Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Perubahan tidak semestinya sentiasa lebih baik

Assalamualaikum..dan salam merdeka....

Sememangnya cukup bagus apabila mempunyai seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya bukan sekadar memberi tunjuk ajar dalam subjek pelajaran bahkan turut memberi tunjuk ajar dalam menghadapi cabaran hidup mendatang. Itulah drama dari Jepun, Great Teacher Onizuka  ( GTO ) .

Bagaimanapun, penulis beranggapan GTO edisi diperbaharui 2012 ini tidaklah sebagus GTO versi Takashi Sorimachi yang memegang watak Onizuka Ekichi yang lebih emotional, lebih lawak dan sedikit aksi yang tidak keterlaluan. jalan cerita yang tidak terlalu cepat dalam satu-satu episod dengan cara pemakaian yang santai dan tidak keterlaluan.


Berbanding dengan GTO versi 2012, Akira yang memegang watak utama sebagai Onizuka pada pandangan penulis yang kurang sesuai. Mungkin kerana cara berpakaian, watak yang nampak sedikit muda dan nada suara yang kurang sesuai. Walaupun dapat kita lihat kesungguhan menyelami watak sebagai guru tetapi seolah-olah terdapat kecacatan atau ketidaksesuaian dalam meghayati watak. 

 

Penulis tetap memilih GTO versi Takeshi berbanding versi Akira. Apa-apa pun, pandangan anda semestinya berbeza dengan pandangan penulis. Bagi mereka yang pernah menonton GTO versi Takeshi, cuba anda layannnnn pula versi Akira, versi 2012. Mungkin anda akan mempunyai pendapat yang sama atau mungkin juga anda lebih meminati edisi diperbaharui.




Begitu juga dengan perubahan yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim dan pengikutnya, belum tentu lebih baik dari sekarang yang terbukti terbaik terutamanya dari seseorang yang nak sangat jadi PM.


Sekian..selamat menonton.


 Anda mungkin juga meminati:

1. Malaysia : Sejahtera tanpa PR 

0 comments :: Perubahan tidak semestinya sentiasa lebih baik

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET