Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

breast is best

Alhamdulillah...Hari ini aku mendapat sedikit mood untuk berblogging. Cuma yang menyakitkan hati ialah loading untuk membuka satu-satu blog anda semua, amat memakan masa yang melampau sehingga boleh menyakitkan hati aku. Sebagai contohnya, aku memerlukan hampir 10 mnit untuk membaca tulisan nyah berkaitan bra nya. Dan tak perlu aku terus memberi tahu tentang masa-masa yang aku habiskan menanti untuk blog-blog yang lain finish loading.

Aku telah memasang niat untuk menaip entri ini sebenarnya ketika aku berada di kolej lagi apabila aku terbaca satu artikel di The Star. Dan aku semakin tertarik untuk menaip entri ini apabila aku terbaca entri di blog Cik Nyah. Walaupun perkara yang sama namun ia isu yang berlainan.

Susu merupakan satu source untuk semua bayi mendapatkan nutrisi yang secukupnya dan susu ibu merupakan susu yang terbaik yang memenuhi keperluan bayi dalam proses tumbesarannya. Susu ibu mengandungi the right balance of nutrisi seperti lemak, protein, laktosa, vitamin, mineral dan air dan ia amat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Malah susu ibu diberi identiti yang cukup mahal dan istimewa apabila WHO dan UNICEF mengiktiraf susu ibu dalam standard yang amat tinggi iaitu " gold standard".


Kita sememangnya telah mengetahui kebaikan-kebaikan yang terkandung dalam susu ibu. Malah ia telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Berikut adalah beberapa buah buku atau artikel yang berkaitan tentang kebaikan-kebaikan susu ibu.

1. Breastmilk and subsequent intelligence quotient in children born preterm by Lucas, A et al, Lancer ( 1992 )

2. Duration of breastfeeding and developmental milestones during the latter half of infancy by Vestergaard, M et al, Acta Pediatrica ( 1999 ).


3. Breastfeeding and child cognitive development by Kramer, MS et al, Archives of General Psychiatry ( 2008 )


Malah Susu ibu juga merupakan makanan otak kepada bayi-bayi. Apa yang diperlukan oleh otak bayi dalam proses tumbesaran semuanya ada terkandung dalam susu ibu sehingga susu ibu di gelar sebagai "brain building". Apa yang dibekalkan oleh susu ibu sehingga ia di gelar sedemikian?


1. Fatty acids
2. Phospolipids
3. Taurine
4. Choline
5. Zinc

Oleh itu, kaka-kanak yang baru lahir seharusnya dibekalkan susu ibu bukannya susu tepu yang dijual di pasaraya yang diperbuat dari susu lembu. Tidak hairanlah jika anak-anak kelak berperangai seperti haiwan jika susu ibu di abaikan sebaliknya digantikan dengan susu tepu buatan dari haiwan seperti lembu.



p/s : jangan hanya ingin menjaga breast anda sentiasa "montok", maka anak anda merasa susu lembu sejak lahir.



ok..aku paham

Okay!! ni adalah satu lagi antry yang aku buat secara "terpaksa" apabila aku mendapat dari pc yang aku sedang gunakan ini. Jadi kepada  Lea, rasanya entri ini juga akan sama dengan kamu kot. hik hik hik

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2


p/s : kelas dh abes... nk balik dl

kite tengok sape yang kene

Ok..
Hari ini aku nak berkenalan dengan 2 newest followers aku. sorangnya name yang belum ku ketahui tapi tengok blog macam baru jer. aku pollower ke 7 nya. ah!! name mesti tujuh? nape mesti bukan 8 or 9? 
Aku bace blog die. ok..boleh tahan. dan aku komen. dan aku harap beliau tidak terasa dengan komen aku yang agak......hehehehe sila jangan marah okey?
Ah..mula-mula lagi aku dah terkomen sebegitu. tapi aku tengok dia nih minat naruto. same gak la macam aku. minat anime.
kalo korang nak terjah, sila klik di sini untuk bekenalan ke. kepada kawie, anda di alu-alukan. mana la tau kan. kot-kot anda bertemu jodoh di blog beliau. kalo bukan dengan empunya blog, maybe dengan follower-followernya. hahahaha

Dan yang seterusnya adalah miss marquiss. marquiss tu ape wei? adakah ia sejenis makanan? aku taktau jadi aku terus tanya. hehe blog die cun gak. owang nye pon cun gak. hahahaha kawie, ko x bekenan ke? wakakakkaka 

Agak-agak kawie terus jatuh cinta tak ni? wkakakakaa ok kawie dan anda-anda semua. sila terjah di link ini.

p./s : aku still kat kolej. nk daftar ko-ko ape eh.. malaih tol la aku nih.

kalo aku pro kerajaan...so what???

Seperti sebelum-sebelumnya, jika tiada sebarang kerja yang ingin di lakukan oleh 3 orang sahabat ini amir, cik kiah dan samad akan bertandang di pondok buruk ini pada waktu petang dan menghabis kan masa bersembang atau kadang-kadang mereka bermain permainan "jutawan" dengan angan-angan agar mereka suatu hari nanti akan kaya  sekurang-sekurangnya seperti kawan mereka iaitu abe zul.

** 6 tahun yang lalu sebelum mereka memasuki alam pekerjaan, masing-masing memasang angan-angan dan cita-cita untuk berjaya dalam bidang masing-masing. hasrat mereka telah dipanjatkan kepada ibu bapa masing-masing. ini membuatkan ibu bapa mereka amat berbangga mempunyai anak yang jauh memandang ke hadapan untuk mengubah nasib keluarga masing-masing. namun tidak semua kehendak yang kita inginkan dapat di penuhi oleh ibu bapa. situasi ini terjadi kepada abe zul. amir, cik kiah dan samad memahami situasi dan keadaan keluarga abe zul. bapanya merupakan penoreh getah di ladang getah kepunyaan pak abdul, orang kaya di kampungnya manakala ibunya seorang surirumah.


abe zul : aku rasa lepas spm nanti, aku nak cari kerja la. bantu ayah aku dan keluarga aku.


Amir, cik kiah dan samad hanya tunduk memandang ke bumi. menguis-nguis tanah seolah-olah terdapat emas di dalamnya.


abe zul : aku doakan semoga kamu semua berjaya. 


cik kiah : sayang lah kalau macam ni abe zul, kamu pelajar paling bijak di antara kami. kamu ada masa depan yang cerah.


samad : betul tu, ko paling bijak di antara kami bahkan ko paling bijak antara pelajar tingkatan 5.


cik kiah : aku kadang-kadang cemburu dengan pencapaian dan bijaksanaan kamu tapi mungkin ini kelebihan yang kamu ada.


abe zul : bijak pun tak guna juga. paling tinggi aku boleh, setakat sijil spm je. nak sambung ke menara gading, keluarga aku mana mampu. harta pun takde.
************************************************************************


Namun, sudah ditakdirkan nasib setiap makhluknya. demi membantu golongan pelajar dari keluarga  berpendapatan rendah, pihak kerajaan telah memulakan langkah dengan penubuhan PTPTN atau nama panjangnya perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional. 


Tertubuhnya PTPTN ini, ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah boleh menyambung pendidikan mereka ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah, master dan pHD. pinjaman diberikan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran berbanding orang-orang yang berada. peningkatan pelajar-pelajar melayu di institusi pengajian tinggi berlipat ganda. ibu bapa tidak lagi perlu menjual harta seperti tanah, lembu, kambing untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka.


Kesannya, ramai graduan-graduan ijazah dapat di keluarkan terutamanya graduan melayu dan seterusnya dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain. kesannya, ramai doktor melayu di lahirkan, ramai akauntan melayu di lahirkan, ramai guru-guru melayu dilahirkan, ramai jurutera-jurutera pelbagai bidang dilahirkan. ramai cendekiawan-cendekiawan melayu dilahirkan.


Dan kesan yang lebih besar ialah orang melayu bertambah maju dan maju dan maju.



NAMUN, kemajuan yang dicapai atas usaha pemberian pinjaman PTPTN tidak diingati. dengan kata lain, hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka yang ikhlas berterima kasih dan yang selebihnya????


MALAH, mereka menuduh PTPTN seperti lintah darat ( mungkin benar ) yang mengambil kesempatan dalam pemberian pinjaman dengan mengenakan interest yang tinggi. tidakkah mereka tahu, pekerja-pekerja yang bekerja di PTPTN itu juga memerlukan pendapatan untuk membiayai keperluan hidup mereka? tidakkah mereka tahu jika tiada sedikit interest maka modal yang disuntik akan semakin berkurangan dan apa akan jadi kepada generasi akan datang terutamanya golongan yang tidak mampu seperti mereka dahulu? malah ada yang memberi nama baru ptptn iaitu PTPTIPU. aH.. betul ke ptptn tipu kamu? bukan ke kamu yang tipu ptptn? ada juga yang gantikan ptptn kepada drakula..wow!!!



Mungkin peminjam yang  tak nak bayar PTPTN ni sebab ilmu tu takleh dilihat, dipegang dll (intangible). sebab tu tak ramai nampak manfaatnya. kalo loan kete, rumah dll biasanya org takkan wat bodo coz memang kite nampak & dapat rasa.

 Apa-apa pun, kita perlu lihat sudut positif setelah ptptn ditubuhkan. wujudkah peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi jika tanpa ptptn? jika generasi sekarang mungkin jawapannya YA!! tapi generasi ayah dan ibu kita? atau generasi diantaranya? bantuan  diberikan disebabkan kita perlukan bantuan dan apabila bantuan diberikan, kita tidak bersyukur. bantuan yang diberikan membebankan? jadi mengapa semasa kamu memohonnya dahulu tidak kamu fikirkan terlebih dahulu yang ptptn ini membebankan? kerana adanya interest? mana ada didalam dunia ini bantuan diberikan secara percuma. sekurang-kurangnya sedikit imbuhan diperlukan untuk tujuan perlaksanaan.


Kita orang melayu yang halus budi bahasanya. kita orang melayu beragama islam, diajar untuk BERTERIMA KASIH kepada orang atau pihak yang membantu kita.



p/s : aku tahu, entri ini akan mendapat bangkangan dan celaan dari orang ramai. tapi aku tidak kisah bukan kerana aku mendapat biasiswa tapi kerana aku juga peminjam PTPTN seperti kamu.
p/s : jika kamu ingin hentam aku cukup-cukup, silakan dan aku alu-alukan. itu hak kamu.
p/s : TAPI KAMU PERLU INGAT!!! KEJAYAAN YANG KAMU KECAPI SEKARANG ADALAH INISIATIF KERAJAAN YANG MEMBANTU KAMU.
p/s : jika kamu katakan aku pro kerajaan.. ade aku kisah?

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET