Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

step by step


When my existence to disappear

I will look for the place where i can do the best

From now on, i will deliberate slowly

I won't be impatient

I won't be greedy

I won't give up

Because everyone take things step by step

bila aku mula berfikir

Salam dan selamat pagi....

Tidak ada apa yang ingin di kongsikan bersama untuk entri ini cume ingin mentrjemahkan apa yang aku terfikir dalam bentuk tulisan. Mungkin ia sebenarnya tidak penting pun sebenarnya. Cuma sekadar sesuatu yang biasa-biasa sahaja dan mungkin ia telah menjadi lumrah kehidupan. Jika dibuat, dianggap perkara yang baik kerana merupakan suatu penjelasan dan jika tidak di buat, maka dikatakan tidak telus, tidak jujur, tidak dan tidak dan tidak lah...

Wartawan merupakan satu kerja yang seronok bukan? Bagi aku la, wartawan satu kerja yang enjoy! walaupun sebenarnya susah jika bukan kerana minat. Teringin juga ingin menjadi seorang wartawan. Namun, isk entah ingin ditulis bagaimana baru tulisan ini tidak menunjukkan sesuatu yang menyimpang. Begitu juga wartawan, apa sahaja yang ingin ditulis mestilah dibuat pertimbangan baik dan buruk, pertimbangan benar dan salah serta kebenaran. Tanyalah wartawan kalau nak tahu. Aku bukan wartawan nak jelaskan dengan lebih jelas.

Cuma dari segi perspektif pemikiran aku, terdapat golongan wartawan yang seolah-olah melebih-lebih. Maksud aku, wartawan yang lebih gemar mencari isu yang lebih peribadi atau dengan senang-senang cakap, cerita di dalam kain. Sila jangan fikir yang bukan-bukan. ehehehe Untuk lebih jelas, cukuplah sekadar membaca majalah hiburan. Penuh dengan isi-isi dan tulisan-tulisan yang memalukan. 

Aku pernah terbaca di dalam majalah iluvislam yang entah terbitan bila. Ada wartawan yang menanya pendapat orang ramai berkaitan dengan isu yang berkaitan mendedahkan cerita-cerita keburukan artis. menjaja ke sana dan ke sini dalam majalah mungkin, atau surat khabar dan rancangan hiburan. Ada yang tidak bersetuju dan tidak kurang juga yang bersetuju. Bagi yang tidak bersetuju tentulah ia perkara yang memalukan bagai artis tersebut apabila kisah-kisah lama di sebarkan. Kisah ketika masih belum menjadi artis.  Manakala bagi yang bersetuju lebih memberi alasan seseorang artis itu merupakan seorang idol dan menjadi idola serta  ikutan remaja-remaja. 

Pelik aku, bagi aku artis bukannya mempunyai sifat atau ciri-ciri yang boleh dijadikan idola dan ikutan. Tak kira artis lelaki atau wanita. Mereka pun seperti kita kalau bukan artis. Apa kelebihan untuk menjadikan mereka sebagai idola? Kalau nak jadi artis, masuk je lah rancangan realiti tv yang aktif diadakan sekarang. Asal ada rupa, ada suara, ada bakat. Sah nya boleh jadi artis. Kamu seorang mat rempit or minah rempit ke, pernah terlanjur ke tak, anak yang baik atau tidak kepada ibubapa or apa-apa sahaja perkara buruk yang kamu lakukan. Sedikit pun tidak di ambil peduli. Tetapi apabila kamu menjadi artis, dan perkara-perkara diatas diketahui wartawan yang kononnya telus dan jujur itu akan mendedahkan kepada umum bahawa kamu adalah sekian..sekian..sekian..ketika berumur 10 tahun. ketika berumur 14 tahun..ketika berumur 18 tahun..ketika berumur 21 tahun. Ketika itu, apa yang kamu rasa? Mesti terdetik dihati kamu. CELAKA punya wartawan.  Adakah itu yang kita ingin dapat sebagai informasi semasa?

Sedangkan dengan jelas kita telah ketahui bahawa mendedahkan perkara yang memalukan orang lain merupakan sesuatu perkara yang tidak disukai dan dilarang oleh agama.Dan apabila disebut perkataan DILARANG, bermakna jika tetap melalukannya juga bukankah sesuatu yang berdosa?

Aku bukan seorang yang alim ilmu agamanya. Jadi aku tidak dapat memberikan bukti yang jelas samada firman ALLAH mahupun hadis RASULULLAH tapi aku masih ingat lagi satu kisah di zaman rasulullah di mana pada satu ketika terdapat beberapa sahabat rasulullah bersama dengan rasulullah sendiri berbicara tentang sesuatu. Dan ketika sedang berbicara, datanglah seorang sahabat rasulullah yang agak tinggi mengadap rasulullah. Orangnya memang tinggi. Dan ketika sahabat yang tinggi tersebut beredar meninggalkan rasulullah dan sahabat yang lain. Salah seorang sahabat mengatakan "  tingginya orang tersebut " . Maka rasulullah telah bersabda, " wahai sahabatku, sesungguhnya kamu telah mengumpat ".

Dan Rasulullah turut bersabda, " Sesungguhnya walaupun kamu berkatakan sesuatu yang benar di belakang tuannya, sesungguhnya kamu telah mengumpat dan jika kamu berkatakan sesuatu yang tidak benar, maka kamu telah membuat fitnah".






p/s : Waalaikumsalam........ kelas pagi ari ni...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET