Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Benarkah Mat Indera anggota PKM

Sehingga ke hari ini, akhbar-akhbar tempatan sama ada milik parti politik, kerajaan mahu pun swasta sedang hangat memperkatakan tentang isu Mat Indera. Masing-masing menyatakan pendirian masing dan masing-masing saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Dan yang terlibat hanyalah mangkuk-mangkuk melayu sahaja. Saling bergaduh dan saling tuduh menuduh. Penonton-penonton lain saling bersorak dan bertepuk tangan memerli melayu yang masih belum sedar-sedar lagi dari mimpi indah yang kononnya mereka sahaja yang betul.

Adakah Mat Indera salah seorang nasionalis yang harus kita agung-agungkan atau adakah Mat Indera salah seorang pembelot negara dan pengganas?

Untuk mendapatkan jawapannya, bacalah buku-buku sejarah. Bertanyakanlah orang-orang tua yang hidup di zaman Mat Indera. Mereka lebih tahu.

Namun pada pendapat aku, nasionalis juga betul, pembelot negara juga betul. Dalam pengetahuan aku, Mat Indera bukanlah salah seorang ahli dalam PKM sebaliknya ahli dalam KMM. Harus kita ingat, sebeloum wujudnya UMNO pada tahun 1946, KMM terlebih dahulu melaungkan MERDEKA untuk Tanah Melayu. Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Cuma yang bezanya adalah KMM adalah berhaluan kiri. Yang lebih menggunakan kekerasan berbanding kaedah perbincangan yang digunakan oleh UMNO.

Mengapa aku katakan bahawa Mat Indera juga sebahagian dari pembelot?

Selepas kekalahan pihak Jepun di tangan British, wujud kekosongan kuasa di Tanah Melayu sebelum kembalinya British di Tanah Melayu. Dan kita semua sedia maklum bahawa PKM telah mengisi waktu kekosongan tersebut dan menguasai Tanah Melayu dengan tujuan untuk membentuk Tanah Melayu berideologikan komunis. Pada ketika ini, KMM yang menentang pihak British telah bersama dengan PKM menguasai Tanah Melayu. Mungkin boleh disebut juga sebagai, KMM telah tersalah memilih rakan seperjuangan dalam memerdekakan Tanah Melayu yang akhirnya telah menyesatkan mereka. KMM bertambah sesat apabila berlakunya serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.

Akibatnya, Mat Indera telah dikatakan pembelot tanah air kerana bersama-sama PKM menyerang balai polis Bukit Kepong.

Jika dari awal KMM tidak terlibat dengan PKM, aku yakin, KMM dan Mat Indera juga akan tergolong dalam senarai nama-nama yang disebut-sebut sebagai pejuang Tanah Melayu, pejuang kemerdekaan dan juga nasionalis.

Oleh itu, adalah lebih tepat jika Mat Indera dikatakan pejuang dan juga petualang tanah air. 

0 comments :: Benarkah Mat Indera anggota PKM

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET