Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Cina dah mula, Melayu bila lagi

Alhamdulillah seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dalam entri-entri yang terdahulu,aku akan menghasilkan entri jika mendapat idea. Sebenarnya bukanlah idea dari diri aku sendiri tetapi hasil dari pembacaan. Walaupun aku hakikatnya kurang dan agak malas membaca,tetapi sekurang-kurangnya aku akan menghabiskan pembacaan yang telah aku mulakan.

"Masih Adakah Ketuanan Melayu?" merupakan hasil nukilan Dr.Ridhuan Tee berkenaan dengan nasib Orang Melayu.Kadang-kadang aku sedikit tergelak apabila memikirkan bagaimana seorang Cina yang memeluk Islam boleh memikirkan apakah nasib Orang Melayu yang akan diterima jika negara ini dikuasi oleh pembangkang terutamanya parti-parti politik kaum cina yang ekstrim. Bagaimana nasib yang akan diterima penganut-penganut Islam dan bagaimana dengan pengamalan mereka. Adakah masih bebas seperti sekarang atau telah dikekang seperti yang berlaku di Singapura. Penulis terus menerus mengingati rakyat terutamanya kaum Melayu supaya tidak leka berpolitik sehingga boleh memecahbelahkan umat Islam.

Tidak hairanlah mengapa sesetengah orang menggelarkan Dr. Ridhuan Tee sebagai lebih melayu dari melayu. Memang benar jika dilihat, benar apa yang mereka gelarkan tetapi tahukah mereka mengapa penulis berbuat sedemikian? Mengapa penulis terus-menerus mempertahankan kaum Melayu dan menyedarkan Orang Melayu supaya bangkit dan berdiri di dunia yang nyata. Penulis turut menggambarkan keadaan politik negara yang jika dilihat dari pelbagai aspek, berjuta-juta duit dihabiskan semata-mata kerana politik dan politik bukan setakat politik antara parti tetapi turut melibat semua aspek sehinggakan pendidikan dan masa depan generasi akan turut dipolitikkan. Jika hanya melibatkan seringit dua tiada masalah tetapi jika jutaan RM yang terlibat? 

Cuba kita lihat surat khabar keadilan mahupun Harakah, terbentang berita mengatakan Kerajaan Pakatan di Selangor mampu minyimpan sehingga RM 1.1 billion dan mencatat rekod negeri yang dapat menyimpan dengan nilai yang sebegitu banyak. Cuba kita fikirkan, untuk apakah wang disimpan sebegitu banyak? Sepengetahuan aku, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kebaikan rakyat. Seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang terhadap kerajaan. Sekarang mereka pula yang berbuat sedemikian. Bak kata pepatah Melayu, dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Berbalik kepada persoalan pokok, untuk apakah wang sebanyak itu di simpan jika bukan untuk digunakan pada GE 13 yang akan datang? Bukankah  bertujuan untuk berpolitik?

Berbalik kepada tajuk asal, bab pertama "Masih Adakah Ketuanan Melayu?" ialah "Apabila Kekuatan Sendiri Dilupakan" penulis memulakan dengan kenyataan apabila isu sekolah dibangkitkan, puak-puak yang ekstrim ini lebih memilih dengan mendahulukan Bahasa Enggeris berbanding Bahasa Melayu yang sepatutnya didahulukan. Mereka sengaja mengusulkan sedemikian hanya kerana mahu membangkitkan sentimen perkauman dikalangan Orang Melayu. Mengapa perkara seperti ini terjadi sedangkan mereka tahu yang negara ini merupakan Hak Milik Orang Melayu lebih-lebih lagi Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu. Puak-puak ektrimis ini jika boleh mahu menggunakan bahasa cina sebagai bahasa pengantar di sekolah namun mereka tahu itu tidak mungkin terjadi. Penulis menggambarkan bahawa mereka ( puak-puak ektrimeis ) ini berasa hina jika belajar Bahasa Melayu, berasa hina menggunakan Bahasa Melayu dalam perbualan harian, berasa hina seperti hinanya seorang hamba di mata tuannya. Ia tidak kira pembangkang mahupun parti-parti cina dalam komponen kerajaan. 

Namun kita orang Melayu masih lagi buta bukan sahaja buta mata bahkan hati pun turut buta sekali. Pada kita terutamanya penyokong PAS dan PKR, cina MCA dan GERAKAN tidak sama dengan DAP. Mereka tidak rela bekerjasama dengan cina-cina dalam kerajaan sebaliknya boleh bekerjasama dengan DAP. Pada mereka kedua-dua cina ini berlainan pendapat dan pihak. Pada mereka cina mca, gerakan tidak mungkin akan bekerjasama dengan dap walhal cina-cina ini tidak kira berada dalam parti mana, mereka sentiasa saling berhubung, saling bermuafakat dan saling bekerjasama dalam mencapai cita-cita mereka untuk menguasai negara. Menguasai ekonomi Malaysia masih belum cukup. Pada mereka, selagi tampuk pemerintahan tidak berada dalam genggaman mereka, selagi itulah mereka akan cuba dan cuba dengan menimbulkan pelbagai isu-isu sensitif dan sengaja menyakitkan hati orang-orang Melayu. Mereka tahu, jika mereka boleh mempermain-mainkan isu berkenaan, maka mereka boleh melakukan terhadap perkara-perkara yang lain yang lebih sensitif dari itu.


Adakah semua ini salah mereka orang cina yang membuat provokasi terhadap isu-isu sensitif yang mempunyai apa sahaja kaitan dengan orang Melayu? Adakah kita ingin meletakkan semua kesalahan di bahu mereka? Adakah kita sememangnya dianiayai oleh bangsa pendatang ini?


Apa pendapat kamu?

0 comments :: Cina dah mula, Melayu bila lagi

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET