Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

sembang 3 sekawan

Suatu petang ketika berhimpun di sebuah pondok di bawak pokok yang rendang di tepi bawah yang menghijau...3 orang sahabat baik bersembang. terasa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun yang sudah. kawan mereka, abe zul tidak menyertai mereka. tidak seperti zaman-zaman semasa mereka bersekolah dahulu. di sinilah tempat mereka berhimpun untuk menjalankan kegiatan mereka. namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanya 3 orang sahaja yang masih setia dengan pondok ini.



Samad : wei..ko ade dengar tak pasal abe zul semalam?

Amin : pasal ape wei...? macam hangat je aku tengok nih.

cik Kiah : nih mesti pasal perniagaan si amir yang gulung tikar tuh kan?

Samad : a'a..padan muke die. tuh la belagak sangat mase perniagaan die maju. 

Amin : betul tuh..dengan kite nih buat dunno jerk..wat macam tak kenai je. pada hal time skolah dulu punye la kamcing dengan kita. kan?

Cik Kiah : wei..tak baek korang cakap macam tuh. kesian la kat die. korang lak cakap macam ni...

Amin : aH...padan muke die. belagak sangat. tuh tuhan nk tunjuk kat die la tuh...padan muka!!

Cik Kiah : iskkk iskkk korang nih. takkan la korang mendoakan moga die gulung tikar macam ni. ko tengok, ramai orang kampung kita yang tak de keje skang nih bile perniagaan die tuh gulung tika.

Samad : alah...boleh lagi gi cari keje kat ah meng tu. cheang long pon ade lagi. tuh...

Amir : betol tuh, aku dengar mutusamy pon nak pakai ramai orang..

Cik Kiah : tapi, keje ngan bangsa lain, gaji murah la. tak macam abe zul, die bagi gaji mahal.

*********************************************************

Begitulah bangsa melayu. suka sangat tengok kite sesame bangsa nih jatuh. lebih-lebih kalo jatuh tak bangun-bangun. kalo ada sahaja salah seorang dari kita yang kaya dan berjaya, ada sahaja orang-orang yang dengki dan cemburu. ada sahaja unsur-unsur sabotaj yang ingin dilakukan untuk tujuan melihat seseorang yang sama bangsa dengan mereka jatuh tersungkur menyembah bumi gaak nye kot. 

Lebih menyedihkan, mereka seolah-seolah bersorak dan bertepuk tangan apabila usaha mereka untuk menjatuhkan seseorang berjaya. dan mereka akan lebih gembira dan lebih betepuk tangan apabila seseorang yang jatuh dan muflis tadi merempat dan datang meminta tolong kepada mereka. tapi adakah mereka mampu untuk "menolong"? 

Mereka seolah-seolah lebih suka bangsa lain yang menjadi kaya dan mereka akan dapat bekerja dengan bangsa lain. kononnya bangsa selain melayu ( bangsa mereka sendiri ) lebih mengambil berat dan sentiasa menolong mereka.


Tidakkah mereka tidak mengimbau kembali di zaman datuk nenek mereka? tak pelu pergi terlalu jauh. cukup sekadar di ambang kemerdekaan dan zaman selepas merdeka. aH..mereka lupa akan sejarah mereka.

Sikap yang sama juga berlaku kepada mereka yang baru mengecapi kejayaan. mereka seolah-seolah lupa asal usul dan sejarah. apa yang difikirkan adalah : kejayaan yang baru saha dicapainya itu adalah kerana hasil usaha dirinya sendiri. mereka akan lupa orang-orang yang sebelum ini membantunya, memberi dorongan dan galakan. sama sekali melupakannya. bahkan apa yang lebih keji adalah, perasan dan sikap yang suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kejayaan dan kekayaan yang baru sahaja dimiliki. sengaja menunjuk rumah besar mereka, kereta besar mereka, emas bertimbun-timbun. isk....
Yang lebih teruk, mereka memandang hina kawan-kawan dan saudara mara yang membantunya sebelum ini. mereka lebih suka berkawan dengan orang yang "sama taraf" dengannya. jika sebelum ini tiada istilah "darjat" namun tidak selepas mengecapi kejayaan.




p/s : lihat lah susur galur sejarah agar kita sedar who am i yang sebenar.....

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET