Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

SPR, BERSIH 2.0 dengan TELUS atau TIDAK

BERSIH 2.0 dah lama lepas, tapi aku baru rasa nak menaip dan menghasilkan ayat-ayat berkenaan dengan BERSIH 2.0. Entah boleh nakdikatakan aku ketinggalan zaman atau tidak. Tapi, aku punya pendapat sendiri.


Aku ada baca entri di blog INI, agak menarik dan punya logik yang positif. Penulis berceritakan tentang Demokrasi yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang yang menganjurkan perhimpunan yang diharamkan oleh kerajaan yang menuntut supaya kerajaan dan SPR lebih telus dalam menjalankan tugas dan pilihanraya supaya adil dan saksama.


Cuba kita fikir, jika benar seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang bahawa pilihanraya di Malaysia dijalankan secara tidak telus dan dikawal oleh BN agar BN terus menang dan menang!! Cuba kita fikir, logikkah andaian dan tuduhan sedemikian? Andai SPR sudah tidak telus dan tidak amanah dalam menjalankan tugas dan hanya berpihak kepada kerajaan BN sahaja, cuba kamu dan kamu sekalian berfikir, mampukah Pakatan pembangkang menggenggam erat Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan? Mampukah mereka menawan 4 buah negeri ini?


Dan jika SPR begitu hina menjual maruah diri mereka kepada BN, bolehkan PAS mentadbir Kelantan sehingga ke hari ini? Berpeluangkah PAS, PKR, dan DAP mentadbir 4 buah negeri ini termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Bagi aku, jangan harap mereka boleh memerintah 4 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan jika SPR tidak telus dan tidak amanah.


Itu pendapat peribadi aku bagaimana aku meletakkan kedudukan SPR dalam menentukan sama ada mereka telus atau tidak.


Aku ada bertanyakan seorang kawan perempuan yang berada di Kota Bharu. Secara kebetulan aku melihat gambar profile beliau menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan 9 Julai yang lalu. Dan ini merupakan respon beliau.




Korang google jelah apa maksud kata-kata beliau di atas. Tapi jika benar PAS terutamanya berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis, PAS tidak akan menggunakan kata-kata dan berdoa untuk menjahanamkan sesama umat Islam walaupun mereka berlainan parti. BN-Umno tidak pernah melarang umat Islam dari beramal ibadat. Tidak pernah memaksa umat Islam melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah. Jadi mengapa sampai teruk sebegini PAS meletakkan betapa hinanya maruah umat Islam hanya kerana mereka menyokong Umno.




Tidak sepatutnya PAS mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita sesama Islam, sesama Melayu. 


Bagi aku, jika mereka mengatakan UMNO tidak memperjuangkan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam. Aku akan lebih memihak kepada UMNO. Mengapa? UMNO tidak pernah melarang umat Islam di Malaysia dari melakukan ibadat kepada Allah dan tidak memaksa umat Islam melakukan kejahatan sebaliknya PAS yang sejak dahulu berlandaskan kepada Islam sering mengeluarkan kenyataan yang menuduh dan menghina sesama umat Islam. Contohnya seperti gambar di atas.


Jadi, berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis. Walaupun orang tersebut melakukan 99 kesalahan dan kejahatan tetapi hanya melakukan 1 kebaikan. Lihatlah kebaikan mereka yang 1 itu. 


Bagi aku, jika satu-satu perkara yang kita ingin lakukan akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan, maka lupakanlah.


Dan aku juga menganggap, selama 54 tahun BN memerintah, ia merupakan Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T dan Qada' dan Qadar dari Allah juga yang tidak memberi peluang kepada PAS, PKR dan DAP memerintah Malaysia. Mengapa? ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA LAKUKAN.






p/s : Ramadhan dah semakin hampir, perbanyakkan amalam ibadat, bukannya perkara yang tidak mendatang kebaikan.

0 comments :: SPR, BERSIH 2.0 dengan TELUS atau TIDAK

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET