Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

GEMPAR!!!!! Pemberian MyPR dan MyKAD

Bagus juga apabila kes Mismah MyPR-MyKad ini dibangkitkan. Sekurang-kurangnya ramai yang ambil tahu perihal Perlembagaan Persekutuan walaupun sepanjang hidup mereka tidak pernah sekalipun membuka, apatah lagi membaca Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kini sudah ada yang faham apa yang dimaksudkan mengenai Perkara 14, Perkara 15, Perkara 16 dan Perkara 19 dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah sudah ramai yang tahu mengenai kod 71 berkaitan taraf pendatang, yang sebelum ini tiada siapa pun yang mengambil berat mengenainya.
 Sewajarnya setiap rakyat Malaysia yang cintakan negara serta mendaulatkan undang-undang, wajib menyimpan satu buku Perlembagaan Persekutuan di rumah masing-masing. Cuma RM10 saja harganya jika hendak dibandingkan dengan nilainya yang tinggi berkenaan hak rakyat Malaysia yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1957 hingga kini.

Kami tidak mahu ulas tentang kes Mismah yang hebat diperdebatkan sama ada di media massa mahupun maya. Walaupun timbul persoalan bagaimana akhir-akhir ini maklumat sulit kerajaan dengan mudahnya bocor kepada pembangkang? Adakah kerana begitu ramai trojan horse dalam kerajaan yang menyebabkan kerajaan hari ini begitu fragile yang memungkinkan negara terdedah kepada ancaman keselamatan? Itu dah jadi cerita lain yang mungkin akan kami kupas pada masa hadapan.
 Apa yang ingin kami sentuh adalah berkenaan senario yang berlaku dalam negara hari ini yang telah sekian lama dipengaruhi oleh manusia pendatang seperti Mismah.

Gaya hidup, budaya, status ekonomi serta status quo bumiputra Malaysia semakin lama kian terhakis dan ditolak perlahan-lahan oleh kumpulan pendatang di negara ini, dan menjadi bertambah pelik apabila golongan pribumi seolah merestui dominasi pendatang secara sedar mahupun tidak.

Kami ingin beri contoh beberapa senario yang sering kelihatan berlaku disekeliling kita hari ini tetapi jarang diambil peduli:-

Senario 1

Orang Siam atau dikenali sebagai Patani dahulunya berhijrah ke Malaysia untuk bekerja di warung atau kedai makan milik Melayu. Hari ini ramai golongan Patani memiliki taraf penduduk tetap dan ramai juga yang memohon untuk menjadi warganegara. Sebahagian besar daripada mereka berkahwin dengan pribumi, dan kini ramai dikalangan mereka menguasai kedai atau warung makan yang bersepah di tepi jalan dikenali sebagai "Kedai Tomyam". Mereka yang asalnya merupakan golongan pekerja @ kuli, kini berubah status kepada pemilik aka tokey kedai makan.

Senario 2

Warga Indonesia asalnya berhijrah ke Malaysia untuk bekerja di sektor perindustrian, perladangan, mahupun construction. Mereka hadir beramai-ramai untuk menjadi buruh kasar terutamanya di tapak projek. Setelah mendapat kemahiran, mereka bekerja pula dengan syarikat kantraktor Melayu terutamanya pemilik lesen kelas F. Apabila perjanjian dibuat antara kontraktor Melayu dengan pelanggan, setelah pulang, kebiasaannya buruh Indonesia yang bekerja dengan kontraktor Melayu ini akan datang semula untuk berjumpa dengan pelanggan tersebut sekaligus menawarkan perjanjian dengan harga yang lebih murah; menyebabkan secara tidak langsung mereka telah menutup peluang pekerjaan majikan mereka sendiri. Hari ini ramai juga warga Indonesia yang telah mendapat taraf penduduk tetap dan memulakan perniagaan sendiri sebagai kontraktor kecil-kecilan seperti renovation kediaman, wiring, piping etc. Malah ramai dikalangan warga Indonesia yang terlibat dalam pelbagai perniagaan kecil-kecilan seperti menjual buahan, sayuran, air, burger etc. yang terdapat merata di negara ini.

Senario 3

Sangat sukar menemui restoran mamak di sekitar tahun 70an dan 80an. Jika wujud pun ketika itu, kebanyakannya hanya gerai biasa yang terdapat di bawah-bawah pokok berhampiran pejabat, mahupun stesen bas atau keretapi. Kini kedai mamak seolah macam sebuah industri. Setiap 1 kilometer radius akan kelihatan kedai mamak di mana sahaja terutamanya di kawasan bandar. Pekerja kedai mamak diimport khas dari India dan dilatih untuk bekerja. Dan kebanyakannya pula terdiri daripada pendatang India yang bukan pun beragama Islam, tetapi cukup dengan lakonan memakai kopiah dan menggantungkan ayat suci Quran di restoran, maka ramailah Melayu terpedaya yang datang berkunjung. Terdapat juga pendatang asing India ini yang berkahwin dengan penduduk tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada minah karen, dan akhirnya mendapat taraf penduduk tetap. Apabila sudah terlatih bekerja di restoran, pendatang India ini akan membuat pinjaman (biasanya daripada Ah-Long India) untuk membuka perniagaan mereka sendiri. Akhir dapat kita saksikan bagaimana pesatnya restoran mamak ini berkembang.

Namun satu senario yang agak menyedihkan jika anda perasan, di suatu sudut di kebanyakan restoran mamak terdapat Melayu yang menjual dan membuat masakan Melayu. Sama ada mereka menyewa tapak atau memang bekerja dengan restoran mamak, ia bukanlah suatu pemandangan yang membanggakan. Gambaran sedemikian memberi makna bagaimana mamak kini mendominasi bangsa Melayu dan Melayu seolah kelihatan terpinggir hingga terpaksa bekerja di restoran milik pendatang. Tambah menyedihkan apabila Melayu juga yang paling ramai menempek di kedai mamak, sekaligus menyokong perkembangan restoran mamak.


 Di atas adalah beberapa contoh senario yang sudah, sedang dan akan berterusan berlaku sekiranya pribumi masih tidak mengendahkan ancaman senyap yang sedang dihadapi daripada kaum pendatang. Walaupun golongan pendatang ini tidak ramai, tetapi mereka boleh jadi dominan di negara ini.
Hari ini ramai pendatang asing dari China dan India dibawa masuk ke negara ini untuk bekerja atau belajar. Sejak sekian lama Menteri Sumber Manusia terdiri dikalangan bukan pribumi yang 'membenarkan' kemasukan warga asing begitu berleluasa hingga menjadi ancaman pula kepada status quo pribumi Malaysia.
KDN tidak sewajarnya diterajui oleh PONDAN. Memberi muka kepada pendatang asing dengan sewenang-wenangnya seperti penangguhan Program Pemutihan PATI, membuktikan bahawa KDN tidak tegas dalam menangani sebarang masalah pendatang asing, apatah lagi masalah lain di bawah bidang kuasa KDN sehingga menyebabkan kerajaan sering dipandang leweh. Anda boleh saksikan bagaimana kelakuan jelek kaum pendatang ketika ingin memperbaharui permit di pejabat-pejabat Imigresen di seluruh negara.
Pemberian taraf penduduk tetap atau kewarganegaraan tidak boleh lagi diberikan dengan mudah. Jika perlu, Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan berdasarkan kuatkuasa undang-undang perlu dikaji dan digubal semula dengan syarat yang lebih ketat. Malah PATI ini tidak wajar dibiarkan terlalu berleluasa sehingga boleh menimbulkan kegerunan di kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Jangan sampai akhirnya pribumi terpaksa merintih di bumi sendiri.



CREDIT TO PANEH MIANG

1 comments :: GEMPAR!!!!! Pemberian MyPR dan MyKAD

  1. bila kau nak daftar nie...

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET