Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Harakah - Uniknya Malaysia, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu.


Salam dan selamat sejahtera dan selamat beramal perintah Allah s.w.t. 

Siapa yang tidak kenal pemilik gambar di atas. Dalam artikel  harakahdaily hari ini, 19/10/2011 yang bertajuk ADA SESUATU TIDAK KENA DENGAN HIMPUN, beliau menyatakan 5 alasan mengapa HIMPUN tidak patut dilaksanakan. Sila klik pada tajuk untuk maklumat yang lebih lanjut.

Namun pada pendapat aku, perjuangan parti PAS yang lebih terkenal memperjuangkan Agama Islam sepatutnya menyokong penuh perhimpunan tersebut yang telah kita ketahui memperjuangkan dan menegakkan akidah umat Islam dari keluar dari Islam ( murtad ). 

Persoalan yang berputar di kepala aku ialah, mengapa mesti ada perasan curiga akan diambil kesempatan oleh orang lain yang mempunyai muslihat demi kepentingan diri?  Mengapa tidak kita letakkan kepentingan agama Islam di hadapan berbanding lain-lain isu? Pada aku, HIMPUN ini tidak menyentuh isu-isu sensitif agama lain sebaliknya mempertahankan kemuliaan Islam itu sendiri. Kemuliaan akidah umat islam di Malaysia.

Kenapa pemilik gambar di atas ingin menyamatarafkan HIMPUN dengan BERSIH? BERSIH bertujuan untuk dunia semata-mata sebaliknya HIMPUN tidak semata-mata kepentingan keduniaan.

Apa-apa pun, tingkatkan ibadat kepada Allah dan tinggalkan larangannya.

1 comments :: Harakah - Uniknya Malaysia, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu.

  1. Salam..
    bro/ sis...
    cuba kaji kedua belah pihak ..
    bersih di himpunkan setelah bertahun2 memorandum, bantahan, laporan polis dan sebagainya di lakukan.. barulah Bersih 2.0 di lakukan..

    berbeza pula dengan Perhimpunan 1 juta Ummah...
    kerajaan Umno, gubal akta .. PAS akan sokong apa2 mengenai Islam..
    bukan berhimpun tanpa sebab...
    itu lebih kepada perhimpunan politik...
    sekadar pandangan..
    sekian...

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET