Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

isu semasa - rejim israel

Salam dan selamat sejahtera.

Sekadar memberi pandangan atas dasar pemikiran hamba sebagai orang muda yang mungkin akan dikatakan pendek akal atau yang seerti dengannya namun hamba rasa ada benarnya apa yang bakal hamba katakan. Walau bagaimanapun, terlebh dahulu hamba dahulukan dengan ucapan mohon ampun dan maaf di atas kekasaran dan keceluparan yang bakal diluahkan.

Terus kepada motif utama, sana-sini kita lihat, sana -sini kita dengar, dan sana-sini percakapan orang, mesti tidak lari tajuknya berkenaan dengan topik Semenanjung Gaza, rejim israel, serangan rejim israel terhadap konvoi sukarelawan, dan paling utama, penahanan rakyat malaysia yang turut menyertai misi konvoi sukarelawan tersebut.

Di kaca tv, berita terutamanya turut menyiarkan pelagai berita dan isu akibat tindakan rejim israel hingga diadakan tunjuk perasaan secara aman, bantahan secara aman oleh seluruh rakyat malaysia bahkan seluruh dunia. Turut di bentangkan isu dan dibahaskan di parlimen. Tapi cukupkah sekadar tindakan sedemikian? Cukupkah sekadar mengadakan tunjuk perasaan? Cukupkah sekadar bantahan demi bantahan diadakan? Cukupkah sekadar dibahaskan di parlimen?

Hamba cukup gembira dengan apa yang berlaku di Malaysia. Bukan setakat Malaysia, organisasi antarabangsa seperti OIC dan PBB turut mengutuk tindakan rejim israel? Tapi cukupkah sekadar hanya mengutuk? Cukupkah?

Cuba bayangkan jika konvoi-konvoi tersebut menyerang balas tindakan rejim isreal yang menyerang kapal yang dinaiki mereka, sudah pasti mereka yang menyertai konvoi tersebut digolongkan dalam golongan terrorist. Pasti mereka akan dibunuh tanpa sebarang tindakan yang diambil oleh kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Dunia pada hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa. Kuasa besar dunia; Amerika Syarikat hanya menjadi boneka kepada israel. Walaupun US berada di bawah pemerintahan obama yang kononnya ingin menjalinkan persahabatan dan hubungan dua hala dengan negara-negara islam. 

Umat Islam akhir zaman walaupun mempunyai penganut yang amat ramai, namun "kekuatan" tersebut sebenarnya tiada. Musuh Islam sedikit pun tidak berasa gentar. Bahkan mereka lebih berani.

Dengan keadaan sekarang, kita hanya mampu membakar patung presiden israel seperti yang dilakukan oleh ahli parlimen ibrahim ali, hanya mampu mengadakan tunjuk perasaan SECARA AMAN, hanya mampu mengutuk dan mengutuk tindakan rejim israel. Itu sahaja tanpa sedikit pun dapat mengubah keadaan dan pendirian rejim israel untuk terus bermaharajalela.

Dengan kata lain, baiki diri dan iman. Bertakwalah kepada ALLAH dengan melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA berpandukan SUNNAH Rasulullah. Nescaya ALLAH akan menanam perasaan gerun musuh-musuh Islam terhadap Umat Islam.

 
p/s : entri untuk diri sendiri..

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET