Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

pendapat seorang rakyat,ayah dan bekas pelajar tentang ptptn

Assalamualaikum....

Walaupun isu ini boleh dikatakan lapok, tapi penulis tetap mahu memaparkan di blog. Penulis rasakan penulis bertanggungjawab untuk menyebarkan pendapat dari sahabat penulis sendiri berkenaan dengan PTPTN atau nama popularnya PTPTipu. Penulis tidak pasti adakah beliau supporters kerajaan ataupun supporters pembangkang tapi pendapat beliau berkaitan isu PTPTN cukup bernas. Pendapat yang penulis rasakan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"  Ucapan aku ni Khas ntuk budak2 yg komplain pasal pendidikan percuma kat Malaysia.

Soalan pertama aku... negara ape yg satu2nya bg pendidikan percuma sepenuhnya termasuk keperluan harian dan makanan kepada rakyatnya sehingga peringkat degree? jawapannya adalah Libya. Tp Libya x berbilang kaum dan telah dihapuskan Amerika dan sekutunya dan sekrg tidak lg percuma. Berbeza dgn yg Malaysia berbilang kaum dan kamu patut bersyukur zaman sekarang kerajaan bagi pendidikan percuma peringkat PRA sekolah sehingga Ke Tingkatan 6. Zaman British dlu ibu bapa jual tanah ntuk hantar anak sekolah.

Untuk pengetahuan kamu budak2 U, jika kamu cemerlang dengan merit 4 semua mata pelajaran kamu dapat tajaan dan biasiswa penuh dari kerajaan Malaysia, siap dibiayai belajar ke luar negara lagi. Dan untuk pengetahuan kamu budak2 U, di dunia ini tiada yg percuma tanpa usaha dan Ilmu pengetahuan. Ibu bapa kamu hantar anak mengaji Al-Quran walaupun guru tersebut x minta bayaran tp mereka tetap patut membayarnya dengan sedekah. Kamu terlalu dimanja, sehingga habis sekolah pun kamu masih meminta wang perbelanjaan dari ibu bapa, nak mengaji pun nak percuma, kerajaan x paksa pun kamu masuk U dan lanjutkan pelajaran tp kamu yg memaksa diri kamu. Jika x mampu jgn lanjutkan pelajaran dan menyusahkan org lain nak tanggung kos pelajaran kamu jgn sambung belajar dan kerja dengan segala ilmu yg kamu ada. Kalau nak suh org lain tanggung dan belajar Free kenapa kamu x buktikan semasa di bangku sekolah lg. buat yg terbaik, nescaya ada org yg sanggup sponser kamu belajar.

Mak bapak korang kerja susah2 siang dan malam ntuk tanggung kamu kat university tp kamu berfoya2 dgn Laptop, Ipad, Hanset, Keta, Motor dan kekasih kat menara gading. Demi nak dapat semua tu korang paksa mak bapak belikan walaupun gaji diorang x seberapa. Habis jer mengaji dgn result ntah pebenda dan nak kawin. Nak tanya "Bila korang nak balas jasa dan pengorbanan ibu bapa korang?"

Jgn komplain org lain jika korang x pandai berdikari. Jgn marahkan org lain sebab korang semua memang manja. Graduate dulu x pernah pun komplain pasal PTPTN malah bersyukur sebab dpt PTPTN. Kalau xnak PTPTN jgn pinjam, jual keta, rumah dan tanah mak bapak korang semata2 ntuk kepentingan korang jer. Biar adik2 mampus kelaparan demi masa depan korang.

Ok korang nak belajar Free kta U, tp fikir sendiri sape nak beli buku rujukan korang, laptop korang, tambang pengangkutan korang, makan minum korang, tempat tinggal dan lain2? Fikir sendiri la wahai budak2 U... korang sebenarnya papa kedana tanpa PTPTN... jadi bersyukurlah jika dapat pinjaman tu, sebab sememangnya mak bapak korang x mampu nak tanggung keperluan kamu kat Universiti.  "
 
 
 Tulisan asal boleh dilihat di sini
 

1 comments :: pendapat seorang rakyat,ayah dan bekas pelajar tentang ptptn

  1. Terbaek lah..

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET