Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Peringatan buat yang lalai

Salam dan sejahtera....

Nampaknya cuti aku dah tak bape lame lagi ada. Dah tak sampai pun satu minggu. Tapi aku berharap esok cuti aku dah abes. Walopun aku malas stady, tapi aku tetap rajin ke kelas. Menjalani hari-hari tanpa berbuat apa-apa menyebabkan aku semakin banyak tidur. Walaupun pada hakikatnya aku tidak tidur pada waktu siang, tetapi setelah berada di rumah. aku kerap mengantuk dan ingin tidur. isjjhhhhkkk... tak best tol lah.

Ok..lupakan pasal tu dan kita ke tajuk yang ingin dibicarakan pada malam ini. Nampak gayanya aku mungkin akan kembali aktif or hyper active berblogging jika aku tidak mempunayi jadual yang ketat untuk semesta akan datang. 

Ok..dah hampir terlupa. Berpandukan kepada tajuk di atas, aku bukan ingin berlagak alim atau berilmu agama. Aku merupakan seorang yang cetek ilmu agamanya. Aku tidak mampu untuk mengajar orang lain. Walaupun Rasulullah pernah bersabda, " Sampaikan ilmu walupun satu perkataan " . Mungkin ada tersilap perkataan yang digunakan oleh aku dalam sabda Rasulullah namun maksudnya hampir sama. Aku tetap tidak layak. Isk...iskk...

Ah...Hampir terlupa lagi. 2 hari lepas aku ada berkunjung ke cyber cafe dan menggunakan salah sebuah pc. Ketika ingin membuka facebook, aku dapati ada user sebelum aku yang menggunakan  browser Firefox untuk login facebook nya. Aku tidak tahu sama ada dia save username and password tapi apa yang silapnya, beliau tidak sign out ketika mahu pulang.

Dan nasihat aku adalah, JIKA ANDA BERKUNJUNG KE  CYBER CAFE A.K.A CC, sila pastikan anda sign out terlebih dahulu sebelum meninggalkan komputer. Jika  orang selepas anda merupakan seseorang yang tidak bertanggungjawab, maka anda adalah penerima padahnya. Terutamanya anda yang bergelar WANITA, PEREMPUAN, GADIS. Jangan biarkan ia berlaku. 

Dan sebagai peringatan kepada beliau, sebelum aku " menolongnya sign out ", aku terlebih dahulu meninggal sedikit nasihat yang ak seberapa. Aku tidak ingat sepenuhnya namun bunyinya hampir sedemikian.

" Lain kali kalu guno pc di cc, jange lupo sign out sebelum keluar. Kang ade yang wat dajal. PERINGATAN!! sila sign out terlebih dahulu sebelum balik yer?!! "

Ah..aku sedikit berlaku jahat di situ. Apa-apa pun, ANDA jangan lupe untuk sign out dalam apa jua account milik anda yang mungkin akan disalahgunakan oleh orang lain. 


salam...dan chow!!!

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET