Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Harakah dan Keadilan tidak berani keluarkan berita ahli parti mereka yang bertanding bebas, tanding kawasan sama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Penulis terbaca artikel dari blogger TPB berkaitan dengan sikap setiakawan dalam parti dan pertambahan calon bebas dalam PRU kali ini. Klik di sini untuk membaca. Blogger TPB hanya melaporkan calon-calon bebas dari parti BN sahaja tanpa teringat calon bebas yang datangnya dari parti PAS, PKR dan DAP yang ternyata lebih ramai jika dibandingkan dengan calon bebas dari BN. Adakah blogger TPB pun ingin menjadi seperti akhbar Harakah mahupun Keadilandaily?

Jika saudara TPB ingin melaporkan berita secara adil, TPB sepatutnya menyampaikan juga calon bebas dari PAS, PKR dan DAP yang bertanding menentang parti mereka sendiri. Malah yang lebih teruk apabila dalam satu DUN atau Parlimen, didapati PAS dan PKR turut bertanding dalam kawasan yang sama. Ini lebih memalukan berbanding jika terdapat ahli parti yang bertanding atas tiket bebas.

Jika berita berkaitan yang memberi keuntungan kepada mereka, amat cepat dan pantas mereka sampaikan hinggakan kadang-kadang ia turut ditokok tambah dengan cerita yang lebih "panas" yang pastinya hanya fitnah semata-mata. Berita-berita mereka lebih kepada menghasut rakyat supaya membenci seteru mereka, bukannya berita berbentuk percambahan minda yang membolehkan masyarakat yang membaca berfikir antara baik dan buruk.

Cuba lihat print screen di bawah, ada atau tidak mereka melaporkan berita ahli mereka iaitu PAS, PKR dan DAP yang bertanding sebagai calon bebas ataupun mereka bertanding dalam kawasan yang sama? Pasti tidakkan?








0 comments :: Harakah dan Keadilan tidak berani keluarkan berita ahli parti mereka yang bertanding bebas, tanding kawasan sama

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET