Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Parlimen bubar hari khamis ini?

Assalamualaikum dan selamat malam.....

Ura-ura menyatakan bahawa parlimen akan dibubarkan dalam masa yang terdekat. Bermacam-macam jenis alasan dan pelbagai tarikh dianggarkan bahawa parlimen akan dibubar. Namun sehingga ke hari ini, ke saat ini, tarikh untuk DS Najib mengumumkan tarikh keramat masih menjadi teka-teki dan belum juga terjawab.

Bermula dengan bulan Mac yang dikatakan bahawa DS Najib akan membubarkan Parlimen, maka bising dan berhembur tuduhan-tuduhan yang meletakkan pelbagai syarat jika ingin diadakan pilihanraya ke 13. Serangan pembangkang yang meletakkan kesalahan demi kesalahan di atas bahu JPN dan SPR yang dikatakan membantu jentera pilihanraya BN untuk menang mudah dengan meletakkan pengundi-pengundi hantu di kawasan strategik dengan perbezaan 2 angka terakhir kad pengenalan.

Walaupun hanya segelintir pemilik nombor kad pengenalan yang tampil memberi kenyataan bahawa walaupun mereka mempunyai nama yang sama tetapi berbeza 2 angka terakhir kad pengenalan, itu sudah cukup untuk menyatakan semenangnya tidak mustahil akan ada lebih dari 2 orang yang mempunyai nama yang sama dengan perbezaan 2 angka terkakhir kad pengenalan.

Serangan diteruskan lagi dengan menuduh Pengerusi SPR dan Tim. Pengerusi SPR sebagai ahli UMNO sepanjang hayat. Alasan menyatakan mereka sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menentukan siapa bakal memerintah negara itu sememangnya tepat. Mereka seharusnya berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak. Ternyata mereka sekali lagi HAMPA apabila nama dan nombor ahli UMNO yang namanya sama dengan 2 individu tertinggi dalam SPR sebenarnya milik orang lain walaupun mereka mempunyai nama yang sama. Berikut adalah contoh hantu-hantu yang mengacau semasa setiap kali musim pru.


Penulis mula tertanya-tanya, adakah 2 nama yang sama di atas adalah hantu? Jika hantu, penulis syorkan supaya Pakatan Pembangkang terutamanya Pas Kawasan Cherating pergi ke Cherating, Kg Bukit Palas, Jalan yang menghala ke Kem PLKN Cherating untuk menyoalsiasat dan tangkap terus pun boleh. Sudah pasti mereka akan buat tidak endah dan buat tidak tahu. Kerana mereka tahu salah seorang pemilik nama Abdul Razak bin Awang Ngah merupakan orang kuat Pas Cherating. Masakan mereka mahu bertindak.

Kini, timbul lagi persoalan dalam berteka-teki bila akan pilihanraya akan diadakan. Bagi Mustafa Ali, setiausaha Agung pas meramalkan pilihanraya akan diadakan pada bulan November. Sejak bila Mustafa Ali pandai meramal. Tok bomoh ke?



Berlainan pula dengan Nik Aziz yang lebih cerdik berbanding setiausaha agung pas, beliau tidak kisah bila akan diadakan pilihanraya cuma yang penting rakyat memberi sokongan kepada PR. Oh..penulis tidak sesekali akan memangkah PAS lagi jika PAS masih bersama PKR dan DAP. 


Kalau penulis kata hari khamis ni DS Najib akan bubar Parlimen, ada orang percaya tak? heheeh


Anda mungkin juga meminati
1. Jangan berpolitik menggunakan kepala lutut 
2. Nik Aziz bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan PAS-UMNO 
 
Klik LIKE jika anda meminati dan komen jika anda punya cadangan yang lebih baik. 

0 comments :: Parlimen bubar hari khamis ini?

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET