Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

susah jaga manusia..apa kata jual jer

Cuba kamu bayangkan, bagaimana jika kamu di kelilingi oleh masyarakat yang berfikiran masih lagi seperti zaman pra-kemerdekaan? Tahap pemikiran yang cukup lemah dan lembap. Dengan penggunaan bahasa yang juga boleh dikategorikan sebagai tidak up to date. masih lagi menggunakan perkataan-perkataan dan ayat-ayat lama. Dan jika kita bercakap dengan mereka, boleh dikatakan mereka tidak memahami apa yang kita cakapkan. Dan itulah situasi aku sekarang. Di situlah aku berada sekarang.

Sudah beku otak aku berfikir bagaimana cara untuk mengubah tabiat berbahasa supaya lebih  up to date dengan bahasa melayu moden. Jika diletakkan orang dari Kuala Lumpur mahupun Johor atau Selangor, aku percaya, mereka tidak akan bertahan lama. Bukan kerana budaya tetapi bahasa. Bukan kerana mereka sombong atau jahat tetapi kerana penggunaan bahasa yang agak berlainan. Aku masih dikira sebagai OK kerana aku dari kampung, dan aku juga dari siam. Yang mana bahasa mereka juga lebih teruk pekatnya jika dibandingkan dengan dialek Kelantan.

Ini ditambah pula dengan cakap Meelayunya yang felat-felat. Lebih membuat kita kebingungan kekadaang. Sebagai contohnya, perkataan HIJAU, jika mereka sebut akan kedengaran HIYAU. Dari pemerhatian aku setakat ini, mereka seolah-olah tidak mempunyai huruf J. 

Di sini aku belajar bagaimana menjaga manusia, memenuhi kehendak manusia, memahami mereka. Walaupun aku tidak pernah belajar di mana-mana pusat pengajian tinggi berhubung ilmu kemanusiaan, tapi di sini aku terus di latih dan praktik. Menjaga manusia tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira bujang atau berkeluarga, tidak kira tua mahupun muda atau kanak-kanak. 


Tapi, oleh kerana income yang tak seberapa, aku kekadang terfikir untuk mencari kerja lain. Mencari kerja yang gajinya jauh lebih tinggi. Tak banyak, tinggi sikit pon takpa gak. Hehehhe Tapi, aku sayang untuk meninggalkan tempat ini.Banyak mende yang boleh aku belajar dan tentunya tidak ada tempat yang seperti inilagi di luar sana.


Ah...apa-ap pun, keep it up..teruskan apa yang dah aku buat. Sesuatu kerja memang perlu kita mulai dari yang paling bawah. Kemudian barulah semakin ke atas dan ke atas.




p/s : sok cari keje gaji 5K sebulan lah...

2 comments :: susah jaga manusia..apa kata jual jer

  1. orang mana yang pelat huruf j tu?

  2. hehe
    bak kata org tua2... "masuk kandang 'tu' jadi 'tu' "
    nampaknya ko yang terpaksa follow cara diorang

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET