Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Bicara tentang ujian

Assalamulaikum....w.b.t




Alhamdulillah, aku sedar pagi tadi. Tengok-tengok aku masih bernafas. Bersyukur aku diberi peluang untuk menambahkan amal ibadat dan yang penting diberi peluang untuk bertaubat, untuk mensucikan diri dari segala dosa-dosa kecil atau besar.





Ahad nanti, 28 November 2001, aku amat benci dan tidak suka akan kedatangannya untuk tahun ini. Mengapa? Ah...aku terpaksa memerah otak, terpaksa berfikir, terpaksa menjawab, terpaksa, terpaksa, dan terpaksa. Exam midterm lah, ape lagi kan?. Mengapala ada ujian dalam dunia ni..Hehehehe 


Namun bila difikir kembali, hidup kita di dunia ini pun sebenarnya satu ujian. Ujian di mana untuk membuktikan apa yang telah roh-roh kita janjikan semasa di alam roh dan di alam rahim. Kita mengakui dengan penuh percaya bila ditanya siapakah tuhan kamu. Tanpa sangsi dan tanpa ragu-ragu kita menjawab Allah lah tuhan ku. Lalu kita diturunkan ke dunia untuk diuji. Adakah kita seperti yang telah kita janjikan dahulu.


Dari hari pertama lahir ke dunia, kita secara automatiknya berada di alam peperiksaan dan ujian. Untuk memastikan adakah kita akan seperti yang kita janjikan. Maka kita dilahirkan di dalam pelbagai jenis keluarga bangsa. Ada Cina, India, Melayu, English a.k.a mat salleh, Arab, siam, jepun, korea dan pelbagai bangsa yang lain. Dan untuk memastikan adakah kita seperti yang kita janjikan, maka kita dilahirkan di dalam pelbagai bentuk agama. Jika dilahirkan di dalam keluarga Islam, maka tentunya kita amat bertuah. Tiada kekangan dari mana-mana pihak. Kita bersyukur di lahirkan di dalam sebuah keluarga Islam, Ibu nya Islam, ayahnya Islam, datuk dan nenek juga Islam, maka kita secara automatiknya juga merupakan seorang penganut agama Islam.




Lalu, bagaimana pula dengan mereka-mereka yang tidak bernasib baik seperti kita yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga Islam? Di situ mereka telah diuji sama ada mereka seperti yang mereka janjikan. Mentauhidkan Allah..bagi mereka yang berjaya, mereka akhirnya akan kembali kepada agama Allah, Islam dan menjadi salah seorang hamba yang taat dan bertaqwa. Namun, tidak semuanya bernasib baik seperti itu. Hampir keseluruhannya akan mati dalam kekufuran. Lalu bagaimana dengan nasib mereka? Tidakkah mereka telah gagal dalam ujian  yang diberikan? Maka hanya satu sahaja tempat untuk mereka. Neraka jahanam.....Nauzubillah....





Bagaimana dengan kita? Adakah kita berpuas hati dan cukup dengan hanya sekadar dilahirkan didalam sebuah keluarga Islam dan akhinya kita juga akan menjadi seorang Islam. Jangan kamu mudah lalai. Lahirnya kamu di dalam sebuah keluarga Islam, seorang Islam belum tentu kamu merupakan ahli Syurga. Kamu dijanjikan Syurga apabila kita taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Namun itu belum tentu akan menjadi asset untuk ke Syurga.


Pernah ada satu cerita, di Akhirat kelak , Allah mengatakan bahawa ka mu (semua umat manusia) akan memasuki Syurga dengan  RahmatKU   tetapi terdapat seorang ulamak/mualim telah mencabar dan mengatakan bahawa dia akan memasuki syurga dengan segala amal kebaikan yang dilakukan semasa berada di dunia. Lantas, Yang Maha Adil mula mengungkit (xsesuai digunakan perkataan mengungkit sebenar tapi terpaksa kerana aku tidak terfikir untk menggunakan perkataan apa yang lebih sesuai. maaf) semua kemudahan dan anugerah yang diberikan seperti mata, hidung, telinga, kaki, tangan dan lain-lain supaya dibayar. Akhirnya, si mualim tersebut terpaksa mengakui bahawa untuk ke syurga adalah melalui Rahmat Allah dan bukannya sebanyak mana amalan dan pahala yang dia ada..


Kita hidup di dunia semata-mata untuk menempuhi ujian dari Yang Maha Kuasa..Andai kita berjaya dalam ujian tersebut, maka kitalah orang yang berjaya sebenarnya. Walaupun kita bukannya mualim atau lebai atau tinggi ilmunya. Ujian dengan kata lain, sebahagian dari kehidupan kita sebenarnya.








p/s : ujian yang paling genting ialah ujian semasa menghadapi kematian. Datangnya Iblis laknatullah untuk menggoda dan menyesatkan sekalian manusia supaya kufur kepada Allah..
p/s : Doa kan aku melepasi ujian  midterm yang tak seberapa ini jika ingin dibandingkan dengan ujian Allah.
p/s : Setiap manusia diuji dengan ujian yang sama tahap dengan imannya. Makin tinggi ilmu dan imannya, maka makin besarlah ujian yang menantinya.

2 comments :: Bicara tentang ujian

  1. pergh ko asal!!
    ilimiah sgt nie .. abe long

    bts

  2. bts tuh ape wei?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET