Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Harimau kena "BAHAM"!!

Assalamualaikum....dan selamat hari Malaysia.

Kalau dulu kita selalu dengar cerita harimau baham binatang yang lain (mangsa) tapi kali ini kita dengar pula cerita harimau yang kena baham. Adakah harimau tidak lagi ditakuti pada zaman ini? Jika begitu, harimau sekarang sudah tidak ada taring lagi, kalau ada pun mungkin dan tumpul. Gigit dah tak lut. 

Jadi kesudahannya, kita perlu tukar harimau tersebut. Mungkin boleh guna tikus ke. Tikus sekarang amat digeruni lebih-lebih lagi tikus bandar. Besarnya boleh mengalahkan kucing. Cuma tidaklah sebesar harimau.





Kalau sebelum ini, krisis demi krisis berlaku dan kita sering menyalahkan pihak pentadbiran setiap kali pasukan Harimau Malaya kalah. Namun penulis tidak pernah nampak jurulatih yang disalahkan. Dulu kita dengar ramai pihak mendesak presiden FAM, Sultan Pahang supaya meletak jawatan. Tapi rasanya tidak pernah dengar Rajagopal didesak letak jawatan.


Pada pandangan penulis, jika hendak disalahkan apabila kalah dalam perlawanan, maka babitkan semua dari pucuk pimpinan teratas sehinggalah kepada pemain. Jangan hanya meletakkan kesalahan pada satu pihak sahaja.

Apa-apa pun, bola itu bulat dan kita tidak tahu bagaimana kesudahannya selagi "game" tidak selesai. Tapi yang pasti, Malaysia kalah berdepan dengan Vietnam dengan 0 - 2. Itu hakikat yang terpaksa kita terima.

0 comments :: Harimau kena "BAHAM"!!

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET