Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Trip ke langkawi

Ok..Niat untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku sudah dilaksanakan. Jadi, bolehlah aku melakukan aktiviti sampingan sementara menunggu untuk balik keesokan harinya. Oleh kerana tidak mempunyai kawan di Kuala Kedah, dan cik keroncong untuk siti dah balik ke politeknik di Perak. Jadi terlepaslah peluang aku untuk menikmati laksa Kuala Kedah secara percuma. Oh.. ruginya!!!

Jadi, aku akhirnya membuat keputusan untuk ke Langkawi. Ini kerana masih terdapat mak menakan aku di sana. Tambahan pula aku masih belum mengenali pak menakan aku yang berkahwin dengan mak menakan aku beberapa tahun yang lepas. Jika aku tidak mengambil kesempatan ini, maka sudah pasti aku masih belum dapat mengenali beliau. Dan itulah keputusan aku yang terbaik. Lagi pun aku telah 2 tahun tidak ke Langkawi sejak aku memulakan persekolahan di kolej.

Memecut dengan laju dari rumah pengantin lelaki ke Kuala Kedah, terus aku ke rumah Mak Lang dan bersiap-siap. Bersiap dengan cepat dan memberitahu Mak Lang aku ingin segera ke Langkawi. Katanya bahawa feri paling awal ialah jam 5.30 petang. Maka bertambahlah kekalutan aku berkemas. Kebiasaannya apabila aku kalut bersiap, sudah pasti akan ada yang tertinggal.

Alhamdulillah, aku sempat membeli tiketferi untuk jam 5.30 petang. Kemungkinan dari Kuala Kedah ke Jeti Langkawi adalah 1 jam 30 minit. Ini bermakna jam 7.00 petang/malam aku dijangka akan sampai.


Jam hampir pukul 5.30 petang. Aku melihat jam di telefon ( aku tidak suka memakai jam tangan ). Waktu berlepas hampir dekat. Oleh kerana masa yang agak panjang, aku membeli surat khabar Utusan. Kata orang, akhbar Utusan merupakan akhbar orang tua-tua. Betul ke? Hahahah Tak kisahlah, yang penting Utusan mempunyai banyak maklumat berbanding Metro ataupun Berita harian.







Dalam masa 1 jam 30 minit, satu masa yang agak panjang. Keboringan menyebabkan aku membuka laptop dan menaip. Aku sempat menyiapkan 2 entri khas untuk blog politician aku. Hahaha Aku semakin berminat untuk menyertai ahli-ahli politik. Aku juga sering dinasihati oleh mama angkat supaya menyertai pemuda UMNO. Hahahah tak minatlah aku nak masuk pemuda UMNO. 

Tepat jam 7.00 petang, aku sampai di jeti Langkawi. Aku agak popular juga jika ke Langkawi. Dan agak ramai yang mengenali aku. Mungkin kerana kerja aku dua tahun lepas. Oleh itu, aku menutup muka sambil berjalan. Hanya kelihatan mata sahaja. Namun usaha aku tidak berjaya. Tiba-tiba orang yang aku kenali mengekori dari belakang dan menegur aku. Hahaha Siot jerk..tak lepas la plak. Hahahha apa-apa pun aku tetap menegurnya.





Ketibaan aku di jeti sememangnya telah sedia dinanti oleh pakcik dan makcik aku bersama dua orang anaknya. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah aku selamat sampai dan aku juga dapat mengenali pakcik aku yang setelah hampir tiga tahun berkahwin dengan makcik aku.

p/s : encem gak pakcik aku nih. tapi aku encem lg kot
hahahahahahah

1 comments :: Trip ke langkawi

  1. apsal ni jek pic nye..tp cm best jek g langkawi..boat tu pun da maju2 sket kan..hehe

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET