visible kepada invisible. Dengan ini pengguna lain yang berniat untuk menceroboh wifi untuk kegunaan mereka tanpa meminta kebenaran dari anda tidak akan perasan kewujudan wifi anda. Yang kedua, sila edit Max Clients. Anda perlu pastikan berapa orang user di dalam rumah anda. Jika hanya anda seorang sahaja dan anda menggunakan 2 device seperti smart phone dan laptop, set kan sahaja kepada 2. Dengan ini, pencuri-pencuri yang lain sudah pasti tidak dapat menggunakan wifi anda walaupun mereka tahu kewujudan wifi anda malah turut mengetahui password yang anda gunakan. Cuma pastikan anda sentiasa On kan kedua-dua device tersebut.



5. Segalanya selesai setelah anda klik apply. Maklumat-maklumat yang diubah tadi akan disimpan.

Bagaimana? Senang sahajakan untuk melindungi dan mengelak pencuri-pencuri daripada menggunakan wifi kita tanpa meminta kebenaran. Adakah mereka boleh kita laporkan kepada pihak polis dan mendakwa atas kesalahan mencuri, menggunakan wifi yang kita langgan dan bayar setiap bulan tanpa meminta kebenaran daripada kita terlebih dahulu?

Oh..sebelum terlupa, jika paparan web 400 - BAD REQUEST. Refresh sahaja page tersebut.



Klik SHARE dan LIKE jika anda meminati.

0 comments :: Selamatkan WIFI anda dari dicerobohi

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET