Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Kisah kedai gunting dan rakyat Malaysia


Assalamualaikum...w.b.t

Penulis terbaca satu cerita menarik dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad. Samada cerita ini satu ciptaan ataupun sememangnya benar tetapi penulis tergelak sakan semasa membaca. Adakah ia sekadar rekaan semata-mata untuk memerli manusia bernama MELAYU ataupun sememangnya benar berlaku, tapi itulah perangai manusia MELAYU. Sama-sama kita baca dan nilailah sendiri kebenarannya.

_______________________________________________________________________________

 Jom Relax!

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun meninggal dunia

Cerita ini tentang seorang peggunting rambut di Bandar Paris France, baru membuka kedai gunting rambutnya, dia letakkan papan tanda yang beliau akan memberi perkhidmatan percuma kepada pelancong yang ziarah Paris.

Seleas beberapa hari kedainya dibuka, ada seorang pelancong dari negara German datang ke
kedai guntuing rambutnya untuk potong rambut. setelah memtong rambut, si penggunting rambut itu kata "untuk kamu pelancong, saya bagi percuma". Keesokkan pagi, di depan pintu kedai itu, terdapat sebuah hadiah yang isinya coklat yang mahal dan ada surat terselit di hadiah itu mengatakan
"Terima kasih semoga Tuhan merahmati kamu" dari pelancong german semalam.

Beberapa hari lepas itu, pelancong Britain pula datang ke kedai gunting rambutnya, setelah gunting rambut, si penggunting rambut itu berkata benda yang sama seperti pelancong german lepas. keesokkan pagi, dia terjumpa Bunga Ros yang cantik dan ada surat mengatakan " Terima kasih, semoga Tuhan merahmati kamu" dari pelancong Perancis semalam.

Beberapa hari selepas itu, Pelancong Malaysia datang ke kedai gunting rambut dia, setelah menggunting rambut, Si penggunting rambut itu berkata perkara yang sama seperti pelancong German dan Perancis tempoh hari.

Keesokkan paginya, terkejut besar si penggunting rambut itu kerana di depan pintu kedainya adalah pelancong Malaysia yang datang ke gunting rambutnya semalam bersama 7 orang sahabatnya dari Malaysia.

_______________________________________________________________________________

Sekian kisah untuk kali ini.

 

0 comments :: Kisah kedai gunting dan rakyat Malaysia

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET