Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Surat cinta utk yg tersyg 3 : Aku Keciwa akhirnya

Perkiraan aku hari pertama aku in relationship sehingga ke hari ini, Aku rasakan amat singkat. Aku sebenarnya amat keciwa dengan keputusan mu. Namun, apa yang aku boleh buat setelah kamu membuat keputusan memutuskan perhubungan kita. Maka ternyata benarlah kegusaran kamu sebelum ini. Aku masih ingat kamu berpesan, " jagalah perhubungan kita kerana ayang mempunyai tabiat yang satu-satu perhubungan kebiasaannya tidak lebih dari 2 bulan ". Aku cuba untuk menjaga sebaik yang mungkin namun dalam berjaga-jaga, akhirnya tabiat tetap tabiat. Benar kata orang tua-tua, jika orang katakan sebuah bukit boleh berubah, kamu masih boleh mempercayainya tapi jika orang katakan perangai dan tabiat manusia berubah, jangan sesekali kamu mempercayainya.


Kamu putuskan dengan hanya menghantar 1 sahaja mesej ringkas pada 06.19.45 pagi tadi, " shada rsa kta xleh b'sama ag " ............... beberapa kali aku cuba hubungi kamu. Bukan untuk merayu, bukan untuk memaksa. Cuma sekadar bertanyakan mengapa. 


Namun, aku bersyukur mengenali kamu. Aku bersyukur mempunyai hubungan dengan kamu. Walaupun kamu begitu, kamu membawa lebih banyak rahmat kepada aku. Tidak perlu aku nyatakan apa kebaikan kamu kepada aku. Tapi, andai kata something berlaku padamu kelak, tidak akan aku lupakan rahmat yang kamu berikan kepada aku. Mengenali kamu, aku seolah-olah kembali kepada ketika aku zaman awal remaja. Seorang yang sukakan masjid. Seorang yang bersedih walaupun sekadar melambatkan solat. alhamdulillah......semoga sesiapa jua yang mengenali kamu, berhubungan dengan kamu, akan mendapat rahmat tersebut.


Aku tidak kisah kamu tidak angkat jika aku call, sedikit pun tidak kisah. Jangan kamu bimbang, semua yang pernah kamu ceritakan kepadaku dahulu...will keep as secret. 


Oklah, aku pun tidak banyak ingin menaip kali ni. Apa-apa pun. Aku minta maaf sepanjang perkenalan kita. 






p/s : agak-agak menjadi tak sedih entri ni?

3 comments :: Surat cinta utk yg tersyg 3 : Aku Keciwa akhirnya

  1. weyh....jgn sedih..xpe2...kawan2 ramai kn..

  2. This comment has been removed by the author.
  3. tak sedih laa..

    tp adik ipar baru kena rejek ke neh?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET