Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Kes rogol lagi


Salam dan sejahtera hendaknya.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan, kes rogol semakin meningkat dan kian meningkat. Tapi aku paling tak boleh dengar jika ayah rogol anak, abang rogol adik, datuk rogol cucu. Tidakkah mereka tahu, gadis-gadis tersebut adalah dari darah daging mereka sendiri? Jika langsung tiada kene mengena, kira boleh la tahan sikit. isk...benarlah dunia hampir ke penghujungnya. Akal tidak lagi diletakkan di tempat yang sepatutnya. Akal tidak lagi dijadikan panduan untuk berfikir sebaliknya meletakkan nafsu serakah sebagai ikutan.

Anda sebagai wanita, perempuan, gadis, girl dan yang seerti dengannya, Terdapat banyak cadangan diberikan agar lebih mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri sebagai langkah untuk mempertahankan diri jika berlaku keadaan sedemikian. Jadi jangan mempersia-siakan peluang tersebut. Sertailah persatuan-persatuan seni mempertahankan diri samada silat, karate, boxing dan lain-lain sama ada di sekolah bagi pelajar-pelajar perempuan dan lain-lain tempat seperti sekolah mempertahankan diri.
PLKN juga boleh digunakan sebagai tempat yang betul untuk belajar seni mempertahankan diri. 

Namun jika anda tidak tahu dan tidak pandai atau langsung tidak pandai. Boleh juga gunakan pendapat di bawah sebagai langkah untuk mempertahankan diri.

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?
 
Murid : Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!
 
Guru : HAH ! (terperanjat) , lepas tu awak buat apa?
 
Murid : Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.
 
Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)
 
Jeng! Jeng! Jeng!
 
Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt  saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan.. .


Sekian untuk pagi sabtu.

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET