Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Rahsia Sulit antara UMNO dan PAS?

Salam petang Jumaat kepada semua umat Islam sekalian....Moga Jumaat hari ini membawa banyak manfaat dan keuntungan dan tentunya RAHMAT kepada umat Islam.

Kenapa ye, saban hari kita dengan bekas itu,  bekas ini, bekas sana, bekas situ, yang asalnya penyokong-penyokong kuat UMNO tidak kiralah berjawatan sehingga ke Menteri ataupun berjawatan dalam sektor GLC ataupun berjawatan tinggi dalam kerajaan akhirnya akan mengumumkan diri mereka masuk PAS, masuk PKR, masuk DAP ataupun menubuhkan parti yang baru yang kononnya menuduh dan mengatakan UMNO lari dari garis perjuangan, UMNO hanya mementingkan kroni dan lain-lain tuduhan yang sudah tentunya negatif.

Maka saban harilah mereka-mereka ini semua dibawa ke hulu, ke hilir sama ada ceramah politik PAS, PKR mahupun DAP hanya dengan tujuan supaya mereka-mereka semua mendedahkan segala keburukan hanya untuk memburukkan pihak kerajaan. Mereka ( PAS, PKR dan DAP ) seterusnya akan "spin" apa sahaja yang menguntungkan mereka dan akan menokoktambah sedikit "perisa" dengan harapan apabila rakyat yang mendengar dan membaca berita tersebut akan marah kepada kerajaan. Seperti yang berlaku pada PRU 12 yang lepas, pembangkang menang bukan kerana kredibiliti yang mereka ada sebaliknya menang kerana undi protes terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi oleh penyokong UMNO itu sendiri. Mereka ( PAS, PKR, DAP ) kini bukan hanya mahu undi sedemikian bahkan mahu rakyat terus membenci BN, UMNO terutamanya. Dan itulah yang berlaku sekarang.

Di pihak UMNO/BN pula, berlaku perkara yang hampir sama kecuali di mana mereka berpihak kepada BN semasa masih memegang jawatan sebagai ADUN dan MP ( istihar bebas dari PKR/DAP/PAS ). Mereka juga turut mendedahkan terdapat isu-isu yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dicipta semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan BN. 


Jika dilihat secara fitrah manusia, mereka yang pernah menjawatan jawatan tinggi dan kemudiannya jawatan tersebut diberikan pula kepada orang lain yang mungkin lebih berkaliber atau lebih bijak sudah pasti akan memberontak. Mereka memberontak dengan menyatakan sokongan kepada pihak yang sebelum ini mereka kelaskan sebagai musuh namun kini musuh mereka telah beralih kepada parti yang dahulunya mereka sokong kononnya akan mempertahankan parti sehingga ke akhir hayat.


Contoh yang paling senang, cuba kita tengok bekas Menteri Pelancongan dalam era Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri iaitu Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. yang mengumumkan bahawa beliau keluar dari UMNO secara rasmi pada 19 Mac 2012 yang lalu. Sebelum secara rasmi keluar dari UMNO, beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada PR terutamanya PAS sehingga menyatakan Tuan Guru NIk ABdul Aziz ( Menteri Besar Kelantan ) sebagai idolanya. Mengapa tidak sahaja menyatakannya semasa menjadi Menteri Pelancongan lagi? Mengapa baru sekarang? Jawapannya cukup senang, takut hilang jawatan sebagai menteri dan takut dibuang dari parti yang sudah pastinya tidak dapat menjadi calon semasa PRU. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Presiden UMNO yang juga Presiden BN.

"Ini berkait dengan mereka yang tidak puashati tidak dipilih semula sebagai calon BN untuk bertanding."

Dan sekarang, walaupun beliau menyatakan sokongan kepada PR, PAS terutamanya, mengapa beliau tetap tidak terus menjadi ahli PAS sahaja tetapi terus menubuhkan parti yang berasingan? Beliau selaku presiden, sudah pasti akan menuntut untuk menjadi calon MP/ADUN dalam Pakatan Rakyat untuk PRU 13 nanti. Jika beliau hanya menjadi ahli PAS mahupun PKR, belum tentu akan diumumkan sebagai calon PRU kerana sudah pasti kepimpinan PAS, PKR, dan DAP akan mendahulukan ahli mereka yang bertungkus lumus menentang UMNO/BN selama ini.

Walau bagaimanapun, terserah kepada anda semua. Jika PRU 12 dahulu, undi aku adalah untuk PAS tapi PRU 13 nanti, PAS belum tentu akan dapat undi dari aku. 


Hanya mereka yang mempunyai agenda kepentingan peribadi akan bertindak seperti Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dengan menentang UMNO hanya apabila UMNO memberikan peluang kepada calon yang lebih muda sebagai calon PRU dan sebagai Menteri. Kerana dendam tidak diberi jawatan, beliau bertindak menentang UMNO. Manusia sebegini bolehkah kita percaya?


Renung-renungkanlah.

Bye...
Salam.....semoga sehat-sehat semua hendaknya.

0 comments :: Rahsia Sulit antara UMNO dan PAS?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET