Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Cikgu Mokhtar kene serang

Salam dan selamat petang/malam/pagi kepada semua pembaca blog saya yang ntah apa apa ntah. Walaupun blog ini boleh dikatakan xebagai pro kerajaan tapi apa yang dibincangkan dan disampaikan adalah naluri pemilik blog ini yang mengatakan sesuatu yang perlu. Jika mereka mengatakan blog ini pro kerajaan, maka mereka silap. Sebagai pemilik blog, awal-awal lagi aku membantah sekeras-kerasnya. Kalau besi itu keras, penegasan aku lagi keras. Hahaha

Berbalik kepada tajuk. Walaupun aku masih muda dan remaja, aku merupakan penggemar akhbar Utusan yang dikatakan sebagai akhbar orang tua oleh kebanyakan pelajar-pelajar. Aku tidak tahu kenapa mereka mengatakan sedemikian tapi itu yang aku dengar. Mungkin Harian Metro merupakan kahbar untuk remaja dan orang muda mudi. Kenapa aku berkata sedemikian? Jawapannya cukup senang. Dalam banyak-banyak akhbar, aku boleh kelaskan Harian Metro merupakan akhbar yang paling banyak melaporkan kejadian-kejadian tidak senonoh. Cuba kamu baca dan lihat, akhbar mana yang suka melaporkan kejadian rogol, kejadian sumbang mahram, minah rempit atau lain-lain kejadian yang tidak bermoral.

Adakah pendapat yang aku lontarkan itu benar atau sekadar rekaan semata-mata? Cuba beli dan baca. 

Oh..aku hampir tersesat, kembali kepada tajuk. Aku ada terbaca satu ruangan di Utusan iaitu Forum Sabtu. Majoriti surat dan artikel yang disiarkan mengutuk tindakan Cikgu Mokhtar yang mengatakan guru-guru bekerja dalam tempoh yang singkat. Dengan kata lain, kerja tak seberapa namun gedikz dan gatai meminta itu dan ini. Hinggakan ada yang menganggap bahawa Cikgu MOkhtar itu hanya satu samaran. Samaran yang dilakukan mungkin bersifat peribadi. Mungkin tidak puas hati dengan tangga gaji guru dan intensif-intensif yang diberikan kepada semua guru. Hinggakan dalam Program 100 Hari yang diwar-warkan oleh anwar ibrahim menawarkan kenaikan gaji lagi RM 500.00 jika mereka diberi mandaat untuk menguasai Putrajaya. Betapa pada pendapat aku bahawa guru-guru di Malaysia cukup bertuah.

Pada pendapat peribadi aku, aku tidak kisah sama ada apa yang didakwa oleh Cikgu Mokhtar itu betul atau tidak. Apa yang penting, apa sahaja yang diajar oleh mereka membuahkan hasil, berjaya mendidik anak-anak muda sehingga berjaya, sehingga menjadi insan yang berguna. Itu sudah cukup. Berkenaan dengan gaji mereka dan insentif-insentif yang diberikan kepada guru-guru yang boleh dikatakan seperti air mengalir, apa yang boleh aku katakan adalah, itu rezeki mereka. Allah S.W.T telah menentukan setiap rezeki untuk hambanya dan rezeki untuk hambanya yang bergelar guru pula sedemikian banyak. Usahlah kita mempertikaikannya. Jika kamu ingin mendapat gaji seperti mereka dengan waktu kerja yang kamu mungkin katakan cukup singkat, apa kata jika kamu berhenti kerja dan mohon untuk menjadi seorang guru.

Tapi, jika itu niat kamu. Menjadi guru semata-mata kerana gaji dan pendapatan, aku boleh katakan kepada kamu semua bahawa kamu cukup BODOH DAN BENGONG.

Mengapa aku berani berkata sedemikian? As easy as ABC.....

Jawapannya adalah kerana mengajar merupakan satu tugas yang cukup mulia di sisi agama. Dengan niat yang ikhlas, kamu seperti melakukan satu pelaburan yang amat menguntungkan. Yang tidak mungkin akan merugikan kamu. Mungkin sekarang kamu tidak nampak apa yang menguntungkan kamu. Apa yang kamu dapat sekarang cuma mungkin ucapan terima kasih dari bekas-bekas pelajar kamu yang telah berjaya. Atau paling tinggi pun, kamu berasa cukup berpuas hati dan seronok apabila melihat anak didik kamu berjaya. Bagi kamu, itu satu kepuasan  yang tidak dapat digambarkan dan dinilai dengan wang ringgit. Tapi itu hanya didunia yang tidak seberapa. Dunia yang nilainya tidak lebih dari sayap nyamuk. 

Pelaburan yang aku maksudkan ialah, pelaburan akhirat.Cuba kamu bayangkan, hasil pelaburan yang kamu terima akan berterusan selagi mereka masih hidup. Selagi mereka berbuat amal kebajikan. Selagi itulah kamu menerima hasilnya walaupun ketika itu kamu sudah berada di alam barzah. 

Adakah kerana gaji seorang guru cukup lumayan dengan pelbagai insentif, kamu sanggup mengubah niat mengapa kamu menjadi seorang pendidik? Tidakkah itu layak untuk aku katakan bahawa KAMU CUKUP BODOH DAN BENGONG? Salahkah aku berkata sedemikian?

Apa sahaja kerja yang dilakukan, jika niatnya betul. Alhamdulillah.

Kepada Cikgu Mokhtar, janganlah kamu mengguris perasaan guru-guru. Minta maaf dengan mereka dan mohon ampun dari Allah.

Kepada guru-guru, teruskan memberi didikan kepada anak bangsa. Usahlah pedulikan kata-kata Cikgu MOkhtar itu. 


P/s : Sesuatu perbuatan bermula dengan niat. Jika niat baik, maka akan baiklah semuanya tapi jika niat buruk.........fikir sendiri.

0 comments :: Cikgu Mokhtar kene serang

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET